Pesan Seorang Guru
Seperti biasa, saya akan membaca lebih daripada sebuah buku pada satu-satu masa. Walaupun pada bahagian kanan laman ini, saya catatkan bahawa saya sedang membaca buku "Ghandi" - juga sebuah autobiografi yang tidak kurang menarik, tangan saya sempat juga mencapai "Memoir Seorang Guru" yang baru sampai di Ujana Ilmu beberapa hari yang lalu (insya-Allah, akan dimuatnaik ke laman web bersama-sama beberapa buah buku lain yang masih tertanggung).
Pengarangnya novelis tidak asing - Azizi Haji Abdullah - Penerima Anugerah MASTERA 2007.
Tangan saya pantas mengoyakkan plastik yang melindungi buku ini dan terus ke halaman pertama. Kali ini, Azizi memulakan novel ini dengan konflik :
Langsung, saya pun 'tersangkut' dengan novel itu. Esoknya, saya selesai membaca!
Ya, novel ini tidak terlalu tebal. Cuma 300 halaman, termasuk gl0sari, biodata pengarang dan segmen ilmunya.
Ceritanya biasa - tentang guru. Tetapi yang hendak disampaikan jauh lebih besar daripada itu - keberkatan dalam bekerja. Boleh diaplikasikan oleh sesiapa sahaja. Sama ada guru, ataupun jawatan apa sekalipun yang kita sandang. Persoalan sama ada guru bertugas dengan penuh keikhlasan memang wajar diberikan perhatian.
Saya sangat terkesan dengan novel ini lantaran antara cita-cita awal saya ialah menjadi guru. Saya sangat obses dengan jawatan ini sejak dibangku sekolah sehinggalah saya hampir mengisi borang UPU. Saya benar-benar percaya saya akan menjadi guru. Rupa-rupanya, rencana Tuhan sangat berbeza untuk saya. Pun, saya tidak pernah mematikan impian untuk bergelar guru.
Ya, secara tidak langsung, saya dapat menjadi 'guru kecil' dalam banyak keadaan yang tidak jauh berbeza. Paling penting, saya dapat menjadi 'guru' seikhlas mungkin. Bukan sekadar membawa pulang gaji setiap bulan tetapi belum tentu bekerja dengan penuh keikhlasan.
Betapa itu benar! Jika setiap bulan menerima gaji, tetapi setiap hari, waktu yang diperuntukkan untuk bekerja digunakan untuk bersembang tak tentu hala, minum-minum entah berapa kali sehari, lalu hujung bulan gaji yang diterima itu diberikan kepada anak, isteri. Nah, di manakah keberkatan wang gaji yang akan dimakan dan dijadikan darah daging itu!
Saya selalu bertanyakan hal ini kepada diri sendiri. Juga, menjadi antara sebab saya meninggalkan profesion guaman. Saya turut mencari keberkatan itu!
Alhamdulillah, Azizi telah menyampaikan mesej keberkatan dalam bekerja dengan cara yang tersendiri. Buku ini mesti dibaca oleh mereka yang makan gaji - bukan sahaja guru - fikirkanlah keberkatan dalam bekerja yang kita lakukan selama ini.
Jika ada dalam fikiran - setiap bulan, aku pasti dapat gaji, mengapa aku mesti buat kerja lebih - fikirkan juga, mengapa aku harus dibayar gaji jika tugas aku tidak sempurna!
p/s : adakalanya watak 'ustaz' yang garang dalam novel ini membuatkan saya tertanya-tanya sama ada anak saya diperlakukan sedemikian dalam kelas akibat guru yang tidak memahami jiwanya dan menganggap serta mengharapkan supaya anak muridnay yang 40 orang itu semuanya robot - sama perangai, sama serba serbi dan tidak perlu perhatian khusus. Adakah setiap guru yang terbeban dengan pelbagai tugas luar akademik menghempaskan bebanan itu kepada anak murid yang tak tahu mengapa hal itu berlaku ke atasnya.
p/s II : teringat juga kisah sewaktu dalam darjah 5, seorang guru yang mengajar subjek 'Kesihatan' - pada setiap kali masuk kelas, mesti menyuruh kami menyalin buku teks dari halaman sekian ke halaman sekian - termasuklah gambar-gambar yang ada dalam buku itu, kena dilukis sekali. Akibatnya, kami pun jadi penyalin buku teks yang baik! Saya langsung tak pernah ingat apa yang disalin. Kadangkala, sengaja saya tulis benda yang tidak sama dalam buku teks, tetapi tetap diberi tanda rait - kerana dia tidak pernah baca apa yang kami tulis! Pun, saya masih ingat lagi guru lelaki berbangsa India itu.

