Khamis, Mei 08, 2008

Konvensyen Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan

Pagi ini saya akan berada di lokasi berikut untuk Konvensyen Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan:

Tarikh : 8 Mei 2008 (Khamis)
Masa : 8.45 pagi
Tempat : Kompleks Belia dan Sukan (Paroi) Seremban

Topik : Cabaran dan Harapan Generasi Baharu - Dunia Siber : Fakta atau Fitnah

Jika ada sesuatu yang menarik, insya-Allah, akan dilaporkan dalam entri berikutnya. Turut sama sebagai panel ialah Sdr Nizal Mohamad (bekas Personaliti TV3)

Minggu hadapan (13 Mei) akan berada di Pearl International Hotel, Jalan Klang Lama untuk program yang sama - tapi Konvensyen Belia Negara peringkat Kebangsaan

2 ulasan:

Baha Zain berkata...

ASM Sdr Nisah
Saya sedang meneka-neka bagaimana sdr membagi-bagikan waktu. Tak apa, selagi hayat& tenaga masih ada menfaatkan fikiran serta kreativiti seoptimum mungkin. Banyak pahala. Jiwa kita lesu kalau gersang cabaran, dan kematangan segan datang.

Nisah Haji Haron berkata...

Salam kembali Dato' Baha,
Memang benar jika hidup kita jarang sekali dicabar, mana kan kita tahu sejauh mana kita mampu pergi. Tugas yang saya lakukan sekarang jauh lebih menyeronokkan berbanding ketika bertugas sebagai peguam.

Terima kasih atas singgahan ini, saya benar-benar berasa terdorong.

Related Posts with Thumbnails