Khamis, Disember 13, 2007

Buku-buku Melayu Mesti-Baca

Diskusi ini saya mulakan dari laman shelfari. Kepada mereka yang tidak menjadi ahli Shelfari, boleh tinggalkan komen di sini juga.
Apabila saya memberi ceramah penulisan, ramai sungguh yang tidak kenal pengarang mapan dan mereka juga tidak tahu apakah karya-karya dalam Bahasa Melayu yang mesti dibaca kalau mahu menjadi seorang pengarang sastera (dalam erti kata, bukan mahu sekadar menjadi novelis pop - mereka ini benar-benar bercita-cita untuk menjadi penulis dengan aliran penulisan tertentu.)

Dalam diskusi ini, saya pohon pandangan ahli untuk kita sama-sama menyenaraikan buku-buku yang :

a) mesti dibaca
b) sekurang-kurangnya tahu akan kewujudannya (tapi tak sempat nak baca)

Ramai benar pula calon penulis yang terpinga-pinga apabila saya sebut beberapa judul yang sepatutnya diketahui kewujudannya walaupun tidak sempat membacanya.

Jadi, mari kita namakan pengarang dan judulnya sekali, dan kalau ada maklumat tambahan seperti penerbit dan tahun pun elok juga (tidak semestinya novel sahaja, boleh jadi kumpulan cerpen, cerpen, drama dan yang non-fiksyen juga, jika perlu).

Baiklah, saya mulakan dengan beberapa judul karya dalam Bahasa Melayu yang saya anggap mesti-baca kalau mahu menjadi penulis.

1. Seorang Tua Di Kaki Gunung (Azizi Haji Abdullah)
2. Salina (A. Samad Said)
3. Badai Semalam (Khadijah Hashim)
4. Imam (Abdulllah Hussin)
5. Hikayat Hang Tuah
6. Hikayat Faridah Hanom (Syed Sheikh Al-Hadi)
7. Syair Siti Zubaidah
8. 1515 (Faisal Tehrani)
9. Trilogi Kuntum Tulip Biru, Sakura Mengorak Kelopak, Bunga Dari Kuburan (Arena Wati)
10. Warisan (Abdul Talib Hassan)

5 ulasan:

typeace berkata...

sukar juga memberikan pandangan. Namun sekadar cadangan; Kumpulan Cerpen Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (Nisah Haron) Saya kira masih ranum membacanya.

Tanpa Nama berkata...

sila komen filem saya http://www.kamalariffin.blogspot.com/

joharibrave berkata...

Assalamualaikum.Sekadar ingin berkongsi buku yang mesti baca.Info ni saya dapat semasa pergi kursus pada tahun 2001 oleh DBP yang disampaikan oleh Hj Hamzah Hamdani.
Saya sertakan buku patut baca untuk penulisan kreatif:-

1. Bakar Hamid dan usman awang (1973) Panduan Menulis Cerpen terbitan DBP
2. Samad Ismail (1966)Mengasah Bakat terbitan Pustaka Melayu Baru
3.Abdullah Hussain (1980) Penulisan cerpen:Kaedah dan Pengalaman terbitan DBP
4.Ayob Yamin & Hamzah Hamdani(1980)Penulisan Kreatif DBP
5.E.M Forster (1979) Aspek-aspek Novel DBP
6.Hashim Awang(1984) Teman Pelajar Kesusasteraan Fajar Bakti s/b
7.Ian Reid (1991) Cerpen DBP
8.Idrus Teknik mengarang cerpen Bi-karya publication ltd.
9.Ismail Ahmad (1984) Memahami novel dan cerpen Pelanduk Publications
10.Kassim Ahmad(1980) Seni Karang-mengarang Penerbitan Pena s/b
11.Mochtar lubis, Teknik Mengarang (jakarta P.T Nunang jaya)
12.Mohamad Diponegoro(1985) Yuk,Nulis Cerpen yuk(yogyakarta,shahaluddin press)
13.Othman Puteh(1988) Persediaan Menulis cerpen DBP
14.Othman puteh(1993) Penulisan cerpen :visi dan langgam DBP
15.Othman Puteh & Ramli isin (1988) Berkenalan dengan cerpen Fajar bakti s/b
16.Panuti Sudjiman (1988) Memahami Cerita rekaan (jakarta:pustaka jaya)
17.Pena 1964 Kursus Penulis(pustaka Antara)
18.Ramli Isin (1988) Berkenalan dengan Novel Fajar bakti s/b
19.Shahnon Ahmad 1979 Gubahan Novel DBP

Setakat itu sahaja kak nisah.Semoga memberi manfaat pada semua.

Jimadie Shah Othman berkata...

Shahnon Ahmad, Patriach.

Faisal Tehrani berkata...

salam,
sebahagian besar karya shahnon ahmad mesti dibaca meski belum tentu harus dicontohi. saya juga meletakkan karya2 mohd affandi hassan sebagai bacaan wajib untuk pemula.
wassalam

Related Posts with Thumbnails