Salam Tahun Baharu


Selamat Tahun Baharu 1431 Hijrah.

Semoga kita semua membuka lembaran baharu dalam kehidupan dan terus diberikan keberkatan oleh-Nya. Maafkan saya atas segala kesilapan dan kelemahan sepanjang kita berhubungan pada tahun 1430H.

Mari kita mulakan ukhwah dengan halaman baharu yang bersih, insya-Allah.

Ulasan

jaiman berkata…
Salam perkenalan Saudari Nisah. Saya dapat url blog saudari dari novel saudari Lentera Mustika. Ini novel pertama saudari yang saya sedang baca. Baru nak mula baca sebenarnya...saya akan kembali ke blog ini, Insyallah...
jaiman berkata…
Salam Sdri Nisah. Saya baru berpeluang kembali ke blog ini. Saya mengambil masa agak lama untuk menyudahkan membaca Lentera Mustika. Kekangan masa dan tugas harian.

Saya tidak pandai mengulas buku. Saya amat suka jalan cerita yang straightforward, bahasa yang mudah, ayat-ayat yang pendek, dialog-dialog ainur mustika, emir johan, badariah, kak dahl dll.

Saya suka pilihan pantun yang dumuatkan. Dan yang saya paling suka ialah "Bukan titik membuat tinta, tapi tinta membuat titik..." dan balasan Ainur Mustika.

Saya fikir selepas percintaan Salsabilah dalam Tunggu Teduh Dulu tidak ada lagi penulis yang mampu mempersembahkan kisah percintaan yang begitu mulus. Saya silap. Cinta Ainur Mustika dan Emir Johan murni, matang dan amat menyentuh perasaan saya.

Saya suka tentang penjelasan Emir Johan mengenai pembahagian harta. Cuma jika lakaran Emir Johan di kertas itu dipaparkan dengan tulisan tangan juga dan tidak ditaip tentu lebih menarik.

Sekian pandangan saya tentang Lentera Mustika.
Nisah Haji Haron berkata…
Sdr Jaiman,

Terima kasih kerana sudi membaca dan seterusnya memberikan pandangan sdr terhadap Lentera Mustika. Novel ini sememangnya ditulis untuk orang awam memahami beberapa hal undang-undang dan juga mengajak masyarakat mencintai pantun semula. Alhamdulillah, sudah semakin ramai yang mula mencintainya kembali.

Lanjutan Lentera Mustika : Mencari Locus Standi. Boleh dapatkan dari www.ujanailmu.com.my jika tidak jumpa di kedai-kedai buku biasa. Ini kedai online saya.

Catatan Popular