Sabtu, Oktober 06, 2007

Menuntut Ilmu Tak Kira Masa


Kata orang, tuntutlah ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad. Seorang muslimah telah membuktikannya. Sesungguhnya saya berbangga dengan pencapaian beliau.

Secara peribadi, saya terkesan apabila mendengar sesiapa yang menyambung pelajaran ke peringkat sarjana kerana suka-suka hendak belajar. Ertinya, dia belajar bukan kerana desakan ataupun tuntutan fakulti tempat dia bekerja. Tidak saya nafikan bahawa sarjana yang wajib menyambung pelajaran itu tidak kurang hebatnya, tetapi saya membaca kisah sesiapa sahaja yang sambung belajar ini tanpa dipaksa ini - sangat mengujakan!

Ada nikmat yang berbeza tatkala saya belajar di peringkat Ijazah Pertama dahulu berbanding apabila saya sudahkan Sarjana Undang-undang (LLM). Semasa buat LLM saya lebih enjoy dan sangat menikmati setiap detik dengan mana-mana pensyarah yang mengajar. Sangat seronok pula ketika buat tugasan. Kalau dulu semasa buat LLB, memang muncung panjang sampai boleh ditanjul kalau dapat assignment.

Tak tahu bila saya bakal dapat peluang untuk melanjutkan pelajaran lagi. Tuntutan keluarga yang semakin besar dan bertambah ini turut memberi cabaran yang bukan sedikit. Ada banyak keputusan besar yang perlu dibuat jika saya mahu terus sambung pengajian.

Apa pun, membaca kejayaan seorang penulis@sasterawan besar ini memugar kembali semangat saya.

Baca kisah beliau mendapat Ph.D. Semoga boleh menjadi pembakar semangat buat kita semua!

3 ulasan:

Rai berkata...

Salam Kak Nis,

Saya yang memang dah terbentang luas peluang belajar sebab tempat belajar tu jugak periuk nasi kita,pun 'termalas' juga...hehehe!

Sampai ditegur oleh 'Doktor' baru di rumah kami nun-hangpa ni orang muda taik kuda!

Terima kasih untuk entri ini.Pembakar semangat saya juga!

hani salwah yaakup berkata...

Semacam tak sabar pulak nak sambung master disember ni selepas baca entri kak nisah...

Hehehe

ikmal berkata...

salam kak nisah,

ape kbr? harap sihat-sihat hendaknya sekeluarga. alhamdulillah saya dah pun memula pengajian LLM International Law saya di Hull University UK. Memang ada cadangan nak sambung ke phd.

Walaupun dah lebih 8 tahun saya belajar bermula dari zaman diploma lagi, tapi saya tetap berobar-kobar nak belajar.(walaupun pernah ibu bising bilo ekau nak mulo kojo ni) Insya allah lepas ni saya berkhidmat sebagai pensyarah.

memang belajar master di sini sangat mengujakan, nampak lebih rileks dan flexible. perbincangan lebih mantap dan banyak idea-idea yang menarik dapat dibincangkan bersama rakan-rakan dari pelbagai negara.

Doakan saya berjaya di sini kak nisah!:)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Related Posts with Thumbnails