Cuti sekolah... yeay!


Secara rasminya cuti sekolah bermula hari ini. Tetapi, anak-anak saya yang bersekolah rendah sudah bercuti tidak rasmi sejak semalam. Bukannya ponteng kelas. Semalam ada Hari Anugerah dan mereka yang tidak terlibat tidak perlu datang ke sekolah.

Mereka seronok kerana cuti bermula awal. Mak bapak terlebih-lebih seronok!

Mulai hari ini, tak perlu bergegas apabila bangun pagi. Solat subuh yang dua rakaat itu pun boleh dijalankan dengan lebih khusyuk dan tawaddu' (kononlah). Tak perlu kejutkan anak dekat sepuluh kali sebab mereka semua tak jumpa pintu bilik air. Setiap malam, tak perlu ingatkan mereka supaya susun buku ikut jadual esok hari. Dan segala rutin boleh direhatkan buat seketika.

Cuma yang kurang seronoknya pada musim cuti ini, mereka semua berada di rumah. Sebelah pagi yang biasanya senyap kerana yang besar sudah ke sekolah sementara yang kecil masih tidur, kini tidak lagi. Mereka sudah mula 'bising-bising' kerana bermain.

Sekarang pun sibuk memikirkan bagaimana mahu memberikan pengisian bermakna untuk cuti sekolah mereka. Jika tidak 'diisikan' untuk mereka, mahunya masing-masing melakukan aktiviti domestik - seperti menonton televisyen, main komputer dan baca buku. Mereka semua ini rela terperap daripada bermain di luar rumah, hatta di laman rumah sendiri.

Oh, harus sahaja saya jadi guru sewaktu cuti sekolah ini!
.
.

Ulasan

Layla Haq berkata…
Selamat pagi Cikgu Nisah!

hehehhe...
Semoga pengalaman menjadi 'guru' musim cuti sekolah ini memberi manfaat dan ilham untuk menghasilkan novel seterusnya.

Catatan Popular