Jumaat, Mac 26, 2010

Pesta Buku Antarabangsa KL 2010 - Siri 3


Jaringan terakhir?

Barangkali ini ialah hasil tangkapan terakhir untuk PBAKL 2010. Saya tak fikir akan ke sana lagi. Memandangkan hujung minggu ni ramai pengunjung yang cash rich sebab gaji pun dah masuk. Saya tak pasti saya mahu meredah lagi lautan manusia di PWTC. Namun, jika ada peluang dan alasan yang kuat untuk pergi menjaring, rezeki tak akan saya tolak. (Nisah, yang masih tak insaf-insaf lagi setelah bahu, pinggang, kaki dan satu badan sakit-sakit akibat memikul buku yang banyak!)

Ini pembelian semalam :
  1. Bila Allah Menduga Kita - Syed Alwi Alattas (Mustread)
  2. Bila Zina Jadi Budaya - Mohd Syamil & Adrianna Balqis (Mustread)
  3. Jeriji Kasih - Ramlah Rashid (DBP)
  4. Harga Remaja - Teks KOMSAS Tingkatan 4 (DBP)
  5. Resepi 100 Nasi (Jab. Kebudayaan dan Kesenian Malaysia)
  6. 1oo Pepatah Petitih Melayu - Siti Zainon Ismail (ITNM)
  7. Kembara Seorang Hamba - Dato' Shahnon Ahmad (Alaf21)

  8. Seni dan Kraf Bersama Kak Emila: Kartun Haiwan (PTS Pro)
  9. Seni dan Kraf Bersama Kak Emila: Kraf Kitar Semula (PTS Pro)
  10. Seni dan Kraf Bersama Kak Emila: Kad Ucapan (PTS Pro)
  11. Seni dan Kraf Bersama Kak Emila: Kraf Alam (PTS Pro)
  12. Seni dan Kraf Bersama Kak Emila: Origami (PTS Pro)
Tiada di dalam gambar ialah buku-buku yang dipesan orang dan juga pembelian untuk stok Ujana Ilmu.

Setelah 3 siri tayangan buku-buku yang dibeli di PBAKL 2010 ditulis di blog ini. Saya harap tidak ada yang salah anggap. Ini bukan entri menunjuk-nunjuk atau sengaja hendak membangkitkan rasa iri kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk ke sana.

Saya lakukan ini supaya orang lain yang mahu berkunjung ke PBAKL mendapat idea hendak cari buku apa, ataupun terlepas pandang akan mana-mana buku yang mungkin dicarinya. Saya suka melihat koleksi buku-buku orang lain supaya saya masukkan buku-buku yang belum dibeli ke dalam senarai pembelian. Jadi, saya kongsi koleksi yang telah saya peroleh untuk panduan pembeli yang lain. Insya-Allah, sebahagian daripada koleksi saya ini merupakan judul yang bakal dijual di Ujana Ilmu. Nantikan sahaja apabila kami sudah bersedia kelak, buku-buku ini juga boleh anda miliki.

Buku KOMSAS pun beli? Ya, saya memang pengumpul buku-buku KOMSAS sejak program ini diperkenalkan. Inilah masanya untuk menyimpan koleksi terbaik kerana buku-buku ini hanya diterbitkan untuk musim ini sahaja, selepas tamat tempoh KOMSAS buku ini tidak akan dicetak lagi. Jadi, jika berminat, lebih baik beli sekarang sebelum tempohnya luput.

Peribadi, saya suka kulit buku Jeriji Kasih. Lebih lembut dan lunak daripada kulit asalnya. Ini suatu pembaharuan. Namun, warnanya sangat feminin dan mungkin pelajar lelaki 'tidak selesa' untuk mengusung buku berwarna merah jambu ke mana-mana!

Buku-buku Kraf Emila Yusof memang akan ada peminatnya sendiri. Anak-anak saya sudah selesai mencuba lukisan Kartun Haiwan, khususnya anak saya yang ketiga. Tekniknya mudah dan saiz bukunya juga sesuai untuk kanak-kanak. Tahniah PTS!




9 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

Saya dan isteri pernah terserempak dengan Kak Azah Aziz al-Klawangi, editor kanan UPND "shopping" di PBAKL beberapa tahun lalu. Isteri saya mahu menjadi sepertinya - membawa troli!
:-)

Iskandar berkata...

Saya membeli 100 Pepatah Petitih Melayu setelah membaca catatan puan.

Nisah Haji Haron berkata...

Zaid,
Saya ada troli tetapi saiz besar - kegunaan Ujana Ilmu! :-)

Iskandar,
Harap buku itu benar-benar berbaloi untuk tuan.

kemat berkata...

100 Pepatah Petitih Melayu amat menarik. Terima kasih. Seperti saudara Iskandar, saya juga membelinya setelah membaca ulasannya di blog puan.

A. Muziru Idham berkata...

Huhu. Banyak ya Kak Nisah borong buku. Kira-kira, lebih 30 buah! Huh. Tak puas hati. Saya baru ni dapat borong lebih kurang 20 buah je. Tak boleh jadi. Kena qadha balik 10 buah lebih buku ni. Hehe.^_^

Nisah Haji Haron berkata...

Kemat,
Semoga pembelian buku itu sesuai dengan minat sdr.

A. Muziru,
Dalam membeli buku yang penting ialah kandungan buku bukannya kuantiti buku. Tak semestinya kita harus membeli dalam jumlah yang banyak baru jadi pembaca yang bagus. Kalau diperhatikan betul-betul, buku-buku yang saya beli hampir separuh untuk anak-anak. Yang untuk diri sendiri tak banyak mana pun.

A. Muziru Idham berkata...

Ya, betul kata Kak Nisah. Kualiti melebihi kuantiti.^_^

[Alah kak. Mengakrabi dunia kanak-kanak pula; lepas ni tulis novel kanak-kanak pula. Atau sajak kanak-kanak macam Pak Samad buat tu dalam buku Rindu Ibu.^_^]

Nisah Haji Haron berkata...

A. Muziru,
Segalanya mungkin dalam dunia penulisan kreatif, selagi pengarang tidak mengehadkan diri. Dulu saya tak fikir saya boleh tulis novel kanak-kanak, tetapi setelah tulis "Farris Putera Yang Hilang" saya lebih yakin.

Insya-Allah, akan terus menerobos ruang penulisan yang belum pernah diceburi. Muziru, cepatlah tulis novel pula!

A. Muziru Idham berkata...

^_^ Insya-Allah kak. Doakan saya ya.

Saya akan sahut cabaran daripada teman sekeliling dan mencabar diri saya untuk mencuba sesuatu yang baru. Insya-Allah.^_^

Related Posts with Thumbnails