Bertemu Bloggers & Helvy Tiana Rosa

Dari kiri : Pak Adib (The Reader), Saiee Driss, Puan Aizan (Ketua PDM), Nisah, Jiwarasa, Shamsudin Othman, Fauzi

Banyak ruang dan peluang untuk bertemu rakan-rakan bloggers jika kita (bloggers) berada di sekitar Lembah Klang. Bagi saya yang tinggal lebih 60KM dari Kuala Lumpur ini, pertemuan demikian amat jarang dapat saya penuhi. Jadi, pertemuan dengan sekian ramai rakan-rakan bloggers di Dewan Bahasa dan Pustaka untuk program "Penulis & Blog - Trend Masa Kini" amat menyeronokkan.

Pak Adib dan Saiee Driss merupakan blogger yang saya tak sangka dapat berjumpa. Turut bertemu dengan Firdaus - Studio Inspirasi, adik-adik MPR yang rata-rata mempunyai blog sendiri. Siapa lagi ya? jOnOs, Sinaganaga, Jimadie Shah juga ada. Dan tentunya ada bloggers yang hanya dikenali blognya tetapi identiti pemiliknya tidak diketahui, barangkali turut hadir.

Jiwarasa membentangkan aspek umum tentang blog serta dapatan yang telah diperolehi daripada kajian ringkas yang dilakukan.

Saya pula menyentuh secara langsung tentang "Kepentingan Blog Kepada Penulis". Di dalam kertas tersebut saya sentuh beberapa perkara iaitu :

Blog penulis seharusnya ada isi dan bukan sekadar catatan rasa dan keluh-kesah, ataupun laporan harian tanpa signifikan kepada pembaca, bukan sekadar tempelan ataupun ambilan daripada mana-mana e-mel berantai ataupun website lain yang boleh diperolehi secara langsung tanpa membaca blog tersebut. Blog penulis harus ada jati diri, memelihara bahasa, dan juga mengangkat kesusasteraan Melayu secara umumnya.

Blog penulis boleh digunakan untuk
  • menjadi penghubung antara pengarang & pembaca
  • mempromosi karya
  • menceritakan aspek kepengarangan (proses kreatif, ataupun cerita-cerita di sebalik pembikinan sesebuah karya)
  • menjalinkan ukhwah
  • mengangkat martabat bahasa & kesusasteraan Melayu
  • berkongsi maklumat buku
Sama ada ramai yang bersetuju ataupun sebaliknya, itulah yang telah saya angkat dalam pembentangan saya semalam. Selebihnya, terpulanglah kepada pendengar dan peserta untuk menafsirkannya.

Saya juga menimbulkan persoalan mengapa di kalangan kakitangan DBP ataupun Dawama, misalnya, tidak ada bloggers yang mahu memperkenalkan buku-buku terbitan DBP secara serius. Saya sebut bahawa sebelum ini pernah ada seorang pegawai DBP yang menggunakan nama Embun (Zaharahanum Kamarudin) tetapi, apabila saya cara blognya sudah tidak wujud lagi. [Kini mungkin ada Ustaz Azman Al-Kurauwi tetapi blognya tetap bercampur dan tidak khusus mengangkat buku-buku DBP. Entri tentang buku-buku DBP juga sekitar ambilan daripada blurb buku.]

Saya cabar supaya ada blogger Melayu yang setaraf Sharon Bakar ataupun Eric Forbes yang telah mengangkat buku-buku Inggeris tempatan dan luar negara dalam blog masing-masing serta memartabatkan kesusasteraan Inggeris. Harus ada padanannya kini.

Juga, saya mencabar bloggers perempuan supaya setanding Jiwarasa, Fadliakiti, Hakim dan Khairusy-Syakirin dalam memperkenalkan buku-buku yang baik dalam blog masing-masing. Tidaklah sekadar blogger wanita ini mengangkat buku-buku yang bertema cinta semata-mata. Percubaan yang baik saya temui dalam blog Rebecca Ilham dan Puteri Bongsu.

Terdapat soalan daripada Saudara Fauzi yang bertanya sama ada wujud satu bentuk grup yang menghimpunkan bloggers Melayu (baca : bloggers serius, matang dan beridentiti). Saya katakan setakat pengetahuan saya, yang ada cuma Geng Jurnal yang menghimpunkan bloggers terawal dalam dunia blog tanah air.

