Sisa-sisa Embun Pagi
Awal pagi ini, setelah melunaskan tanggungjawab memberi motivasi pagi kepada para pendengar Pahang FM, saya melepaskan fikiran yang lelah sejak beberapa hari terkurung kerana menyudahkan beberapa tugasan.
Pagi yang tenang saya mulakan dengan mengambil sehelai daun pandan dari laman - bercadang untuk menanak nasi lemak untuk sarapan pagi sekeluarga. Ketika mencapai daun pandan, jari pun tersentuh durinya, iaitu bahagian hujung daun yang agak tajam. Langsung mengingatkan saya pada serangkap pantun lama :
Baik-baik menanam pandan,
Di dalam pandan ada duri;
Baik-baik membela badan,
Di dalam badan ada diri.
Tidak cukup dengan itu, taman kecil (yang tidak berapa teratur itu) pagi ini bagi direnjis embun pagi yang masih bersisa. Saya pantas berlari ke dalam semula mengambil kamera dan berikut beberapa imej pagi bersama-sama alam yang sempat dirakamkan.
Apabila terpandang bunga kenanga (gambar di atas) yang sempat menampung beberapa titis embun, langsung saya teringat pula kepada pantun ini :
Kalau memetik bunga kenanga,
Jangan diletak di atas peti;
Kalau orang memberi bunga,
Jangan pula dibalas tahi.

Ulasan
ditakdirkan hari ini entri kita sama-sama terselit pantun. Bedanya, pantun saya sedikit "pahit."
Bunga Golden Shower juga di kenali sebagai Dancing Lady.
Tentu sekali putik durian belanda yang comel, bukan? Kalau mahu jus durian belanda, boleh datang ke rumah. Jika ada rezeki buah sedang masak, bolehlah saya hidangkan. :-)
~ekadar menjenguk.
indah dan nyaman teratak puan..=)
betapa lama tak tengok bunga durian belanda @ durian sayur.. mesti sedap mata memandang dan menelannya bila masak nanti...
Pertama kali jenguk ke sini....menarik!!!.....puan ke yang selalu berceramah pagi-pagi kat radio Pahang fm tu?
Bila ternampak putik buah durian belanda tu terus terkenang Taman Dato Shahbandar. Di belakang rumah, pokoknya tinggi gagah, buahnya lebat. Tapi masa tu, makan mentah je, mak kak Ani tak tau yang ia boleh dibuat jus.
Nostalgia kembali..Seremban 1970-1989