Buku DBP Semakin Bermaruah - 2

Respons daripada pembaca tentang entri berjudul "Buku DBP mula 'bermaruah' persembahannya" amat menarik minat saya untuk membalas komen-komen tersebut dalam satu entri khusus di sini :


rahimin idris said...
salam ramadan kak/puan..memang la. tapi buku2 dbp ni bukan senang nak beli. saya kena pergi temerloh. itu pun kalau ada. kumpulan puisi hilmi rindu 'segugus embun' tu sampai sekarang pun tak ada lagi.saya pun dah naik malas nak layan.bai!
10:37 AM

Nota Nisah : Sdr Rahimin, benar. Buku-buku DBP bersifat agak 'eksklusif' dan tidak semua kedai menjual buku-bukunya. Ada beberapa judul DBP yang saya temui di rangkaian MPH terpilih dan juga di Kinokuniya. (Saya jumpa buku Dr. Siti - Kasih Bonda, di MPH Seremban 2. Siap diperagakan lagi di pojok khusus). Namun, saya tak sentuh isu pemasaran dan jualan buku di sini. Ada juga beberapa buku DBP yang dijual di Ujana Ilmu. Tetapi, kami tak dapat nak menjual semuanya atas banyak sebab dan faktor yang hanya orang dalam industri buku sahaja boleh faham :-)

mariahsj said...
Salam. Selamat berpuasa, Nisah. Menarik juga rekabentuk buku baru ini, ada kelainannya. Saya mesti dapatkan buku Dr Siti. Terima kasih, Nisah.
12:33 PM
Nota Nisah : Kak Ton, memang benar. Buku ini antara senarai wajib saya! Untuk dijadikan koleksi memang cantik kalau letakkan di rak buku.

Nissa' Yusof said...
saya setuju, memang puas hati sungguh lepas beli dan baca buku puisi Pak AGI. nampaknya kena beli juga buku puisi Dr. Siti ni
7:40 PM


Nota Nisah : Nissa', beli jangan tak beli!


Nota Nisah : Abg Naga, tersenyum simpul dia!

Anonymous said...
Ya Nisah, ini ada rahsianya. Saya hampir menjerit melihat rekabentuk asal buku itu. Bersaiz kecil seperti buku puisi lainnya, dan sketsanya berukuruan 3 x 3". Kata editornya itulah arahan awal, mereka menyangka sketsanya hanya ilustrasi saja. Saya bertegang leher, tapi editornya berlembut hati, minta saya bersabar, dan saya ingin bertemu pereka bentuknya di bangunan DAWAMA. Apa kata pereka bentuk buku itu ? " Kakak lah penulis kedua datang berjumpa kami. untuk membincang rekabentuk buku. Dulu yang datang ialah Syed Ahmad Jamal". Yah Nisah, mungkin kerana kami pelukis, kami harus protes kalau layout yang lucu - tidak berselera seni rupa! Ayoy penulis lain juga harus berani memberi idea layout buku masing-masing.InsyaAllah (SZI)
5:18 PM

Nota Nisah : Dr. Siti, terima kasih atas perkongsian ini. Saya percaya bahawa penulis harus dilibatkan dalam desain buku. Ibarat ibu yang melahirkan anaknya, setelah melalui proses kehamilan selama 9 bulan dan sakitnya melahirkan, tentulah ibu itu ingin sekali melihat baju apa yang akan dipakaikan pada anaknya. Tentulah ibu itu kecewa jika anaknya dipakaikan dengan pakaian yang comot dan tidak menepati nama yang telah diberikan oleh ibu itu. Itu belum lagi, seorang anak yang telah dinamakan ibunya, diubah pula nama tersebut, kononnya tak kena raksi!


salinaibrahim said...
alah abang naga, malu-malu pulak!harap-harap 'perubahan' ke arah buku bermaruah akan berterusan...
5:35 PM


Nota Nisah : Salina, saya melihatnya sebagai satu perkembangan yang positif. Harap-harap tidak terhenti setakat ini ataupun pihak DBP 'serik' dalam menanggung kos. Yang penting buku-buku ini mestilah dipasarkan dengan baik.

