Promosi "Tawarikh Cinta" di KLIBF


Gerai Utusan Publications & Distributors
Tun Razak Hall 3
11.00 pagi - 1.00 tengah hari

Bersama-sama Nisah Haron
Promosi novel : Tawarikh Cinta

(Mungkin juga saya akan bawa buku-buku saya yang lain)


Ulasan

ILHAM HAMDANI berkata…
Salam istimewa Puan Nisah,

Atas nasihat seorang 'mahaguru' , saya cuba mencari karya Puan; Di Bawah Lindungan Hudaibiyah yang katanya terbit dalam majalah Dewan Sastera Jun 2008 sebagai bahan rujukan dan perbandingan.

Bergegaslah saya ke Pustaka Kecil di Pejabat Suruhanjaya Tinggi di sini. Ternyata, Dewan Sastera bulan Mei ada, Julai pun ada, bulan Jun - yang saya cari, tiada!

Bagaimana, ya?

Tak mengapalah, nanti diusahakan dengan cara lain.

Salam perkenalan untuk Puan Nisah dari seorang penulis kerdil yang menumpang-numpang ilmu Puan yang mengalir bagai air dari gunung!

Terima kasih.

IlhamHamdani,
Canberra, Australia

Catatan Popular