"Tidak! Itu pandangan bapa, bukan Kama! Kama ada hak untuk tentukan masa depan Kama, apa yang Kama suka, apa yang Kama minat, bapa."
Sangat pedih kata-kata itu. Ia menyiat-nyiat dan berpalun seluruh perasaanku. Apalagi dalam usia kepikunan ini, walaupun aku jenuh bertahan dengan sabar, namun aku tidak dapat mengatasi retak hati dan tersentuhnya perasaan. Bukan orang lain yang berkata kepadaku. Dia adalah anakku sendiri, satu-satunya anak awal dan akhir.
Langsung, saya pun 'tersangkut' dengan novel itu. Esoknya, saya selesai membaca!
Ya, novel ini tidak terlalu tebal. Cuma 300 halaman, termasuk gl0sari, biodata pengarang dan segmen ilmunya.
Ceritanya biasa - tentang guru. Tetapi yang hendak disampaikan jauh lebih besar daripada itu - keberkatan dalam bekerja. Boleh diaplikasikan oleh sesiapa sahaja. Sama ada guru, ataupun jawatan apa sekalipun yang kita sandang. Persoalan sama ada guru bertugas dengan penuh keikhlasan memang wajar diberikan perhatian.
Saya sangat terkesan dengan novel ini lantaran antara cita-cita awal saya ialah menjadi guru. Saya sangat obses dengan jawatan ini sejak dibangku sekolah sehinggalah saya hampir mengisi borang UPU. Saya benar-benar percaya saya akan menjadi guru. Rupa-rupanya, rencana Tuhan sangat berbeza untuk saya. Pun, saya tidak pernah mematikan impian untuk bergelar guru.
Ya, secara tidak langsung, saya dapat menjadi 'guru kecil' dalam banyak keadaan yang tidak jauh berbeza. Paling penting, saya dapat menjadi 'guru' seikhlas mungkin. Bukan sekadar membawa pulang gaji setiap bulan tetapi belum tentu bekerja dengan penuh keikhlasan.
Betapa itu benar! Jika setiap bulan menerima gaji, tetapi setiap hari, waktu yang diperuntukkan untuk bekerja digunakan untuk bersembang tak tentu hala, minum-minum entah berapa kali sehari, lalu hujung bulan gaji yang diterima itu diberikan kepada anak, isteri. Nah, di manakah keberkatan wang gaji yang akan dimakan dan dijadikan darah daging itu!
Saya selalu bertanyakan hal ini kepada diri sendiri. Juga, menjadi antara sebab saya meninggalkan profesion guaman. Saya turut mencari keberkatan itu!
Alhamdulillah, Azizi telah menyampaikan mesej keberkatan dalam bekerja dengan cara yang tersendiri. Buku ini mesti dibaca oleh mereka yang makan gaji - bukan sahaja guru - fikirkanlah keberkatan dalam bekerja yang kita lakukan selama ini.
Jika ada dalam fikiran - setiap bulan, aku pasti dapat gaji, mengapa aku mesti buat kerja lebih - fikirkan juga, mengapa aku harus dibayar gaji jika tugas aku tidak sempurna!
p/s : adakalanya watak 'ustaz' yang garang dalam novel ini membuatkan saya tertanya-tanya sama ada anak saya diperlakukan sedemikian dalam kelas akibat guru yang tidak memahami jiwanya dan menganggap serta mengharapkan supaya anak muridnay yang 40 orang itu semuanya robot - sama perangai, sama serba serbi dan tidak perlu perhatian khusus. Adakah setiap guru yang terbeban dengan pelbagai tugas luar akademik menghempaskan bebanan itu kepada anak murid yang tak tahu mengapa hal itu berlaku ke atasnya.
