Khamis, Ogos 06, 2009

Lentera Mustika - Mencari Locus Standi


Ada pembaca yang mungkin pertama kali berkenalan dengan karya saya - Lentera Mustika. Itu saya akui kerana dalam banyak-banyak karya saya sebelum ini, Lentera Mustika lebih mudah didapati berbanding karya saya yang lain. Oleh hal yang demikian, saya syorkan untuk mendapatkan karya-karya saya yang lain, sila pesan melalui Ujana Ilmu.

Setelah membaca Lentera Mustika, jika ada yang mahu membaca karya saya yang lain, saya cadangkan bacalah Mencari Locus Standi (MLS). Seperti yang saya sebutkan dalam nota pengarang di dalam Lentera Mustika, MLS sudah saya tulis terlebih dahulu dan kemudian baru saya fikirkan sebuah 'prekuel'nya - Lentera Mustika.

Namun, saya berpendapat novel ini setiap satunya boleh berdiri dengan sendiri tanpa sokongan novel yang satu lagi. Walau bagaimanapun, novel ini sengaja diceritakan melalui sudut pandangan dua watak yang berbeza. Lentera Mustika dari sudut pandangan Ainur Mustika sementara MLS pula dari sudut E-Jay @ Eliza Jasmin.

Bagi yang telah membaca MLS, barangkali boleh sahaja ditebak penghujung kisah Lentera Mustika. Akan tetapi, apa sahaja kesudahan Lentera Mustika bukan menjadi mesej yang ingin saya sampaikan.

Kedua-duanya ada bauran elemen perundangan yang menjadi citra kepengarangan saya. Ini memang niat saya dari awal, mahu menyampaikan hal-hal tentang undang-undang keluarga (khususnya), undang-undang perwarisan, undang-undang hak cipta dan beberapa aspek perundangan yang lain, walaupun tidak disampaikan dalam bentuk yang besar. Tidak ada gunanya saya tulis dalam bentuk 'kuliah' undang-undang. Yang penting, pembaca dapat memahami dan seterusnya boleh merujuk kepada sumber-sumber tambahan, jika mahu.

Novel ini boleh didapati secara sepasang dari Ujana Ilmu. Kalau mahu tandatangan saya, harus minta kerana saya tidak akan 'menconteng' sebarangan ke atas buku orang lain tanpa izin tuannya. Saya tahu ada pembaca yang tidak mahu satu garis, bahkan satu titik pun tertulis di atas buku kesayangannya.


* Lentera Mustika (PTS Litera Utama, 2009)
Harga : RM18

* Mencari Locus Standi (Utusan Publications & Distributors, 2004)
Harga : RM17

Ujana Ilmu juga ada di Facebook.
Search "Ujana Ilmu" dan kenalkan diri anda sebagai pelanggan Ujana Ilmu.

1 ulasan:

crixerity berkata...

saya baru khatam mencari locus standi beberapa hari yang lepas..sungguh, rejang, pantun, dll seperti masa ikut dr rosli punya ceramah..meneyronokkan..
:)

Related Posts with Thumbnails