Selasa, Februari 19, 2008

KOMSAS - Siapa Yang Betul?

Baru-baru ini ribut-ribut tentang KOMSAS.

Kali ini, barulah PPK hendak bersuara.

Pemilihan teks sastera belum muktamad

PUSAT Perkembangan Kurikulum (PPK) ingin memaklumkan bahawa pemilihan teks komponen sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas) belum muktamad dan masih dalam proses pemilihan.

PPK juga ingin memaklumkan bahawa sebanyak 861 bahan, karya, teks, buku diterima daripada penerbit dalam pelbagai genre novel, antologi cerpen (678); koleksi prosa tradisional (76); antologi sajak (17); koleksi puisi tradisional (40) dan teks drama (21), sepanjang tempoh tawaran.


Baca lanjut di sini.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum sdr nisah,

alahat ppk. dah terantuk baru tengadah, banyak yang mahu dikomen, tetapi wktu belum mengizinkan.

saya selalu di sini merayau, tapi tak perneh menyapa sdr,
tapi kegigihan sdr memang dikagumu, khabar sdr selalu saya tykan pada kak mahaya.

salam

Rem berkata...

Biasalah pencuri siang hari nak menguji 'market' dulu. Dia dok mengintai celah tingkap, nak curi barang kemas Mak Joyah. Bila jiran-jiran kiri-kanan semua berteriakan: "Ada pencuri, ada pencuri!".....
..... barulah dengan muka penuh tak rasa malu pandai-pandai mengaku dia tu kawan Mak Joyah. Saja-saja nak datang melawat.

Untuk kepentingan anak bangsa, saya fikir tak payahlah nak rigid sangat. Kalaupun karya tu tak dihantar oleh penerbit (yang lembab, jahil dan kurang peduli) -- jika karya-karya tersebut memang diakui 'permata' dalam dunia kesusasteraan Malaysia, apa salahnya dipertimbangkan. Tak rugi.

Lagipun, semua AJK dalam badan penilai tu kan dibayar gaji. Bukan buat kerja percuma. Jadi, apa salahnya buat inisiatif lebih sikit. Jangan hanya pandai menghabiskan duit cukai rakyat saja, tapi buat kerja separuh-separuh.

Paling penting, jangan terima sogokan!

ainon mohd berkata...

Asalamualaikum, Puan Nisah.

Saya orang bisnes, macam-macam cerita yang saya dengar tentang apa yang berlaku dalam PPK.

Sekarang kita ada peluang mengubah amalan rasuah yang semakin hari semakin merosakkan negara dan masyarakat kita.

mardhiah berkata...

Puan Nisah tumpang cakap dengan Che Rem yang emosi lagi naif ni. Rem ini semua duit, bukan sikit punya duit. Tak mustahil ada aktiviti lobi-melobi. Orang kita ni cepat sangat gelap mata. Kawan saya kata duit "lembu" ni tak banyak sikit pun kena rasa juga.

Nantilah saya doakan balik nanti Rem terpilih menjadi Jawatankuasa Tender UMS, baru tau langit ini tinggi atau rendah.

Rem berkata...

Mardhiah,
Masin mulut kamu Mardhiah! Kalau saya jadi JK Tender, dengan pendapatan 'tambahan' yang ada.... tiap-tiap tahun saya mau melancong Eropah. Lepas tu, mau buat banglo atas Bukit Istana yang menghadap laut. Kamu dijemput datang ziarah tiap-tiap hari Mardhiah. :)

Bercakap pasal KOMSAS, guru-guru juga salah satu punca kemelut ini. Kerja asyik nak senang saja. Patutnya salah satu tanggungjawab awak sebagai guru adalah untuk 'memupuk' minat pelajar pada sastera. Kalau mereka tak minat pupuklah minat tu. Itu kerja guru, bukan kerja 'silibus'.

Logik guru-guru ni pun menakutkan. Nak terapkan minat, kena ubah silibus dan sogok pelajar apa yang mereka suka secara tabii. Katakan silibus lama ditukar kepada silibus baru (novel-novel pop cintun ala Ahadiat). Lepas tu, katakan pula beberapa tahun kemudian, 'minat' pelajar tiba-tiba merudum semula. Sebab harus diingat, selera dan minat pelajar ini secara realistiknya berkadaran dengan perkembangan semasa. Ujaan budaya pop pada masa akan datang tentu akan lebih hebat lagi, sekaligus mengubah minat/selera pelajar. Habis, kena tukar lagi silibus kepada karya kreatif yang JAUH lebih pop dan senang?

Mula-mula kita pakai karya sastera 'sebenar' (yang dikata berat itu!). Pelajar tak minat, lalu ditukar kepada fiksyen pop. Kemudian, tak lama lepas tu, pelajar rasa fiksyen pop itu mula berat dan tak menjana minat. Jadi, nak tukar pula kepada karya-karya seks semi-porn? Lepas tu novel porno tulen?

Memang ramai guru yang mengadu kononnya tak reti nak ajar sastera sebab teksnya sukar. Habis kalau tak reti dan malas pula mau meretikan diri sendiri, berhentilah dari jadi guru.

Ibaratnya begini. Guru-guru ni tak reti nak anyam ketupat dari daun kelapa sebab daun tu licin dan tak sekata. Jadi susah sangat nak anyam. Kemudian, guru-guru ini kata: "Susahlah nak anyam dari daun kelapa. Kalau pakai kertas manila atau riben keras boleh tak? Lebih mudah kerja kami!"

