Selasa, Julai 08, 2008

Sastera di Berita Harian - perubahan hari

Pagi Ahad lepas, seperti biasa, apabila akhbar sampai ke rumah, ruangan pertama yang akan dibuka ialah sastera. Menjenguk Mingguan Malaysia, baca cerpen dan puisi. Kemudian, capai pula Berita Harian yang sudah 'kecut' saiznya. Selak punya selak, habis. Tapi, tiada ruangan cerpen dan puisi.

Hampa bertebaran.

Saya memang tidak membeli akhbar setiap hari, walaupun tetap membacanya setiap hari. Paling tidak, akan membaca versi online setiap akhbar. Kalau ada masa, akhbar haluan kiri pun pasti singgah. Sekadar mahu mengimbangkan pembacaan.

Petang itu, sempat mengirim pesanan ringkas kepada Nazmi Yaakob, bertanyakan ruangan susastera di Berita Minggu - apakah sudah bertukar hari ataupun sudah ditiadakan. Tidak sampai 30 saat, Nazmi membalas :

"sudah ditukar ke hari Sabtu. "

Apabila disemak semula versi online, saya yang terlepas pandang mengenai pengumuman pertukaran hari bagi ruangan sastera. Berikut ialah petikannya:

"HALAMAN Sastera Berita Harian akan turut mengalami perubahan ekoran keputusan syarikat untuk berubah daripada akhbar broadsheet kepada kompak mulai 6 Julai ini dan halamannya akan menemui pembaca pada setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu. "

Terdapat beberapa kolum baharu seperti Mewah Bahasa bersama Pensyarah Jabatan Linguistik, Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Nor Hisham Osman, E-mel dan Anda dan Warna Kehidupan.

"Halaman Sastera dan Seni yang sebelum ini menemui pembaca Sabtu dibawa ke Jumaat dan jumlah halamannya dikekalkan manakala Susastera yang ditukarkan kepada Kreatif akan diterbitkan pada setiap Sabtu. "

Baca lebih lanjut di sini.

Kini hari-hari 'wajib' membaca akhbar sudah berubah. Setiap Isnin, Khamis & Ahad baca Utusan/Mingguan Malaysia. Setiap Khamis, Jumaat & Sabtu baca Berita Harian.

Ah, hari minggu jadi kurang meriah kerana ada satu sahaja cerpen. Kalau dulu ada dua. Tapi, tak mengapa. Kini hari Sabtu juga akan bertambah meriah!
.
.

1 ulasan:

U-HAH berkata...

La...tukor ke, t/kasih sebab puan nisah tulis kat sini...saya ni biasanya beli ahad je...

Related Posts with Thumbnails