Ya, memang perlu ada satu grup khusus. Tetapi perlu ada seorang yang menjadi champion. Jika tidak, belum tentu kumpulan itu nanti boleh bergerak.

Catatan tentang majlis ini juga boleh dibaca di laman berikut :

Pak Adib (The Reader)
Firdaus (Studio Inspirasi)
Fauzi (Abezzi's)
Saiee Driss

Gambar-gambar lain boleh dilihat di sini.

Turut dilaporkan dalam The Star, Metro dan Sinar Harian.

***

Sebelah petangnya, saya 'lari' ke Universiti Malaya untuk bertemu seorang penulis Indonesia yang tidak kurang hebatnya - Helvy Tiana Rosa. Sayang sekali, masa tidak begitu mengizinkan untuk saya duduk sama mendengar pembentangannya di IPS, UM (anjuran Persatuan Pelajar Indonesia). Tetapi, pertemuan yang sekejap itu menerbitkan banyak makna. Hanya rakaman gambar berikut yang sempat diabadikan.


Sedikit catatan tentang Bicara Helvy di IPS, UM boleh dibaca di blog Faezah Azaman.

Ulasan

1 berkata…
Pembentangan Helvy itu menarik. Sangat merendah diri, terbuka dan ideologis. Tetapi rasional. Ketika saya berbual dengan kawan-kawan mahasiswa Indonesia di UM, kami nampak Sdr. Nisah berlalu daripada Auditorium IPS. C-:

Salam.
Nisah Haji Haron berkata…
Ya, saya juga telah membaca catatan ringkas tentang Helvy di blog sdr. Kalau dapat dipanjangkan sedikit, mungkin ramai yang akan memperoleh manfaatnya.

Saya memang sudah berjanji pada diri untuk bertemu dengan Helvy pada Sabtu lepas, jika tidak, entah bila lagi. Sayang sekali, harus pulang segera kerana anak-anak yang lain saya tinggalkan dengan bapa saya yang sedang demam.

Salam.
Umi Kalthum Ngah berkata…
Assalamualaikum warahmatullah,


Puan Nisah,

Moga Puan serta keluarga sentiasa dirahmati Allah...Amin.

Terima kasih di atas perkongsian maklumat ini...

Saya belumpun setahun ber'blogging'..baru 3 bulan.

Perlu banyak belajar lagi..

Terima kasih sekali lagi.

Wasalam

Umi Kalthum Ngah
(NeenaUmi)
Zaid Akhtar berkata…
Waduh,
Mbak Nisah bertemu dengan Mbak Helvy ya.

:-)
Faizah Azaman berkata…
Saya sempat membaca laporan acara di DBP dalam Metro. Cadangnya nak pergi, tapi tidak pasti harus menaiki apa untuk sampai ke sana, pun saya tidak mahu yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran. Kalau saya ke DBP saya perlu 'rushing' ke IPS. Apapun saya gembira dapat berjumpa kanda setelah hampir 3-4 tahun tidak bersua
Tanpa Nama berkata…
Salam

Ada terlintas di hati untuk menghadiri program di DBP tetapi terpaksa dibatalkan kerana ada tugasan lain di Perak. (susah juga nak menghadiri program ilmu di KL setelah kembali ke negeri asal )Terima kasih kerana puan merakamkan soratan majlis tersebut. Insya Allah saya dalam persiapan untuk memulakan blog dan Jejak Merdeka Edisi ke-2 yang turut mengadaptasi puisi HUTAN yang bersumberkan panduan yang puan lontarkan di pesta buku Selangor (26.07.2006 ) turut mewarnai kandungan buku tersebut.
Tanpa Nama berkata…
"Hijaunya" baju Jiwa Rasa, yang datang dari Perak. :)

Ya, saya fikir blog boleh dijadikan tempat untuk promosikan buku dan kesusasteraan Melayu. Jika 'dunia blog' boleh mengubah lanskap politik Malaysia secara drastik (sudah terbukti pun!) -- tentu kuasa yang sama boleh dioperasikan ke atas budaya sastera dan membaca.

Tidak semestinya membuat promosi/ulasan buku secara langsung. Apa yang dibuat oleh Faisal Tehrani juga satu pendekatan yang baik. Menggunakan blog untuk berkongsi 'proses kreatif', sambil menyelitkan 'thriller' (sekali-sekala) untuk karya-karya sendiri.

