Riau 2009 - Catatan 1
Saya baru pulang dari Riau baru-baru ini. Pemergian yang agak tergesa-gesa tidak memungkinkan saya memaklumkan kepada ramai teman-teman hatta yang rapat sekalipun. Inilah pertama kali saya menjejakkan kaki ke Riau setelah hampir 5 tahun tidak ke Sumatera. (Kali terakhir ialah sewaktu MASTERA 2004 di Palembang).
Ini sedikit catatan dan gambar yang saya kira menarik untuk dikongsi sewaktu berada di Riau - Bumi Melayu Lancang Kuning.
Sewaktu di Universitas Riau (UNRI), perkara pertama yang saya cari di sini ialah kedai bukunya. Tetapi, saya menjumpai sesuatu yang lebih baik daripada itu. Saya terjumpa sebuah lori (?) kecil yang membawa buku.
Saya tanyakan tuan punyanya, seorang wanita separuh umur berbadan kurus, apakah setiap hari dia berada di kawasan ini. Dia menjawab ya. "Kalau tidak diparkir di sini, mungkin saja di hujung sana." Ringkasnya, kenderaan yang membawa buku ini beralih-alih. Jika pada musim cuti semester, dia akan kembali tokonya di pasar yang berhampiran.
Sesuai dengan khalayaknya, kedai buku bergerak ini menjual buku-buku yang sesuai untuk kegunaan mahasiswa.
Perempuan yang menjaga kedai ini duduk di dalam ruang kosong di atas kenderaan itu, pada waktu tiada pelanggan. Ah, saya bayangkan kalaulah saya boleh naik ke atas kenderaan itu dan melihat keseluruhan koleksinya. Siapa tahu, saya mungkin bertemu dengan 'permata' di dalamnya!
Ulasan
Kalau tak salah, satu novel SN Abdullah Hussain pernah diterbitkan di Indonesia...
Tajuk lupa...tapi telah diterbitkan kembali dlm "Aku Tidak Minta" Fajar Bakti...
Mungkin Ujana Ilmu boleh fikirkan untuk memilikki sebuah 'kedai bergerak' seperti itu.hehe
Ini satu idea yang sangat kreatif! Saya harap ada pengusaha kecil di negara kita yang mahu meniru usaha sebegini.
Apa kata ujana ilmu mencuba cara ini? Beli pickup dan ubahsuai supaya menjadi kedai buku bergerak. Bawa kedai buku bergerak ini ke mana-mana program sastera. Secara tak langsung, bisnes boleh dipromosikan di kenderaan.
Wow! Saya teruja!
Sekadar berkongsi cerita, saya pernah terbaca yang di negara China dahulu ada yang jadi 'pustakawan & perpustakaan bergerak' dengan berjalan dari pintu ke pintu menawarkan buku untuk dipinjam dengan sedikit bayaran. Cukup masa dia akan datang mengutip buku semula.
Wish they had something like this here eh? A mobile book store!
Would encourage the people to be more of a reader!
Menarik.
kalaulah ada perpustakaan berupa demikian di kawasan2 pedalaman di Malaysia.