Zaid Akhtar said...
Sdg menanti Ingin Jadi Nasrallah pula. Abang Naga jugak ke ilustrasinya?
12:45 PM


Nota Nisah : Zaid, soalan ini, abang Naga yang kena jawab. :-)

saat omar said...
sesuai ke TAKKAN HILANG tu bila ditranslate ke English jadi NEVER VANISH? haha...English saya taklah hebat tetapi rasanya Never Vanish tu macam kelakar bunyinya...betul ke?
11:33 AM


Nota Nisah : Sdr Saat, terjemahan keseluruhan kumpulan puisi Pak AGI dilakukan oleh Harry Aveling - penterjemah tersohor untuk puisi-puisi penyair tempatan. Dia pun bukan sebarang orang. Pada saya terjemahannya tepat dan mengikut konteks puisi. Anak saya berumur 8 tahun juga amat seronok membaca versi terjemahan Harry Aveling (anak saya ni lebih mahir berbahasa Inggeris). Rasanya, kalau TAKKAN HILANG diterjemah menjadi NEVER LOST, lagi kelakar kot? :-)


sinaganaga said...
Kak SZ,Saya terpanggil untuk memberi komen, atau senang2 kita patut minum kopi bersama-sama dan berbual-bual - dalam sistem book making di DBP - sang editor paling berkuasa tahap dewa - sekian, terima kasih, ha ha.Oh, tentang penulis patut duduk semeja dengan designer untuk membincang rupa reka bentuk buku mereka - saya bersetuju. Tetapi, Riduan Harun pernah datang berbincang reka bentuk bukunya dengan saya - tapi, masyaallah, 'editor lebih berkuasa'. Reka bentuk kulit luar buku tu jadi macam celaka! Sungguh!Reka bentuk NEVER VANISH by Abang AGI - saya design lain, editor nak minta ubah - takut, dia suruh minah mana entah redesignkan buku tu - dah print jadi lain!!! AGI tanya saya, "kenapa lain?" Saya jawab, "entahlah, bang!"Damn!So, jangan kata Kak SZ saja dinafikan haknya - malah, kami designer2 ni pun telah dinafikan hak kami. Well, kami tahu mereka tu client!!!!!Salina,HA HA.
11:52 AM


Nota Nisah : Abg Naga, designer united! Cara kerja harus berubah, kan? Dunia dah maju, tapi takkan kita masih nak berada di takuk lama.


benuasuluk said...
Salam,saya ingin respon pada pandangan SZI. Sebagai penulis baru, saya ada juga memberi beberapa pandangan untuk kumpulan puisi pertama saya pada editor. Pada peringkat awal semua ok. Kemudian saya berjumpa dengan designer untuk bincang lebih lanjut. Bahkan saya lebih lama berbincang dengan designer daripada berbincang dengan editor. Tapi hasilnya amat mendukacitakan. Editor membuat keputusan sendiri pada peringkat akhir tanpa memaklumkan pada penulis. Jadilah hasilnya seperti Suluk Cinta sekarang. Kecewa? Tentulah.Sebagai penulis, kita memang mahukan buku kita ditangani dengan cara yang penuh bermaruah.Nak buat macam mana, editor lebih berkuasa. Soalnya, editor yang "power", atau editor yang menggunakan "power"?
12:15 PM




Nota Nisah : Ridzuan, saya dapat rasakan kekecewaan itu. Sebagai sebuah kumpulan puisi remaja, warna harus memainkan peranan. Walaupun hitam itu menawan, tapi rasanya dalam konteks hari ini, editor yang 'power' itu harus banyak masuk kedai buku dan tengok bagaimana orang zaman sekarang mempersembahan sebuah buku puisi untuk remaja. Sebagai pemain dalam industri buku saya berani mengatakan bahawa 'people still judge a book by its cover'!