Sejak FT berblog, saya nampak makin ramai 'pengikut sastera gaya Tehrani' dari kalangan orang muda. Kalau tidak, dulunya selalu kalau kita tanya para pelajar atau pembaca remaja, mereka akan tangkas membuat rumusan: "Aahhh, karya-karya Faisal Tehrani beratlah!". Saya fikir sentimen begitu semakin hilang -- kerana bila penulis/sasterawan berinteraksi dengan pembaca secara langsung (menerusi 'living blog'), ia secara langsung membina 'chemistry'. Antara pembaca dan karya-karya kreatif penulis.

Apa kata kita mencadangkan semua penulis/sasterawan ternama -- supaya mempromosikan karya dan 'diri' menerusi blog? Teknik yang sama telah diguna dalam bidang muzik. Artis-artis digalakkan membina blog atau myspace peribadi (sejenis 'living diary'): kerana lebih banyak orang awam tahu tentang 'seseorang' -- lagi mudah untuk menumbuhkan chemistry terhadap karya-karyanya.

Bagi saya secara peribadi pula, tujuan saya ber-blog adalah untuk memastikan proses 'membaca' tidak mati. Membaca dalam konteks di luar kerjaya (i.e. berita dan isu semasa, termasuk kesusasteraan and industri pop), dan bukan membaca bahan-bahan akademik saja (yang sudah tentu jadi rutin wajib!). Kalau kita tidak tahu situasi sekeliling, kita tentu tak boleh menulis entri blog. Dan untuk tahu situasi sekeliling -- kita terpaksalah membaca.
Tanpa Nama berkata…
alahai, rugi tak datang...
Tanpa Nama berkata…
Bagus juga jika ada perjumpaan blogger Melayu seperti yang di anjurkan oleh nufnug baru-baru ini. Ia telah diberikan publisiti meluas dengan bergambar sekali.

NST menonjolkan imej yang agak wat to say eh? Agak keterlaluan, daring dan kebaratan. Temanya parti pijama? Blogger yang pakai baju tidur paling seksilah yang jadi icon dalam pelaporan NST untuk perjumpaan blogger dibawah naungan Nufnug ini.


Yelah tu Nisah, sangat penting untuk kita menonjolkan blogger Melayu kita. Takut non-blogger pandang serong pula pada Blogger-blogger Melayu yang masih suci dan tebal dengan tatasusila dan cara hidup orang timur.
Nisah Haji Haron berkata…
Puan Umi Kalthum,
Saya tertanya-tanya, puan sebenarnya ada DBP tempoh hari, ataupun saya yang terpandang-pandang puan ada di situ? :-)

Benar Pak Zaid,
Kami akhirnya ketemu di sana.

Faizah,
Eloklah fokus satu-satu. Adakalanya akibat hendak kejar semua, satu pun tak dapat. Insya-Allah, rezeki itu ada di mana-mana, bukan?

Anon,
Selamat menulis!

Rem,
Kalaulah semua orang berfikiran positif seperti anda.

Fadz,
Memang sangat berharap sdr ada di sana. Saya siap promote laman sdr dalam paper saya. :-)

Mardhiah,
Tak teringin ke nak pakai baju tidur? Hahahaha
Tanpa Nama berkata…
Tak de sapa nak tengok, kalau pakai sorang-sorang, takut dapat penyakit siok sendirilah pula. HA HA HA
Unknown berkata…
Buku DBP sudah terlalu "hebat". Ahaks!
1 berkata…
Tentang mbak Helvy di UM tempoh hari, harap ada yang beroleh manfaat daripada pautan ini: http://jimadieshah3.blogspot.com/2008/03/semakin-fundamentalis-semakin-seksi.html
Zamri Mohamad berkata…
Oh tidak! Mengapa diriku tidak di sana?

ZAMRI MOHAMAD
www.motivasimindamu.blogspot.com
fadz berkata…
aduh, malunya kak nisah.. malu, malu..

Buat persoalan memartabatkan sastera Inggeris, ada dibuat oleh Wan Nor Azriq aka Kritikus Sastera (http://azriq.blogspot.com/) saya suka benar tulisannya dan juga kupasan2nya.. Beliau juga ada menyentuh sastera Indonesia dan Malaysia..

Catatan Popular