Isnin, Januari 18, 2010

HSPM 2006/2007

Tirai 2010 dibuka dengan anugerah rezeki daripada Allah S.W.T.
Biar pun tidak semewah rakan-rakan penulis lain, yang penting rezeki itu mesti berkat!
Alhamdulillah.


Saya menerima hadiah untuk karya eceran :
  • Cerpen - Pusaka Cendana
  • Puisi - Sumpah Setia Tanjung Piai

4 ulasan:

Mujahidah Fie Sabilillah berkata...

Assalamualaikum Warahmatullah.

Semoga sihat dan senantiasa diberkati Allah.

Tahniah dari saya atas anugerah itu..

hafizulosman berkata...

Assalamualaikum, Kak Nisah!

Tahniah dengan kemenangan dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Diharap akan sentiasa dimurahkan rezeki di masa hadapan. Maaf tidak berupaya untuk mampir pada program semalam.

A. Muziru Idham berkata...

Assalamualaikum.

Tahniah Kak Nisah atas kemenangan akak dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Semoga akak terus tekal berkarya dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu dan dapat menyusur segenap zaman sebagaimana karya agung bangsa Melayu, Hikayat Hang Tuah.

azizi berkata...

tahniah sdri,

bagaimanakah khalayak peminat karya sastera seperti saya boleh mengetahui senarai nama-nama pemenang (bukan pembeli dewan sastera/tunas cipta), seharusnya senarai nama2 pemenang perlu ada di laman seperti di DBP, tetapi hairan saya tidak menjumpainya (mungkin saya tidak ketemu sekiranya ada).
keduanya, saya sungguh berharap agar karya2 pemenang eceran puisi/cerpen diantologikan. seingat saya antologi terakhir adalah bagi pemenang HSM 88/89

sekian, wasalam

Related Posts with Thumbnails