Insan-insan di belakang tabir


Ada banyak cerita pasca Pesta Buku yang lalu. Kebanyakannya masih di dalam bentuk draf dan belum sempat untuk saya muatnaik atas sebab beberapa hal.

Sementara itu, saya ingin kongsi gambar istimewa ini - saya namakan, "Insan-insan di belakang tabir". Dari kiri : Kak Lina (puteri SN Usman Awang), Abg. Helmy (putera Pak Samad), Shukri (orang kuat www.ujanailmu.com.my) dan Emila (ilustrator dan designer karya-karya Pak Samad dengan Wira Bukit).

Mereka semua jarang berada di barisan hadapan, namun tanpa mereka semua hasil karya pengarang mungkin tidak dapat diketengahkan dengan sewajarnya.

Ulasan

Unknown berkata…
Salam Kak Nisah,tumpang iklan ya:)

---BACA PUISI KUALA LUMPUR---

Tempat: Ruang Legar Balai Budaya DBP
Tarikh: 18 April 2008 (Jumaat)
Masa: 8.15 Malam
Hos: A. Ghafar Ibrahim (AGI)
Pemuisi lain: Datuk Mohd Shafie Apdal, Datuk Johan Jaafar, Dato' Dr. Firdaus Abdullah, Khalid Salleh, Roslan Madun dll...
Anjuran: Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), DBP, KEKKWA.
*Jamuan ringan disediakan.
emilayusof berkata…
Agak terkejut bila nama saya disebut di sini. Terima kasih Nisah! Saya senang sekali menjadi orang di belakang tabir.
Tanpa Nama berkata…
salam puan,

novel turunnya sebuah bendera sedia untuk langganan di ujanailmu.

Nizam
kucingorengemok berkata…
salam kak nisah, terima kasih krn gambar ini, pertama kali dapat tgk en shukri, selalu berinteraksi di e-mail saja masa beli buku :)
Tanpa Nama berkata…
Selamat hari lahir Kak Nis!Aiseh,dok sibuk jaga exam dan mengadap muka Sham Aljohori tu sampai terlupa nak wish!

Terbaca di suratkhabar hari tu, Nisah Haron membaca syair Dendang Setia.Tak pernah pula saya dengar syair tu.Adakah sama dengan coklat Dendang?Hehehe!
Nisah Haji Haron berkata…
Anuar,
Iklan, jangan tak iklan :-)

Emila,
Mengapa harus terkejut, awak dah jadi orang 'famous' di sini, hehehe.

Nizam,
Hubungi webmaster@ujanailmu.com.my untuk urusan lebih lanjut.

Belangcoolcat,
Itulah dia orang yang paling rajin menjawab e-mel. Terima kasih juga kerana sudi ke sini dan terima kasih kerana menjadi antara pelanggan Ujana Ilmu yang setia! :-)

Anuar & Rai,
Terima kasih.

Rai, mereka keliru dengan Coklat DingDang, Dendang Perantau dan lain-lain. Pastinya pertama kali dengan Syair Dandan Setia dan Intan Terpilih!

Rajawali,
:-)

Catatan Popular