p/s II : teringat juga kisah sewaktu dalam darjah 5, seorang guru yang mengajar subjek 'Kesihatan' - pada setiap kali masuk kelas, mesti menyuruh kami menyalin buku teks dari halaman sekian ke halaman sekian - termasuklah gambar-gambar yang ada dalam buku itu, kena dilukis sekali. Akibatnya, kami pun jadi penyalin buku teks yang baik! Saya langsung tak pernah ingat apa yang disalin. Kadangkala, sengaja saya tulis benda yang tidak sama dalam buku teks, tetapi tetap diberi tanda rait - kerana dia tidak pernah baca apa yang kami tulis! Pun, saya masih ingat lagi guru lelaki berbangsa India itu.
Ulasan
Nisah ingin jadi guru, saya pula asyik dikatakan orang seorang guru. Tidak pernah lagi orang yang meneka kerja saya tidak meneka saya seorang guru; saya tidak tahu kenapa.
Entri ini mengingatkan saya kepada seorang guru besar saya di sekolah rendah. Merotan memang cara mendisiplin yang lumrah bagi kami yang bersekolah Cina. Yang membuatkan saya tidak dapat melupakan cikgu itu adalah, air matanya bergenang apabila selesai merotan saya. Tak tahu kenapa. Dia pula guru lelaki, bukan guru perempuan.
Banyak kali pengarang buku ini syorkan supaya saya membaca buku ini. Hatta ketika saya membeli buku beliau yang memenangi Hadiah 50 Tahun DBP, Ustaz Azizi berpesan supaya saya cari buku ini. Tentu ada sesuatu yang menarik dalam buku ini. Saya akan cari!
terima kasih guru-guru,
tanpa anda yg. berusaha keras,
tiada saya untuk mendapat 'straight' A dalam PMR.
alhamdulillah.
Ni saya macam melencong tajuk sikit.Dalam MPR kita pun ramai cikgu.Elok juga dapat buat satu sesi mendengar luahan rasa berdentum-dentam dari depa ni. Teringat Arwah OP kata, zaman Tanjung Malim dulu ramai guru yang boleh menulis dengan baik,tak kira apa bidang sekalipun.
Sekarang ni saya berdepan dengan segerabak bakal guru BM di tempat kerja.Aduh mak!Dah tak berapa boleh pakai kata-kata arwah OP hatta untuk bakal guru sastera sekalipun.
Rai,
Guru sastera dulu-dulu ialah pakar rujuk sastera sebab mereka memang baca buku, terutama sekali buku sastera. Guru-guru sastera hari ini, apatah lagi bakal guru sastera... ? Hai... entahlah. Malas nak komen!
Masih ada guru sastera yang tak boleh tahu - antara Zaihasra, Ria Asmira, Kemala, Arena Wati dan Nora, yang mana satukah perempuan?
Macam mana nak jadi guru sastera kalau penulis pun depa tak kenal! (Itu belum tanya lagi, siapakah Nisah Haron atau Raihani Mohd Saaid) :-)
baru baca novel ni beberapa hari lepas. dibeli oleh adik saya, seorang bakal pendidik, insyaallah.
memang best. pada bahagian2 tertentu, rasa ada 'something' yang meresap dalam jiwa.
Dalam apa juga bidang kerjaya, dua jenis manusia pasti ada; yang baik dan yang tidak baik. Sedaya mungkin saya mengekalkan diri dalam lingkungan yang baik itu, biar pun di hati tidak pernah bercita-cita menjadi seorang guru. Namun, di situ rezeki dilorongkan Tuhan. Alhamdulillah.
Semoga terus diberi keberkatan Allah.
xsangka dpt jumpa blog penulis yg pernah saya khatam bukunya:P
wajib pulak tu baca komsas masa skolah dulu
hehe~alhamdulillah, sekarang saya masih lagi dalam track ntuk menjadi seorang guru
akan saya didik anak2 murid saya dengan penuh rasa ikhlas yang tidak berpenghujung...