Lentera Mustika - Komen diperlukan


Pengumuman ini dipetik daripada majalah ANIQAH (Februari 2009) :

Novel Lentera Mustika akan dibukukan tidak lama lagi. Pengarang mengundang pengikut siri ini supaya dapat memberikan komen / pandangan mengenai Lentera Mustika melalui e-mel untuk dimuatkan di dalam novel tersebut. Sila sertakan nama & alamat penuh, nombor telefon & e-mel anda kepada : nisah.haron@gmail.com sebelum 28 Februari 2009.

Pengarang akan menghadiahkan senaskhah novel ini bagi komen terpilih.
Siri terakhir Lentera Mustika dalam ANIQAH Mac 2009.
.
.

Ulasan

Bunnybaby berkata…
Salam.

Puan Nisah, kalau tak ikuti semua tapi dah baca beberapa sahaja, boleh juga memberi komen?
baca fikir berkata…
Salam,
Puan Nisah,
Bagaimana cara bagi saya mendapatkan Lentera Mustika untuk membacanya?
Saya berminat untuk membaca, tapi tak mungkin dapat memberi komen kerana saya bukan mahir dalam hal tersebut.
Mungkin juga dengan membaca itu dapat meringankan beban fikiran yang pening dan kekadang keliru bila membaca di halaman 'manusia antara langit dan bumi'.
Nisah Haji Haron berkata…
Bunny,
Boleh, apa salahnya. Hantar terus ke e-mel saya : nisah.haron@gmail.com
Terima kasih.

rba,
nantikan kemunculan Lentera Mustika, kalau begitu. :-)

Catatan Popular