Catatan Tertangguh 1 - Malam ASN ke-10
Berada di Hotel Palace of the Golden Horses pada Malam Pengurniaan Anugerah Sastera Negara ke-10 mencatatkan pelbagai pengalaman. Saya datang dari Seremban bersama-sama Puan Mahaya (Ketua Satu PEN) dan Datin Sabarriah (Pemangku Setiausaha 2). Hujan lebat mengguyur. Mengingatkan saya pada majlis yang sama pada tahun 2003, ketika SN S. Othman Kelantan menerima anugerah itu di Hotel Istana - malam itu juga hujan lebat di Kuala Lumpur.
Namun, hujan rahmat yang turun menyimbahkan barakah pada malam berbahagia itu. Oleh sebab, kami bertolak seawal pukul 5.30 petang, kami tiba sebelum maghrib. Sempat jerti di mana-manauga melihat-lihat pameran buku-buku SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan - sama ada buku-buku yang diterbitkan semula di dalam bentuk Edisi Khas Sasterawan Negara ataupun buku-buku yang pernah diterbitkan.
Gambar : Turut dipamerkan beberapa hasil karyanya di dalam manuskrip bertaip.
Seperti di mana-mana majlis sastera, yang paling menyeronokkan tentulah ketika dapat bertemu semula dengan sahabat-sahabat pengarang, wartawan, editor, sarjana dan mereka yang terlibat di dalam industri perbukuan. Seroang daripada yang duduk semeja ialah wakil daripada syarikat penerbitan yang besar dan terkenal menerbitkan karya-karya fiksyen popular. Dia memperkenalkan dirinya sebagai "brand manager". Pun, saya terkejut dengan soalan-soalan yang datang daripadanya, seperti "Sudah berapa kali buat majlis Anugerah Sastera begini?", "Apa syarat-syarat untuk menang Sasterawan Negara?" "Sasterawan Negara ni dapat berapa ribu?"
Saya terus menikmati Sup Makanan Laut "Ogonshoto" yang dihidangkan (seperti di dalam gambar di sebelah). Mujur soalan-soalan itu tidak diajukan kepada saya secara khusus. Kebetulan ada seorang pegawai DBP yang duduk semeja dengan kami. Semua soalannya itu ada jawapan di dalam buku cenderamata. Malah sebaik-baik sahaja sampai di kawasan perkarangan hotel ini (malah di luar hotel juga ada lampu neon) sudah tertulis ASN-10. Barangkali orang seperti inikah yang akan menjawab Sasterawan Negara ada 80 orang (tak gitu, Encik Wan?). Soalan-soalan dia yang lain itu juga tidak perlu disoal jika dia meneliti buku cenderamata. Pastinya orang yang menguruskan pengurusan jenama, boleh membaca dengan baik.
Tahniah kepada Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan! Saya percaya kepada kualiti karya lebih penting daripada penghasilan dalam kuantiti tinggi tetapi hasilnya tidak membanggakan. Saya fikir akan ada penerima SN dalam tahun-tahun terdekat dan kita tidak perlu menunggu 7 - 8 tahun lagi untuk SN ke-11.
Gambar kiri : Ketua Pengarah DBP, Dato Termuzi, menyampaikan pidato pengenalan kepada SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan
Namun, hujan rahmat yang turun menyimbahkan barakah pada malam berbahagia itu. Oleh sebab, kami bertolak seawal pukul 5.30 petang, kami tiba sebelum maghrib. Sempat jerti di mana-manauga melihat-lihat pameran buku-buku SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan - sama ada buku-buku yang diterbitkan semula di dalam bentuk Edisi Khas Sasterawan Negara ataupun buku-buku yang pernah diterbitkan.
Gambar : Turut dipamerkan beberapa hasil karyanya di dalam manuskrip bertaip.
Seperti di mana-mana majlis sastera, yang paling menyeronokkan tentulah ketika dapat bertemu semula dengan sahabat-sahabat pengarang, wartawan, editor, sarjana dan mereka yang terlibat di dalam industri perbukuan. Seroang daripada yang duduk semeja ialah wakil daripada syarikat penerbitan yang besar dan terkenal menerbitkan karya-karya fiksyen popular. Dia memperkenalkan dirinya sebagai "brand manager". Pun, saya terkejut dengan soalan-soalan yang datang daripadanya, seperti "Sudah berapa kali buat majlis Anugerah Sastera begini?", "Apa syarat-syarat untuk menang Sasterawan Negara?" "Sasterawan Negara ni dapat berapa ribu?"
Saya terus menikmati Sup Makanan Laut "Ogonshoto" yang dihidangkan (seperti di dalam gambar di sebelah). Mujur soalan-soalan itu tidak diajukan kepada saya secara khusus. Kebetulan ada seorang pegawai DBP yang duduk semeja dengan kami. Semua soalannya itu ada jawapan di dalam buku cenderamata. Malah sebaik-baik sahaja sampai di kawasan perkarangan hotel ini (malah di luar hotel juga ada lampu neon) sudah tertulis ASN-10. Barangkali orang seperti inikah yang akan menjawab Sasterawan Negara ada 80 orang (tak gitu, Encik Wan?). Soalan-soalan dia yang lain itu juga tidak perlu disoal jika dia meneliti buku cenderamata. Pastinya orang yang menguruskan pengurusan jenama, boleh membaca dengan baik.
Gambar : Editor Dewan Sastera, Puan Rozninah & saya (berdiri); Puan Haslina Usman Awang (seledang gelap) & Datin Seroja (isteri SN Dato' Abdullah Hussain) (duduk)
Selain daripada hamba Allah ini, tiada perkara yang menjengkelkan lagi. Semuanya berjalan lancar. Sayang sekali, tidak ramai SN terdahulu yang dapat hadir. Yang saya terpandang cuma SN Muhammad Haji Salleh. Saya faham yang SN Shahnon Ahmad, SN Abdullah Hussein dan SN Nordin Hassan tidak berapa sihat. Malah Datin Seroja (Isteri SN Dato' Abdullah Hussein) mewakili beliau. Pak Samad juga tidak kelihatan. Saya berharap mereka yang tidak hadir ini benar-benar berhalangan kerana majlis ini menjadi kemuncak kepada anugerah penulisan tanah air, walaupun bukan mendapat SN itu sebagai matlamatnya.Gambar : Dato' Dr. Anwar menerima watikah dan seterusnya secara rasmi layak menggunakan gelaran Sasterawan Negara
Saya percaya sifat anugerah haruslah diberikan oleh pihak yang berkenaan. Ia bukan sesuatu yang boleh dipohon ataupun dilobi oleh mana-mana pihak. Saya kurang bersetuju apabila ada pihak yang melobi orang tertentu sebagai SN. Dalam hati terfikir juga, mengapa tidak dibuat undian secara SMS sahaja?Tahniah kepada Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan! Saya percaya kepada kualiti karya lebih penting daripada penghasilan dalam kuantiti tinggi tetapi hasilnya tidak membanggakan. Saya fikir akan ada penerima SN dalam tahun-tahun terdekat dan kita tidak perlu menunggu 7 - 8 tahun lagi untuk SN ke-11.
Gambar kiri : Ketua Pengarah DBP, Dato Termuzi, menyampaikan pidato pengenalan kepada SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan
Ulasan
saya merupakan mantan mpr 1996, tak ada pula nama saya. saya harap kak dapat masukkan nanti ye. terima kasih
MARINA BT BANSING (MANTAN MPR 1996)