Sesudah Eidul Adha

Eidul Adha kali ini basah dengan hujan rahmat dari-Nya.
Tetapi, hati ini lebih basah dengan perasaan sedih atas sebab kurangnya keprihatinan kita semua dalam hal tulisan jawi.

Lihat sahajalah bunting di sebelah. Bagaimanakah ejaan Eidul Adha dalam tulisan jawi?

Lihat juga bagaimana angka 1429H disusun menggunakan huruf Arab.

Saya sudah lama meninggalkan kelas Bahasa Arab sejak di tingkatan 5 lagi. Saya sudah lupa-lupa ingat. Apabila saya pergi ke Jawi Converter, ini ejaan yang saya temui :

عيدالاضحى

Ini juga ejaan yang saya ingat sewaktu saya belajar Bahasa Arab.

Angka 1429H juga ditulis dari kiri ke kanan dalam tulisan Arab, dibaca juga dari kiri ke kanan sama seperti rumi, tidak perlu ditukar dari kanan ke kiri, seperti ini :

١٤٢٩ه

Inilah yang saya tahu. Tapi, entahlah. Barangkali ada sistem ejaan jawi baharu yang saya tidak dapat maklumat? Atau pun cara menulis nombor menggunakan angka-angka tulisan Arab yang saya ketinggalan maklumat.

Oh, pakar jawi dan Bahasa Arab sekalian... Bantu saya.

Tiba-tiba saya rasa tebal muka untuk duduk di Seremban.
.
.

Ulasan

Zaid Akhtar berkata…
Sepatutnya ia ditulis saja dalam Bahasa Inggeris.
Tak usah pura-pura mencintai Jawi dan Bahasa Melayu jika memang tiada perasaan kepada kedua-duanya. Kebutaan seperti ini buktinya.
Hipokrasi mereka memualkan.
Tanpa Nama berkata…
hurm.. yup.. memang salah cara penulisannya.. haih~
Layla Haq berkata…
Arghh..malunya. Siapa yang buat bunting ni? Sila angkat tangan dan menyerah untuk di 'basuh' oleh pn. Nisah.

Hehheheh...
LELASARI berkata…
tak pe lah ... one step a head walaupun silap ... boleh diperbetulkan di tahun hadapan ...

at least ada cita cita murni yang patut diteruskan...
cheguBard berkata…
Maaf puan saya cut and paste posting puan dan disiar di blog saya...

cuma sebagai contoh supaya apa pun kita perlu berfikir dengan akal bukan bertindak dengan emosi semata..

dalam DUN P.Pinang.... wakil Umno dengan teruk membelasah Guan Eng yang kononya mempersenda Islam, melayu kerana salah eja di kain rentang ucapan raya tetapi sedarlah kesilapan ejaan itu tidak membunuh niat baik yang lebih besar.... saya akui tok mat juga mungkin tersilap...malah mungkin tak tengok pun kain rentang tersebut sebelum gantung... dan kita pun tak le perlu jadikanya isu cuma harap tidak berulang sobab malu ooooo.... :P

tapi kita juga tak perlulah nak belasah tok mat sampai kato tok mat hina bahasa melayu...

(p/s : penggunaan BI dalam pengajaran sendiri telah bukan takat hina tapi langgar akta pendidikan....dan perlembagaan... tapi yang dihebohkan papan tanda 2-3 keping tu)

salam perkenalan

xxx berkata…
Sebenarnya, angka-angka dalam tulisan Jawi sekarang menggunakan nombor-nombor seperti kita gunakan dalam tulisan rumi seperti 1, 2, 3 dsb. Hanya dalam bahasa Arab sahaja yang menggunakan angka Arab-Hindu itu.
lelucon berkata…
Arab-Hindu? Arab-Sanskrit ...
Yusof Harun berkata…
Saya pun perasan gak bunting no. Masa tu duk atas bus odw nk balik kg...yang saya perasan, huruf "dhod" pd Aidiladha tu hilang rumahnya

Catatan Popular