Lentera Mustika - Komen Naimisa

Terima kasih kepada sdr naimisa yang mengulas novel ini di blognya. Lentera Mustika masih tidak dijual secara online di MPH. Oleh itu, dapatkan dari www.ujanailmu.com.my.



"Membaca buku ini sebetulnya memberi kesan tersendiri, banyak sisi ilmu yang dipermudahkan. Setidak-tidaknya saya ingat satu dua pantun yang ditulis di dalamnya.

...

"Sisi perundangan yang ditekankan dalam novel ini mengajak pembaca memahami aspek harta intelek untuk karya khususnya karya tradisional. Jarang-jarang penulis mengangkat persoalan ini di mana-mana. Sehingga sedikit persoalan yang dibangkitkan ini, menggerakkan pula minda saya mendapatkan sebuah lagi buku yang menghurai dengan panjang lebar tentang hak cipta."


Ulasan lanjut boleh dibaca di sini.

Ulasan

Saya dah buat pesanan semalam. Menanti dengan sabar, kerana Lantera Mustika menjadi bacaan Ramadhan saya :-)
Nisah Haji Haron berkata…
Sdr Norziati,
Alhamdulillah, bukunya sudah kami pos semalam, dan sudah saya tandatangani juga. Selamat membaca!
mariahsj berkata…
Adinda Nisah,
Membaca sajak Kembalikan Hizairi di Dewan Sastera september menimbulkan kesayuan di hati. Begitu terasa kehilangannya di dalam dunia penulisan. Bakatnya, karyanya dan personalitinya melekat di hati.
Semoga doa adinda dimakbulkan Tuhan.

Catatan Popular