Gapura Purnama

Bulan Mac, sudah masuk enam siri novel saya, Gapura Purnama disiarkan dalam majalah bulanan WANITA.


Ya, saya faham. Tidak semua orang gemar mengikuti novel bersiri. Ramai yang lebih selesa membeli sebuah buku yang sudah lengkap untuk membaca novel. Tidak kurang juga kawan-kawan yang saya memberi komen, "Aku tak baca majalah WANITA".

Itu saya tak boleh paksa.

Siri 6 - Mac 2008

Namun, saya membuat pembaharuan dalam penulisan saya sendiri melalui novel bersiri Gapura Purnama. Seperti yang pernah saya tulis dalam entri terdahulu, novel ini kisah wanita korporat sebagai pemain dalam industri buku. Saya seronok melalui proses penulisan novel ini kerana ada banyak hal tentang buku dan dunia perbukuan yang ingin saya perkatakan. Semua itu dapat saya salur melalui watak utamanya - Teja Widuri.

Imej-imej di bawah ialah laman judul dan ilustrasi bagi setiap keluaran.

Siri 1 - Oktober 2007

Siri 2 - November 2007


Siri 3 - Disember 2007


Siri 4 - Januari 2008


Siri 5 - Februari 2008

Selepas novel ini selesai nanti, siapa agak-agaknya yang mungkin menerbitkan novel ini sebagai sebuah buku?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Nisah. Teruskan apa yang sudah Sdr mulai. Dari jauh saya tabik dengan cara Sdr bekerja.
Sarah berkata…
Salam,
Lama lagi ke nak habis novel bersiri tu? Saya tak sabar nak pegang bukunya!
Umi Kalthum Ngah berkata…
Assalamualaikum warahamtullah,

Puan Nisah yang dihormati,

Semoga Puan serta keluarga dirahmati Allah...Amin.

Saya selalu membaca blog Puan ini.

Apabila Puan menyebut tentang orang yang tidak membaca majalah 'Wanita' seperti terkena pula pada batang hidung saya..

Tidak mengapalah...saya tunggu novel Puan ini dalam bentuk buku nanti..

Wasalam,

Umi Kalthum Ngah
(NeenaUmi)

Catatan Popular