Masitah @ Mawar Shafei

Petang sebelum ke majlis HSKU, saya sempat ke Dawama Ulu Klang mencari buku-buku paling hangat (yang paling baharu). Mata saya tertancap pada sebuah buku yang lembut sekali pilihan warna kulitnya. Judulnya pula mengimbau ingatan pada suatu nama yang pernah akrab tidak lama dahulu.

Kumpulan cerpen Masitah (DBP, 2007) buah tangan terbaharu sahabat penulis Mawar Shafei sudah diedarkan oleh Dawama. Tetapi khabarnya, baru ada di kedai Dawama Ulu Klang sahaja buat masa ini. Mungkin dalam sedikit masa lagi akan berada di kedai-kedai pengedar buku DBP.


Apabila saya sangat teruja ketika mengambil buku ini dari raknya dan dibawa terus ke kaunter, jurujual di kedai itu berkali-kali mengingatkan saya, "Ini kumpulan cerpen tau, bukan novel."

"Ya, saya tahu. Saya kenal Mawar dan semua cerpen dalam buku tu saya dah baca!"

Tetapi saya tetap mahu memilikinya. Itulah satu daripada nikmat sebagai pencinta buku. Sayang sekali penjual buku itu tidak dapat menyelami perasaan demikian.

Tahniah, Mawar! Saya suka sekali desain kulit depannya. Ia jauh lebih baik daripada desain asalnya.

Terdapat 22 buah cerpen dalam Masitah iaitu :
  1. Cinta Masitah
  2. Montaj Pesona II
  3. Nokturno dari Birmingham
  4. Zel
  5. Montaj Nasuha
  6. Laman Pesona
  7. Sumur
  8. Marissa @ Merdeka
  9. Dari Sumur Masitah
  10. Masitah II
  11. Masitah
  12. Di Sumur Masitah
  13. Suara Ababil
  14. Seusai Iftar 9 Zulhijah
  15. Ke Sumur Masitah
  16. Dari Bumble Bee ke Boy's Room
  17. ANtara Rindu Xiang Si Dou
  18. Suami Saya Tidak Melakukannya!
  19. "... Ada Kiriman Dupa Dari Negara Seribu Pura," Tulisnya
  20. Antara Cinta Mulia
  21. Kesuma Cinta Meigue
  22. Cerita Si Kembang Cina
Bagi mereka yang mengikuti jalur penulisan Mawar Shafei, penulisnya menawarkan sedikit kelainan melalui Masitah. Ia semacam suatu penyimpangan daripada gaya Mawar dalam Montaj II (kumpulan cerpen terawal, terbitan Pustaka Nusa).

Ulasan

Unknown berkata…
Salam.

Saya suka juga desainnya. Doa saya ini bukan satu "one off" atau "flash in the pan" dari DBP. Moga berterusan melahirkan desain-desain yang baik.

Catatan Popular