Yang Dinanti (1)
Alhamdulillah, tanggal 2 Jun menjelang tengah malam, Allah telah mengurniakan kepada kami seorang lagi puteri. Itulah yang kami nanti-nantikan sebenarnya.
* Rujuk entri lalu - "Menunggu Sesuatu Yang Baharu"
Terima kasih kepada sahabat pengarang Faisal Tehrani, yang telah memaklumkan perkara ini dalam blog beliau terdahulu daripada ini.
Terima kasih juga atas doa sahabat-sahabat sekalian.

Ulasan
Tahniah di atas anugerah seorang puteri penyeri ayah bonda. Semoga Puan berbahagia selalu.
tahniah kak nisah atas kehadiran orang baru!
Jangan bagi macam nama watak pelik-pelik tu sudahlah. Nanti susah pula cikgu hendak menyebutnya.
-Fahd Razy-
Moga kehadiran puteri baru akan jadi perangsang untuk terus berkarya dan juga jadi penyeri keluarga.
Tahniah!
Mudah-mudahan, menjadi permata yang solehah dan muslihah, inshaAllah :)
Wassalam.
Tahniah. :)
Semoga menjadi puteri yang solehah.
Tahniah atas kelahiran puteri.
Salam perkenalan daripada saya di Negeri di Bawah Bayu.
Blog anda telah saya pautkan pada ruangan Laman Web Pilihan Puteri di blog saya. Jika ada kelapangan, silalah datang untuk memberi respon ke atas entry yang saya paparkan.
Ikhlas,
- EZZA FAZLINA -
http://puteriezza.blogspot.com/
Tahniah, semoga ia menjadi seorang puteri yang solehah.
~alang bidara~