Wacana HSKU 2007


Selepas Majlis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, setiap tahun (kecuali tahun lepas) biasanya akan diadakan Wacana HSKU. Ia semacam bengkel penulisan tetapi bukanlah mengajar teknik-teknik penulisan yang asas. Wacana ini lebih kepada penulis yang sudah menguasai asas penulisan dan mahu memajukan diri dalam aspek pengisian karya.

Di sini peserta dapat melihat dan membandingkan antara karya sastera dan karya pop, misalnya. Apakah yang dimaksudkan dengan karya-karya tersebut? Di sinilah peserta dapat menambah pengetahuan tentang aspek penulisan bukan sahaja dari segi teknik tetapi dari sudut yang lebih luas.

Kepada yang berminat untuk menghantar manuskrip bagi novel remaja HSKU, di sini jugalah medannya. Sebagai peserta, kita akan dimaklumkan manuskrip bagaimanakah yang dicari-cari oleh penganjur dan bagaimana menarik perhatian panel hakim.

* * * * * * * *

WACANA

HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2007

___________________

Pada 11 Ogos 2007
Di Bilik Aseana 4, Quality Hotel City Centre,
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Objektif
Berusaha memperkukuh sarana para penulis untuk berkarya secara strategis, di samping menjadi medan kepada penulis/editor untuk bertemu dan bertukar-tukar fikiran.


Atur Cara


08.00 pagi : Pendaftaran
08.30 pagi : Sesi 1
“Ilmu Logik sebagai Alat untuk Menjernihkan Pemikiran”,
Dr. Amida @ Hamidah Abdulhamid (Anis)

10.00 pagi : Minum pagi

10.30 pagi : Sambungan Sesi 1

12.00 tghr : Makan tengah hari/solat

02.00 ptg : Sesi 2
“Bahasa Visual dalam Seni Tampak : Suatu Inspirasi kepada Seni
Sastera”
Prof. Madya Dr. Dzul Haimi Md Zain

04.00 ptg : Sesi 3
Bersama Editor : “Pencarian Karya Unggul”, Puan Nor Azah Abd Aziz

05.30 ptg : Minum petang/bersurai

Latar Belakang Panel

    1. Dr. Amida @ Hamidah Abdulhamid (Anis)
    • pakar ilmu logik dan falsafah
    • karyawan/pengkaji sastera
    • pensyarah di Fakulti Sains dan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

    1. Prof. Madya Dr. Dzul Haimi Md Zain
    • pakar sejarah seni Islam
    • penulis buku dan makalah ilmiah berkaitan seni tampak dan seni Melayu, di peringkat tempatan dan antarabangsa
    • pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM

    1. Puan Nor Azah Abd Aziz
    • berpengalaman menangani Hadiah Sastera Kumpulan Utusan selama 14 tahun
    • terlibat dalam aktiviti bimbingan dan motivasi penulisan menerusi bengkel dan kursus anjuran agensi kerajaan, swasta dan persatuan penulis
    • Editor Kanan, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Penyertaan
    • Terbuka kepada sesiapa yang berminat, tetapi tempat terhad (maksimum 35 orang sahaja)
    • Yuran penyertaan : RM90.00, termasuk makan minum serta bahan edaran
    • Tarikh : 11 Ogos 2007 (Sabtu)
    • Tempat : Bilik Aseana 4, Quality Hotel City Centre, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Tempahan/Pertanyaan

Sila hubungi: 03-9285 6577 (samb. 249) Encik Mohd Rozlan Mohamed Noor atau (samb. 245) Puan Nor Azah Abd Aziz

Ulasan

Catatan Popular