Semoga luahan daripada beberapa penulis dan juga designer ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak yang berkenaan.

Ulasan

sinaganaga berkata…
Nisah,
1. Idea untuk penulis terlibat sama dalam design sesebuah buku - Kalau Kak SZ penulisnya dan mahu terlibat sekali dalam pembikinan sesebuah buku - oklah - sebab, aku percaya, Kak SZ faham a). asas seni lukis, b). perinsip rekaan.

Apa jadi kalau penulis tersebut tidak tahu a) dan b)? Tapi, tetap nak juga design yang penulis telah fikirkan?

Aku ambil contoh buku AIR MANIK ASTAGINA karya (Prof?) Dr Hashim Yaakob. -- Aku rasa design buku tu teruk. Tapi, itu adalah daripada idea penulis sendiri. :)

Jadi, penyelesaiannya - penulis + editor + pereka bentuk + pemasaran perlulah duduk semeja. Dan, penulis dan editor pun kenalah dengar juga buah fikiran designer.

[Tapi, kalau designer memang jenis bongok - kau orang minta tukar designer lainlah, habis cerita!]
sinaganaga berkata…
Nisah dan dll,
One more thing, aku ni makan gaji - kena ikut sajalah apa kata editor yg punya power tahap dewa tu - terpaksalah juga 'makan hati'.

Ustazah Sal,
So, aku dua kali makan ni - 'makan gaji' + 'makan hati'! Ha ha.

Suluk,
Aku minta maaf sebab buku kau tu ada peta Semenanjung Tanah Arab. HA HA. Apa kena mengena peta tu dengan 'suluk', dude? A yai yai, tak faham aku.
sinaganaga berkata…
Zaid Akhtar,
IJN - aku tak illust - aku design 'ja. :)

Nisah,
Oit2 Nisah, sori, aku buat laman chat pula di blog kau, ha ha, kim salam keluarga dan selamat berbuka puasa.
Nisah Haji Haron berkata…
Abg Naga,
Faham dengan maksud yang cuba disampaikan. Memang benar, kalau tak tahu hujung pangkal tentang book design, lebih baik penulis usah masuk campur.

Tapi, kalau dah ada peta semenanjung tanah arab, tapi penulisnya dari Semenanjung Malaysia, pelik jugalah rasanya, kan?

Muafakat! Muafakat! Muafakat bertambah berkat.
sinaganaga berkata…
Nisah,
Sayang sekali, aku dan Riduan kalah dalam pertikaian tu (sebab kontrak tak jelas kot, HAHAHAHAHA). Air liur aku sampai kering, air mata Riduan - jangan cakaplah, Sudin punya kecewa - jangan cakaplah, alahai!!!

Eh, dah tengok design buku 3 Teater Muzikal? Apa komen? Ya, sila komen sejujurnya ya! Tak apa, aku tak marah deh. HA HA.

Eh, tinggal komen kat 'cowgumrubber'lah ek!!!

Alahai... golo de eh!
Rahimin Idris berkata…
salam,

saya baru beli buku sdr. marsli n.o secara terus dari beliau. saya suka. kulit 'kepada angin juga' dan 'menanti buraq' memang terbaik buku2 beliau setakat ni kulitnya. tu en. naga punya design juga kan?

tapi saya beli buku bukan sebab kulit semata. kulit kumpulan puisi zaen 'iga', rahimidin 'di kebun khatulistiwa', zurinah 'salasilah', dan banyak lagi yang saya beli teruk2 betul. tapi saya beli juga. dah memang saya suka puisi, saya beli la juga. sama juga majalah dewan sastera tu. kulit macam majalah orang tua saja. tak menarik langsung. padahal orang muda dan mat rock pun minat sastera juga apa. maaf la. jangan la kecik hati. saya cuma meluahkan pandangan saja. saya keluar wang untuk beli. saya minat dan sokong sastera malayu (yang saya suka la). saya bukan cakap saja. saya sokong dalam bentuk wang! tapi kadang2, aduh..macam menghina pembeli. ha. ha.

tapi buku pak AGI tu memang saya berhajat la juga.
benuasuluk berkata…
Kak Nisah,
Terima kasih kerana dapat merasai kekecewaan saya, dan naga juga tentunya. Memang penulis, editor, designer dan pemasaran patut duduk sekali macam Naga cakap sebelum kelahiran sesebuah buku.

