Ahad, Jun 15, 2008

Dominasi Wanita & mantan MPR dalam HSKU 2007

Alhamduillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilhahi.

Novel saya yang dijudulkan sebagai "Sayap-sayap Cendekia" telah diumumkan sebagai salah satu pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007 bagi kategori novel remaja. Walau bagaimanapun, setelah melalui proses suntingan dan setelah melakukan perbincangan antara pihak penerbit-penulis, satu judul baharu telah disepakati.

Apakah judulnya, sama-sama kita ikuti dalam akhbar selepas ini, ataupun mungkin sahaja pada malam penyampaian HSKU yang dijadualkan berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara KL pada 20 Jun 2008 jam 8.00 malam.

Buat pertama kali dalam sejarah, tiga orang penulis wanita mengungguli kategori novel remaja :

Tempat Pertama : Sri Rahayu Mohd Yusop
Tempat Kedua : Nisah Haron
Tempat Ketiga : Ummu Hani Abu Hassan

Saya juga mendapati nama-nama mantan MPR turut memenuhi dan menenggelamkan nama-nama penulis mapan yang ada.

Tahniah juga kepada Khairunnasriah Abdul Salam dan Serunai Faqir yang memenangi HSKU untuk kali kedua berturut-turut. Serunai Faqir juga menang kedua-dua kategori cerpen dan cerpen remaja seperti tahun lepas. Tidak ketinggalan Fahd Razy yang masih terus menguasai kategori puisi. Nama-nama mantan MPR yang lain termasuklah Ghafirah Idris, Lutfi Ishak, Salina Ibrahim, Zaen Kasturi, Faziati Mohd Ali, Shamsudin Othman, dan Raihani Mohd Saaid

Alhamdulillah, semuanya kita kembalikan ke Allah yang mengurniakan sari ilham serta ketekalan untuk menulis. Inilah sebahagian daripada perjuangan kecil yang dapat dilakukan para penulis yang cintakan sastera yang tidak mahu sastera terus mati tanpa sebarang pembelaan.

Keputusan HSKU bukan mengenai siapa menang ataupun siapa menang berapa ribu, tetapi siapakah yang sanggup menulis demi meneruskan amanah yang Allah kurniakan ini.

Baca keputusan penuh HSKU dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini ataupun secara online.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Kak Nisah! Oh, baru saya tahu Faziati Mohd Ali dan abg Saifulizan mantan MPR juga rupanya

Fahd Razy

fatinazmin berkata...

Salam, tahniah

Bunnybaby berkata...

Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Illahi. Tahniah atas kejayaan puan.

Rai berkata...

Salam,

Saifullizan bukan mantan MPR.Isterinya,CT Zarina Israry ialah mantan MPR 98.Saifullizan,Jasmina,Zakir dan Mawar adalah penulis yang sering dianggap kelahiran MPR.Tengoklah,betapa berprestijnya MPR.

Isyh...berapa banyak MPR daaa!

typeace berkata...

Kak Nisah, tahniah!

Tentu ujana ilmu lebih meriah dengan kehadiran "Tawarikh Cinta".
:)

ekspresi berkata...

tahniah Nisah.

Omecool20 berkata...

Assalamualaikum.

Tahniah atas kejayaan Nisah. Saya baru sahaja membaca keputusan tersebut di Mingguan Malaysia yang saya baru baca hari ini :-)

Related Posts with Thumbnails