Rabu, Februari 27, 2008

Umbara Sastera

PEN akan mengadakan majlis yang diberi nama UMBARA SASTERA berdasarkan ketetapan yang berikut :

Tarikh : 1 Mac 2008 (Sabtu)
Masa : 10 pagi - 12 tengah hari
Tempat : Perpustakaan Awam Seremban Kediaman Ketua Satu PEN
No. 59, Lorong Cenderawasih 2, Taman Paroi Jaya, Seremban

Tetamu :
Puan Mahaya Mohd Yassin
Puan Nisah Haji Haron
Encik Amiza Khusyri Yusuf
Puan Syarifah Salha Syed Ahmad


Konsep :
Umbara ertinya kembara atau jelajah. Umbara Sastera berhasrat untuk membawa mereka yang mengambil bahagian mengembara minda dengan pelbagai cara. Menggunakan konsep ala-ala bicarawara, peserta boleh membaca naskhah, memperkatakan hal-hal seputar sastera dan persuratan Melayu, menggugah peserta dengan idea yang boleh dibincangkan, atau mempersembahkan (mendeklamasi) puisi moden, puisi tradisional, ataupun apa yang difikirkan sesuai dengan konsep yang dicadangkan.

Maklumat lanjut di laman web PEN : www.penulisn9.blogspot.com

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah menariknya, cuma tidak punya kesempatan waktu utk ke sana. Nak ucap tahniah kisah chef2 di BM tempohari. Menarik dgn resipi pelbagai itu.-ina marjana ulfah

Tanpa Nama berkata...

saya berminat untuk hadir tetapi saya telah hadir di tempat salah iaitu di perpustakaan awam seremban. mungkin silap saya kerana tidak membaca blog yang telah di kemaskini. kenapa ubah tempat?

Related Posts with Thumbnails