Naga,
Tak perlu minta maaf. Ada masa kita bekerjasama lagi. Ni pun tengah ghairah dengan rancangan buku kedua ni. Tapi kalau nak puas hati kita, terbit sendirilah ye gamaknya.
sinaganaga berkata…
Rahimin,
Selalu orang kata, "Beauty is in the eye of the beholder." Cantik pada kau, mungkin tak cantik pada aku. Tak cantik pada aku, mungkin cantik pada Nisah.

So, dalam design kita tak boleh nak hakimi macam tu. Dalam design ada hukum hakamnya juga. Sebenarnya, buku tak ada buruk atau cantik - buku cuma ada 'berfungsi' atau 'tidak berfungsi' akan sesuatu design tersebut. Jika sesuatu design itu boleh berfungsi - so, design tu cantiklah.

Ma'asalam.

P/s: Aku dah kena serang dgn editor dah ni kat blog aku. Suluk, i need help!!!! Tulunnn!
Puan Ainon Mohd. berkata…
Asalamualaikum, Puan Nisah dan rakan-rakan seperjuangan semua.

Topik ini memang bagus dibincangkan.

Di PTS, konsep cover dicipta oleh editor dengan mementingkan faktor kepada siapa buku itu ditargetkan jualannya. Konsep itu diterangkan kepada designer.

Designer akan menghasilkan 3 ataupun 4 cover cadangan, dan editor akan memilih satu.

Cover yang dipilih itu kemudian dihantarkan kepada penulis supaya penulis dapat tengok.

Lazimnya penulis PTS puas hati dengan cover yang dicadangkan oleh editor itu. Sesekali sahaja penulis tidak puas hati, lalu dibaiki lagi.

Ukuran yang digunakan bagi mengukur cover 'bagus' ataupun 'tidak bagus' adalah prestasi jualan.

Buku yang slow jualannya akan ditukar covernya apabila dicetak semula, meskipun cover itu oleh disukai oleh editor mahupun penulis.
Rahimin Idris berkata…
salam en. naga,

ah, blog kak/puan nisah ni dah jadi macam tempat sembang pasal kulit buku pulak. tak apa kan? haha
betul la tu encik naga cakap. cantik tu kan subjektif. tapi buku puisi punya kulit kebanyakannya macam lukisan abstrak yang setakat conteng2. saya hanya komen sebagai pembeli/pengguna/penikmat puisi sahaja. buku2 puisi yang saya beli setakat ni 'kepada angin juga' tu la yang paling cantik dan sedap mata memandang. memang saya tak faham sangat pasal lukisan/kerja design ni. tapi kulit buku memang penting sebab sama macam baju kita juga. isi buku cantik, apa salahnya kulit cantik. nak puaskan hati semua orang memang tak dapat la.
tapi apa2 pun, akhir sekali mata kita juga yang akan jadi hakim.
Nisah Haji Haron berkata…
Rahimin dan lain-lain,
Tak jadi hal kalau nak bersembang di sini. Asalkan hasil sembang-sembang itu boleh jadi manfaat kepada banyak pihak. Kita bukan setakat sembang kosong di sini.
sinaganaga berkata…
Puan Ainon,
Buku-buku terbitan Sindiket Sol-Jah semuanya SOLD OUT! Ha ha.
Puan Ainon Mohd. berkata…
Tuan sinaganaga,

Apabila buku sold out, kira bagus banget covernya (yang saya fikir kurang bagus itu)....
sinaganaga berkata…
Puan Ainon,
Pandangan Puan Ainon tu kurang tepatlah. Secara realnya, memang ada buku yang amat laku walaupun cover-nya huduh. But, dengan syarat, penulis tu nama besarlah atau buku tu memang diperlukan masyarakat!

