Buku Baharu di Rak Peribadi




Menelusuri kedai buku yang mengedar buku-buku DBP di Seremban, saya terserempak dengan dua buku baharu. Terus capai, belek dan beli - tanpa berfikir dua kali.
  • Kuras-kuras Kreatif (Azizi Hj Abdullah); dan
  • Dua Dunia (Memoir Anis Sabirin)
Saya memang gemar membaca buku proses kreatif mana-mana pengarang. Jadi, memiliki koleksi terkini buah tangan Azizi Hj Abdullah yang baru sahaja memenangi Anugerah Mastera tentu sahaja berbaloi. Di dalamnya, bukan pengarang bukan sekadar bercerita sedikit sebanyak latar belakang keluarga, malah, Azizi turut memberi perincian terhadap proses kreatif beberapa cerpen dan novel terpilih.

Dua Dunia pula, seperti yang saya tulis di atas ialah memoir penyair wanita terkemuka - Anis Sabirin. Sewaktu remaja, oleh sebab ada yang memanggil saya dengan nama 'Anis' - saya pernah berangan-angin untuk menjadi penyair seperti Anis Sabirin. :-)

Di kala orang di luar sana ripuh memperkatakan tentang novel pop untuk dijadikan teks, biarlah saya tenang-tenang sahaja membaca buah tangan terbaharu di rak peribadi saya ini!

Ulasan

Firdaus Ariff berkata…
Video kenyataan Pak Samad tentang isu teks KOMSAS di sini

Catatan Popular