Jumaat, April 11, 2008

Pelancaran Buku "Karya Kita Hak Kita"

~ Ini entri hebahan. Untuk entri terkini, sila skrol ke bawah. ~

Kepada semua pengunjung blog dan mereka yang menerima maklumat ini, saya dengan segala sukacitanya mengundang anda semua ke majlis pelancaran buku "Karya Kita Hak Kita" seperti di dalam butiran yang berikut :

Tarikh : 11 April 2008 (Jumaat)
Masa : 4 petang
Tempat : Pentas Prima, Dewan Tun Razak 2, PWTC, Kuala Lumpur
(Dewan Tun Razak 2 terletak di seberang sungai dan anda dinasihatkan datang dari Jalan Ipoh dan parkir di sekitar belakang Pusrawi ataupun perkarangan pintu belakang PWTC.)

Buku ini dan 3 buah buku lain (termasuk buku Faisal Tehrani - Karya Nan Indah) akan dilancarkan oleh Yang Berbahagia Dato' A. Samad Said.

Jumpa di sana!

3 ulasan:

NOVEL SEJARAH berkata...

Tahniah dengan pelancaran buku Nisah pada hari esok (Jumaat). Ingin juga hendak pergi tetapi hari Jumaat saya memang tidak dapat ke mana-mana sebab ada tugas.

Hari Sabtu saya ke pesta buku nak beli buku Nisah itu kalau Nisah ada nak dapatkan tandatangan sekali.

najibah berkata...

sayang saya x dapat hadiri pesta buku hari jumaat seperti yg dirancang. saya awal sehari ke sana. tapi pasti akan dapatkan buku ini walaupun bukan di tempat pesta-pestaan.

adiat berkata...

tahniah atas pelancaran buku 'karya kita hak kita'
br dptkan buku ni di psta buku td..
br mmbelek2..
trsenyum sndiri tika mmbaca pnduan 24.1-perlukah nama pena..
sy sibuk memikirkan nama pena..padahal karya yg ditulis x seberapa.. :P

Related Posts with Thumbnails