Ya cikgu-cikgu semua. Memang boleh. Tapi kalau anyam ketupat menggunakan kertas manila, tentu ia tak boleh diisi nasi pulut. Boleh gantung kat balairaya sebagai hiasan saja la. Kalau nak hasilkan ketupat yang boleh diguna tanak nasi, mahu tak mahu.. kenalah anyam dengan daun kelapa. Kalau susah dan kurang reti, belajarlah. Jangan pandai-pandai nak tukar daun kelapa jadi kertas manila. Itu tak sejajar dengan matlamat asal.

Kemudian, guru-guru ini akan menempelak lagi. Heii, korang semua apa sibuk-sibuk. KAMI YANG AJAR NANTI SUBJEK TU. Jadi kamilah yang paling berhak menuntut apa yang patut dijadikan silibus.

Memang korang yang akan mengajar. Tapi yang nak diajar itu adalah anak-anak dan adik-adik kami. So, tentu kami semua ada hak untuk bersuara dan memilih. Isu pengajaran dan pembelajaran di sekolah bukan hak eksklusif guru-guru dan kementerian pelajaran saja. Ia hak SELURUH RAKYAT Malaysia.

Panjanglah pula ceramahnya. :) Mardhiah, kamu pergi tolong bagitau guru-guru yang degil dan bengap nakkan sangat bahan-bahan pop tu! :)

mardhiah berkata...

Nisah tumpang lalu lagi, Rem ini terlalu pangjang angannya, sehingga dia dah tak tahu apakah harga yang perlu dia bayar untuk permintaannya yang ini.


Dia begini, sastera akan kekal dengan sifat keelitisannya. Ia sesuatu yang datang dari dalam, bukan paksaan luaran. Untuk kita menghargai sastera, kita perlu duduk dalam suasana yang kondusif dengan sastera itu sendiri. Sastera bukan tanggung jawab sekolah, tapi ibu bapa dan masyarakat.


Anggap saja mencelik sasterakan generasi muda bukan tanggjawab pemirintah, tapi hak dan pilihan individu.

Saya sudah bercakap sama Faisal, dengan mengambil analogi Quran di Turki. Walau ditekan oleh Kamal Atartuk, Quran tetap hidup, sebab Allah mau ia hidup lagi. Tiba masa ia akan mati jua.

Ibarat proses penuaan yang tidak boleh kita halang. Ntah mungkin saya terbawa-bawa dengan Azzariat dan Attur yang sedang saya uliti buat ketika ini.

Well tak apa, saya bagi lagi satu peluang untuk kamu, poskan segera Hadaharah Cinta yang ko janjikan itu. Kapan bisa saya membacanya?

Rem berkata...

OK, saya setuju bahawa sastera ini ada nilai elitis tersendiri. Di luar daripada alam pendidikan formal, sastera itu adalah 'pilihan' dan bukan sesuatu yang boleh dipaksakan pada siapa-siapa. Misalnya, kita tak boleh 'mencipta' seorang Faisal Tehrani atau Nisah Haron. Mereka bukan dicipta begitu-begitu. Mereka lahir sebagai penggiat/peminat/pengamal sastera kerana kombinasi pelbagai faktor (termasuklah ada bakat dan naluri semulajadi pada sastera -- sesuatu yang tidak boleh dibeli, dipelajari atau 'diwujud-wujudkan' begitu saja).

Tapi Mardhiah, kita bukan bercakap konteks sastera dalam realiti kehidupan yang lebih besar. Kita hanya merujuk pada soal 'pembelajaran dan pengajaran' sastera di peringkat sekolah menengah. Bukan kita nak lahirkan sasterawan dan nak mengajar bebudak itu jurus-jurus kesusasteraan pada skala mikro yang sangat mendalam. Sekadar memberi mereka peluang mengecap nilai-nilai estetik sastera. Sudah tentulah ini tugas dan kerja pendidik.

Kalau nak hujahkan pasal konsep eksklusiviti -- bukan sastera saja yang elitis. Matematik, bahasa, sains alam dan ada banyak lagi subjek lain yang boleh dianggap eksklusif. Tak boleh gunakan alasan 'Ala... mereka tak minat. Nak buat macam mana. Benda-benda gini sifatnya eksklusif.'

Alasan begitu boleh diguna dalam konteks dan skala hidup yang lebih makro. Ya, kita tak boleh paksa siapa-siapa nak jadi sasterawan, ahli linguistik, ahli matematik, dsb -- kalau mereka tak minat. Tapi mentaliti begini tak sesuai diamal oleh guru-guru di peringkat sekolah yang bertanggungjawab mendokong proses pendedahan dan pendidikan.

Lagipun, saya kata.. tujuan kita perkenalkan subjek ini di sekolah hanyalah untuk menerapkan nilai-nilai tertentu (estetik, logik, perseptif, struktural, dsb). Bukan nak 'jadikan' mereka betul-betul sebagai ahli dalam bidang itu (yang kamu rujuk sebagai niche elitis itu).

Hah, kamu fahamkah apa yang saya nak ceramahkan ni? Ha ha ha ha.

PS: Sorry Nisah. Dah jadi macam gelanggang debatlah pula.. :)

mardhiah berkata...

Orait, saya print kan pandangan anda dan bagi pada Pengarah Pelajaran Melaka Esok juga! Deal?tapi bukan percuma ye. Mana buku saya! mana monyet saya! oh plus interest satu setengah tahun.

Related Posts with Thumbnails