Selasa, Oktober 13, 2009

Pengalaman di UUM

Sebentar lagi saya akan memberikan ceramah buat pertama kalinya di UUM. Semalam tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star, disambut urus setia langsung dibawa ke Hotel EDC-UUM. Wah, sebuah hotel yang sederhana besar tetapi punya kemudahan yang sesuai untuk pengunjung seperti saya. Boleh guna internet secara percuma di lobi. Ada komputer disediakan. Kamarnya juga dijaga rapi, biarpun sederhana saiznya, tetapi masih menawan. Ada pemandangan yang hijau di sekitarnya.

Saya masih lagi belum melangkah ke UUM. Ya, sebentar lagi akan dijemput oleh mahasiswa yang menjadi urus setia.

Malam tadi dibawa oleh Ummu Hani ke kedai bukunya - Puteh Book Garden dan kemudiannya 'pekena' cendol pulut di "Jo Cendul Pulut". Enak sekali!

Oh, nanti saya cerita lagi dan muat naik gambarnya sekali, insya-Allah.

6 ulasan:

hafizulosman berkata...

Salam,
Macam mana kak nisah dengan negeri Jelapang Padi? Rumah saya dekat belakang lapangan terbang saja. Tapi, kena masuk dalam sikit. Apapun, selamat datang ke Kedah Darul Aman.

Mohamad Hasnol Hayat berkata...

assalamualaikum puan nisah...
sebenarnya saya pun ada juga masa seminar tu...
saya pelajar mrsm kubang pasu..
satu-satunya pelajar lelaki dari mrsm kubang pasu...

Nisah Haji Haron berkata...

Hafizul,
Indah sekali buminya. Kali kedua sampai ke Alor Star. Tapi, kali ini singkat waktu lawatannya. Tak sempat ke Pasar Rabu. Hanya ke UUM dan kawasan sekitar sahaja.

Hasnol,
Tahniah dan terima kasih kerana sudi jadi peserta. Hero biasanya begitu, selalu seorang sahaja di kalangan bunga-bunga. :-)

hafizulosman berkata...

Kalau ada rezeki, mungkin MPR boleh buat jelajah sastera ke Kedah. Saya rasa rakyat Kedah terutamanya pelajar-pelajar sekolah dekat sana kepingin hendak tengok wajah-wajah penggiat sastera dengan lebih dekat. Saya pun boleh jadi pemandu pelancong. Hehe...

hafizulosman berkata...

Kalau ada rezeki, bolehlah pihak MPR adakan jelajah sastera ke negeri Kedah. Rakyat Kedah terutamanya pelajar-pelajar sekolah kepingin melihat wajah-wajah penggiat sastera dengan lebih dekat. saya pun boleh jadi pemandu pelancong.

MOHD SHAHREMY IKMAL,IKMAL SURIA,REMY IKMAL,SURIA AREESYA,IKMAL SHAH berkata...

Salam Puan Nisah..terima kasih kerana sudi memberi ceramah di UUM tempoh hari..banyak maklumat serta info yang saya terima. Mudah-mudahan akan menjadi pembakar semangat kepada saya untuk terus bekarya lagi..

Related Posts with Thumbnails