Khamis, Oktober 11, 2007

Bedar & Manikam


Anda tahu buku apa ini.
Anda tahu bagaimana untuk mendapatkannya.
Anda tunggu apa lagi?

Kalau raya ini setakat menonton TV, lebih baik habiskan buku-buku ini.

Sudah berada di www.ujanailmu.com.my.

p/s : Pembeli terawal akan mendapat naskhah dengan autograf Faisal Tehrani.

7 ulasan:

Rebecca Ilham berkata...

Selamat Hari Raya kepada Kak Nisah dan keluarga.

Terima kasih atas kiriman Bedar dan Manikam. Efisien sungguh Ujana Ilmu =D

Saya beraya, erm..tak pasti lagi buat apa raya pertama. Mungkin ke muzium tengok pameran Titanic. Hehe. Raya kedua + ketiga ada tournament ala Piala Thomas dan Uber di kampus. Baru semalam direkrut ketua kontinjen Malaysia =)

Apa agenda raya Kak Nisah?

zf_zamir berkata...

sudah dipesan, harap dapat sampai sebelum raya, hehe

salam lebaran buat kak nisah sekeluarga..

Faisal Tehrani berkata...

salam,
hahaha lawak la iklan ni, terbayang2 gaya kau dnegan shukri menuturkan kata2 tu hehehe.
salam untuk keluarga, peluk cium untuk dik sal!
wassalam

fajar berkata...

Akhirnya, buku-buku yang dinantikan sudah pun terbit. Rasanya, selepas raya baru sampai buku yang dipesan. Tambahan pula, posmen Royal Mail di sini selalu saja buat mogok - tanda protes untuk kerja dan gaji.

Kak Nisah jangan lupa sertakan autograf di dalam antologi 9! ya. Oh, juga autograf Saudara Faisal untuk kesemua buku yang saya tempah. Kalau bolehlah. :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga bulan mulia dan Syawal yang tiba akan membawa seribu rahmat dan keberkatan yang berpanjangan buat kita semua. Insya Allah.

Fajar, Glasgow

Yang bernama Siti berkata...

Salam Nisah,

Selamat Hari Raya. Saya beraya di Pinggiran. Tak ke mana-mana. Jemputlah datang ke rumah.

azree mh berkata...

Baru beli semalam di Dawama. Ish. Tapi sangat menyedihkan. Walaupun pergi kedai di kilangnya, cuma ada sebuah je buku Bedar Sukma Bisu ni. 'Manikam Kalbu' pula langsung tiada.

Kata mereka, "Maaf dik, pekerja sedang bercuti sampai isnin. Jadi buku-buku di kilang tiada siapa mahu keluarkan."

Jadi, bagi sesiapa mahu dapatkan buku ni, memang elok sangatlah pi beli di ujanailmu tu. =)

p/s: Tak tahu selamat ke tak kalau terima surat pos di UIA ni. Nanti nak kena tanya kak nas. Kemudian baru boleh beli di ujanailmu.

hani salwah yaakup berkata...

Kasihan Azree. Saya juga beli di Dawama...alhamdiulilah dapat kedua-duanya sekali. Tapi, semacam sedih lebih mutu kertas yang digunakan...

Related Posts with Thumbnails