Ahad, Julai 01, 2007

Kek Penghilang Stres

*** Ini entri penghilang stres (untuk pemilik blog ini). ***

Sejak remaja, saya bukanlah hebat di dapur. Tetapi setelah pemergian almarhum ibu saya setahun sebelum saya mendirikan rumah tangga, saya semakin mendapat ruang untuk giat 'bereksperimen' di situ. Suka atau tidak, saya menjadi satu-satunya wanita dewasa di rumah tersebut. Hal yang sama masih berlaku sehingga kini. (Yang lain-lain masih belum layak digelar wanita).

Apabila saya singgah di blog penulis Amaruszati Noor Rahim, kenangan membuat kek tiba-tiba mengimbau. Inspirasi untuk pergi membancuh dan membakar kek datang tanpa diundang. Apatah lagi, pada waktu sedang agak stres kerana terpaksa menyiapkan tugasan menulis.

Nota : Zati kini menumpukan perhatian sebagai usahawan kek. Silalah lawati blog bergambar beliau. Kalau mahu menempah juga boleh, khabarnya.

Saya pun 'lari' sebentar ke dapur dan memastikan bahan-bahan untuk buat kek semuanya cukup. Bancuh kek pun bukannya susah benar, campak saja semua ramuan dan hidupkan hand mixer. Gaul. Masukkan adunan dalam loyang pembakar dan tinggalkan selama 1 jam dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

Selepas itu, saya pun menyambung semula kerja-kerja penulisan yang terganggu. Saya ada satu jam sebelum kek siap ataupun sebelum si kecil saya bangun dan menjerit minta disusukan.

Alhamdulillah, adakalanya memasak juga boleh menghilangkan stres ataupun kebuntuan idea. Menulis berterusan untuk beberapa jam juga amat tidak sesuai buat saya sejak dahulu lagi (melainkan saya diasak deadline).

Ataupun gunakan teknik ini: bancuh adunan dan masukkan ke dalam ketuhar. Tulislah sesuatu. Anda ada masa sehingga loceng ketuhar berdenting. Ini boleh juga dijadikan satu bentuk disiplin menulis!

Seorang dua sahabat penulis pernah mempertikaikan sama ada betulkah saya ini boleh memasak. Lantaran dia selalu melihat saya di sana-sini. Sibuk beri ceramah, menulis dan sebagainya. Kalau dulu, saya juga sibuk dengan tugas-tugas di firma guaman, lagi.

Saya cuma memberitahunya bahawa saya memang boleh masak. Hasilnya tidaklah mengecewakan (seperti gambar kek coklat saya di atas). Sesuai untuk dimakan ahli keluarga dan sesekali, jika ada tetamu. Kalau nak suruh buka gerai jual makanan tu, mungkin belum sampai tahap itu lagi.

Lagipun, saya tidak perlu buktikan pada sesiapa sama ada saya ini boleh memasak ataupun tidak, bukan. Yang penting, tiada orang dalam rumah yang membuat 'aduan kebuluran' :-)

Di bawah ini lagi gambar kek coklat yang baru saya bakar berserta dengan toppingnya sekali.

Yummy!!!

9 ulasan:

Rebecca Ilham berkata...

Kak Nisah, saya setuju!

Sebab itulah pada musim ujian, peperiksaan dan perayaan (sedih tak balik beraya), saya rajin luar biasa di dapur. Selain baking, menu makan hari-hari pun 'istimewa.'

Tapi dah balik Malaysia ni, goreng telur pun malas ;)

Sofwah berkata...

Salam,

yum, yum...

Dah habis ke ada lagi kek tu?
Rasa sikit boleh? =D

Hani Hamsyari berkata...

kek coklat antara yang 'wajib buat' bila saya balik bercuti di kampung :)

idea menjadikan dentingan loceng ketuhar sebagai disiplin ketika menulis sangat menarik :)

A.Z. Haida berkata...

to protect ujai who doesn't understand the meaning of "no", we had to seal the oven in the kitchen because otherwise he kept opening the oven to climb up the stove... hence, no baking for me...

well, not that i am good in baking - my experiment to make a chocolate cake about a decade ago ended up as a large tray of "brownie"...

btw - the cake looked really yummy!

fajar berkata...

Kak Nisah, kek tu nampak sungguh menyelerakan! Terasa lapar pula.

p/s: Harap tidak terlalu lewat untuk mengucapkan tahniah. :)

Helmy Samad berkata...

Salam.

Musim kek coklat agaknya. 1 Julai lalu, Pak Samad ada acara di SK Rawang...kek yang mereka beri hampir serupa!!!

Anak saya dan anak-anak buah saya di Subang Jaya "membersihkannya"...

Faisal Tehrani berkata...

salam,
"Seorang dua sahabat penulis pernah mempertikaikan sama ada betulkah saya ini boleh memasak. Lantaran dia selalu melihat saya di sana-sini. Sibuk beri ceramah, menulis dan sebagainya. Kalau dulu, saya juga sibuk dengan tugas-tugas di firma guaman, lagi."

Sapa yang kurang ajar sangat tu nisah, bak sini rasa kek coklat tu! nanti aku beritahu dia...

huhuhu

Rai berkata...

Salam chef,

Saya cuma tahu buat kek batik biskut marie. I'm lousy with oven...karang jadi songkok kek tu!

Kemahiran memasak/membakar sangatlah baik.Saya masa tingkatan 5 pun masih tak reti kupas bawang.

Anak buah saya cakap, budak perempuan sekarang bila yang nak belajar masak?Dahlah kena pi sekolah,ambik aktiviti itu ini, belajar ICT,masuk PLKN...Saya pun sebenarnya spesis yang terlajak belajaq masak ni.But it's never too late to learn, melainkan anda ada bibik 7,8 orang.

Tanpa Nama berkata...

Oklah tu, saya lagi tak tahu macam mana nak buat kek walaupun dah berumahtangga. Abang saya lagi hebat, mereka husband and wife pandai buat kek dan biskut.Apabila ada majlis dan perayaan, saya akan suruh dia buat kek dan biskut.

Related Posts with Thumbnails