Esdyzuar habis stok!


Menurut pihak penerbit novel ini - Al-Ameen Serve Holdings, mereka sudah tidak menyimpan stok novel ini. Semuanya sudah habis.

Alhamdulillah, saya bersyukur. Namun, di pasaran novel ini masih wujud. Oleh itu, jika masih ada yang berminat untuk mendapatkannya, beli terus apabila terjumpa.

Di Ujana Ilmu pun, masih ada beberapa naskhah. Boleh beli terus dari sini.

Kini, sedang berunding dengan pihak penerbit sama ada novel ini berbaloi untuk dicetak ulang.

Wajarkah?
.
.

Ulasan

Rebecca Ilham berkata…
Salam Kak Nisah,

tahniah! Dan jikalau permintaan masih ada, mengapa tidak dicetak ulang?

-RI
hani salwah yaakup berkata…
Salam Kak Nisah,

Tahniah kerana hampir habis dijual. Saya kira novel ini wajar diulang cetak.
Amiene Rev berkata…
Yup! Ulang cetak, penuhi keperluan pembaca dan peminat.
Zaid Akhtar berkata…
Salam.
Tahniah, Puan.
Bukan senang nak terbit dgn Ameen.
Wajar sangatlah diulangcetak.
Nisah Haji Haron berkata…
Salam buat semua yang meninggalkan komen,

Terima kasih atas sokongan yang kalian berikan. Memang benar, sebagai pengarang, kita tetap inginkan novel terus dicetak ulang, dan lagi, dan lagi...

Pun, fikirkan dari sudut pandangan penerbit yang harus mencetak ulang minimum 3 ribu naskhah. Apakah cetakan kedua dapat mengulangi yang pertama.

Saya faham keraguan penerbit saya itu. Saya pun tidak berani hendak berjanji bahawa novel ini boleh laris apabila melalui cetakan kedua.

Masih mencari penyelesaian terbaik!
Unknown berkata…
Rundingkan sekali untuk menaikkan bayaran royalti! hehe.
ulasbuku berkata…
Terbitkan sendiri di Ujanailmu...:) Cetak dulu 1000 naskhah, cari pencetak yang sanggup...kat KB pun boleh...

Barang yang baik, dibuang jangan.

Catatan Popular