By the way, ini info real, sebenarnya buku PANDUAN MANDI JUNUB (gambar perempuan mandi kat telaga, kalau tidak silap saya) - adalah buku paling EVERGREEN dan paling laris di Malaysia, walaupun covernya-huduh.

Saya pernah re-design buku tu (bagi pihak S.A.MAJEED) - tapi buku dengan design baharu tu tak berapa laku.

Ding! Ding! Ding!

Ukuran cantik bagi saya - masih lagi functional atau tidak functional. Dengan alasan: setiap buku mempunyai anatominya sendiri dan sesungguhnya bahagian2 pada anatomi ini mempunyai fungsi2nya sendiri.

One more thing, bukan semua editor 'jahat'. Ada juga yang boleh berbincang dengan penulis + designer + pemasaran, dan dengan hati yang terbuka, menerima sebarang idea yang baik dengan tujuan untuk memasarkan sesebuah buku itu.

Untuk buku2 PTS - saya rasa keterbukaan minda dan hati setiap karyawannya sudah ada. Hisyam pun telah menjalankan tugasnya dengan amat baik. Dan, dia amat bertuah kerana editor PTS tinggal di bawah satu bumbung dengan Design Dept. - so, senang nak berbincang & selalunya kalau dah duduk satu bumbung ni - prinsip, ideologi, etc boleh kita samakan. :)
Puan Ainon Mohd. berkata…
Tuan Sinaganaga,

Dari dulu saya pelik memikirkan gimana bisa terjadi jabatan produksi @ grafik DBP diserahkan kepada Dawama.

Tidak ada dalam industri penerbitan model bisnes penerbitan yang begitu.

DBP hanya ada jabatan editorial sahaja manakala jabatan produksi-grafiknya ada pada syarikat lain. Pelik!
sinaganaga berkata…
Puan Ainon,
Kalau Puan Ainon berfikiran bahawa tiada model bisnes penerbitan yang sebegitu dalam industri penerbitan di dunia - walla, 'mereka' inilah pelopor! HA HA.

Sebenarnya boleh! HA HA. (Kan saya dah kata, saya patut jadi Pengurus Perniagaan sahaja dulu). Dalam dunia perniagaan - apa2 pun boleh berlaku, apa2 pun boleh terjadi, tiada apa yang pelik, bahkan lebih pelik lebih bagus (kalau kita pandai 'bawak', ha ha).

Kita tengok perbandingan di luar negara: bisnes hospital dengan bisnes ubat-ubatan dah tak duduk dalam satu syarikat. Jadi, tidak mustahil banyak lagi bisnes boleh terpisah dunia pada masa tidak berapa lama lagi. Mungkin lepas ni, kalau nak makan roti canai - kita kena beli roti kat kedai lain dan kena beli kuah kat tempat lain.

Jangan ketawa! Akan datang, mungkin ia menjadi real!

Humcha!
Puan Ainon Mohd. berkata…
Tuan Sinaga-naga,

Siapa yang pukul gendang, dia yang menentukan tarinya. Ini prinsip bisnes paling dasar.

Memang betul, banyak penerbit tidak memiliki jabatan grafik dalaman. Semuanya diupahkan kepada rumah-rumah design.

PTS pun banyak sekali mengupah designer luar, malah sampai ke Jakarta pun banyak. Contohnya, cover ngetop novel Tuan Zaid Akhtar "Salju Sakinah" didesign di Jakarta.

Namun, designer-dresigner luar itu betul-betul menari ikut gendang yang dipukul oleh PTS.

Ini saya dengar macam-macam sek-sok-sek antara jabatan editorial DBP dan DAWAMA.

Catatan Popular