Sekitar ASNS 2007

Bersama-sama Siti Jasmina Ibrahim sebelum majlis bermula

Beberapa kali mahu menulis entri tentang ASNS terpaksa ditangguhkan. Mungkin ada yang sudah membaca berita ini dari laman teman-teman yang lain. Namun, untuk tujuan rekod, saya tuliskan juga satu entri sekitar malam penyampaian Anugerah Ilmuan dan Sastera Negeri Sembilan 2007 (ASNS)

Bagi mahu mengetahui keputusan penuh, sila terus ke laman PEN.

Pada ASNS kali ini, saya tidak banyak terlibat secara langsung. Apatah lagi si kecil saya kurang memberi 'kerjasama' pada malam tersebut. Lenguh-lenguh tangan, bahu dan pinggang apabila dia memilih tidak mahu berenggang.

Alhamdulillah, paling menyeronokkan dalam menghadiri majlis begini, bukanlah pada anugerah yang diterima. Pada saya, itu bonus. Bertemu sahabat-sahabat penulis dan mereka yang tidak disangka-sangka berjumpa, itu lebih bermakna.

Menteri Besar pula tidak putus-putus memberikan sokongan. Pada mulanya beliau tidak dapat hadir pada malam tersebut tetapi petang sebelum majlis berlangsung, urus setia mendapat makluman bahawa Menteri Besar telah tolak tepi acara lain dan akan hadir. Semangat kami yang pada awalnya kuncup kerana MB tidak dapat hadir, kembali ceria dan segar-bugar mendapat semangat baru. Bukan senang hendak dapat MB yang menyokong aktiviti-aktiviti sastera begini.

Turut dilancarkan beberapa buah buku, termasuklah dua buah antologi karyawan muda. Maklumatnya turut boleh dibaca di laman web PEN.

Sayang sekali, tokoh Anugerah Sastera Negeri - Latiff Mohidin tidak dapat hadir atas sebab-sebab kesihatan. Jika tidak, majlis tersebut tentu akan jadi tambah meriah.

Alhamdulillah juga, saya mendapat penghargaan bagi beberapa kategori. Boleh lihat di laman biodata saya untuk maklumat yang lebih terperinci.

Walau bagaimanapun, rakaman terima kasih dari saya mewakili PEN atas segala kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan majlis ini.

Dari kiri : Elaira, Nisah, Haniem (guru TKC dan sahabat lama sejak di SMKA SHAMS), Auni (Tokoh Nilam NS) dengan si kecil saya, & Puan Wong (guru TKC)

Jika berkesempatan nanti, saya akan upload gambar-gambar lain di fotopages, insya-Allah.

Ulasan

Zaid Akhtar berkata…
Puan,
tahniah.
4 sekaligus? Kurang2 kena tumbangkan kerbau seekor buat kenduri. :-)
:-) berkata…
Salam,

Tahniah (4x)!
Syukrulillah :)

Wassalam.
hani salwah yaakup berkata…
Salam Kak Nisah,

walau agak terlambat tapi masih mahu juga ucapkan...tahniah!

Catatan Popular