Antologi MPR

Setelah puas menunggu antologi MPR dibukukan oleh pihak berwajib, akhirnya kami terpaksa mengambil suatu pendirian : menerbitkan sendiri antologi tersebut!

Nah, inilah hasilnya. Bakal dijual pada hari Perhimpunan Alumni MPR pada hari Sabtu 18 Ogos ini.


Antologi cerpen 9! menghimpunkan karya sembilan orang pengarang hasil produk Minggu Penulis Remaja :

Cinta Menyala Di Constantinople
(Fahd Razy)

Teratai
(Amir Mukhriz)

Homo Fabulans Homo Islamicus
(Faisal Tehrani)

Rumah Nurul Iman
(Ghafirah Idris)

Elegi Puteri Sa'adong
(Nasriah Abdul Salam)

Sepaun Daging Hutang
(Nisah Haji Haron)

Warna-Warni Aidilfitri
(Saharil Hasrin Bin Sanin)

Selembar Sejadah Di Lantai Madrasah
(Salman Sulaiman)

Demi Cintamu, Husnil Khatimah
(Zaid Akhtar)

Namun, bukan ini sahaja produk MPR. Ada ramai lagi. Insya-Allah, sekiranya diberi kesempatan, akan muncul lagi siri antologi karya mantan MPR yang lain.

Maklumat lanjut tentang Perhimpunan MPR boleh didapati dari blog Faisal Tehrani. Semua peminat sastera / peminat buku dijemput hadir.

Ulasan

ulasbuku berkata…
Harus dikhabarkan apabila sedia di jual di Ujanailmu nanti...
:-) berkata…
Salam,

Banyak buku dalam senarai tahun ni... yang HSKU pun belum lagi ni...
Tak pe, lah... kena beli dulu mana-mana yang edisi terhad dan istimewa!

Wassalam.
Zaid Akhtar berkata…
Nak sebut lagu mana?
Sembilan!?
Nine!?
Tis'ah!?
atau SONGO!?

:-)
Rebecca Ilham berkata…
Argh, melepaslah saya!

Esok bertolak ke KL, tapi tak sempat agaknya ke DBP. Tak apalah, belum rezeki menatap 9! Ini pun beg dah tiga (tak termasuk backpack). 1 penuh stok makanan, 2 lagi buku dan baju campur sekali supaya tak berat sangat (tapi terkial-kial jugalah mengangkat). Ada beberapa buah lagi yang saya pesan dari Ujana Ilmu dan Dawama belum tiba. Nak sumbat kat mana pun tak tahulah ;)

Terima kasih daun keladi atas layanan baik semasa saya ke Ujana Ilmu tempoh hari. Ada rezeki, kita ketemu lagi.

Catatan Popular