Sabtu, April 03, 2010

Bengkel-bengkel pada bulan April 2010

April ini saya agak sibuk. Bulan kelahiran saya ini semacam sinonim dengan bulan hak cipta. Apatah lagi Hari Hak Cipta Sedunia (23 April pada setiap tahun), 3 hari selepas hari lahir saya.

Ada beberapa undangan untuk ceramah hak cipta. Insya-Allah, saya akan teruskan usaha sebagai aktivis hak cipta dan terus berjuang dalam memberikan kesedaran kepada para penulis.

Saya sungguh-sungguh berharap para penulis dapat membaca terlebih dahulu perjanjian penerbitan sebelum ditandatangani. Bukannya apa, sekurang-kurangnya anda akan tahu apa yang anda sign. Apa yang sudah ditandatangani sukar untuk dihujahkan bahawa 'saya tak tahu pun perkara ini semasa saya sign'. Hujah itu tidak sah lagi selepas menandatangani perjanjian.

Anda seorang dua yang mengirimkan e-mel meminta saya bacakan perjanjiannya. Insya-Allah, saya adakan masa untuk meneliti dan memberi tahu kepada pengarang, apakah maksud isi kandungan perjanjian yang bakal ditandatangani. Saya garisbawahkan apa-apa perkara yang harus diambil perhatian oleh pengarang.

Bulan April ini juga saya akan memberikan ceramah penulisan kreatif. Saya senaraikan tarikh-tarikhnya supaya sesiapa yang berminat boleh mengambil kesempatan. Terus terang, saya bukanlah penganjurnya. Jadi, jangan beri nama pada saya. Serahkan maklumat kepada pengajur.

  1. 8 April 2010 (Khamis)
    Kursus Memahami Penerbitan

    Tajuk : Peranan & Tugas Pegarang (8.30 pagi - 10.30 pagi)
    Perjanjian & undang-undang dalam Penerbitan (11.00 pagi - 1.00 tengah hari)
    Tempat : Hotel Summit, USJ Subang
    Penganjur : Medium Books & Consultancy

  2. 10 April 2010 (Sabtu)
    Umbara Sastera 4 & Bengkel Cerpen
    Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
    Tajuk : Penulisan Sastera Islam
    Tempat : Sek. Men. Agama Persekutuan Labu
    Peserta melalui undangan sahaja
    Penganjur : Persatuan Penulis Negeri Sembilan dan SMAP

  3. 11 April 2010 (Ahad)
    Bengkel Cerpen A.V.A. (khusus untuk bloggers)
    Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
    Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, berhampiran dengan HUKM
    Yuran : RM50
    Penganjur : Astaka Villa Aksara

  4. 23 April 2010 (Jumaat)
    Ceramah Hak Cipta Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
    Tempat : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat
    Pengajur : Penerbit UTHM

  5. 25 April 2010 (Ahad)
    Bengkel Penulisan Skrip Drama Televisyen A.V.A. *
    Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
    Penceramah : Puan Maizura Mohd Ederis (Penulis Skrip "Nur Kasih")
    Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, berhampiran dengan HUKM
    Yuran : RM150
    Penganjur : Astaka Villa Aksara

  6. 26 April 2010 (Isnin)
    Ceramah Hak Cipta
    Masa : 4.30 - 5.30 petang
    Tempat : Hotel Renaissance, Kuala Lumpur
    Penganjur : MyIPO

* Bengkel ini saya turut hadir sebagai peserta dan saya tidak terlibat sebagai pembimbing.



5 ulasan:

Rusdi Abd Rahman berkata...

Pn. Nisah,
Sudah lama tidak menitip sesuatu dalam blog ini tetapi tidak bermakna tidak berkunjung membaca entri dalam blog Puan ini.
Sudah lama juga tidak menjemput Puan ke negeri Melaka dan Johor melalui program DBPWS, rasanya terakhir tahun lepas dipanggil oleh Cikgu Rani Embi (program DBPWS - JPNM). Kini sedang berkira-kira waktu dan program sesuai untuk mengundang Puan. Insya-Allah.

Nisah Haji Haron berkata...

Encik Rusdi,
Terima kasih kerana terus setia membaca catatan-catatan saya. Alhamdulillah, ini jadual saya untuk bulan April. Untuk bulan Mei, boleh rujuk pada jadual di sebelah kanan blog ini (selepas kalender dan logo blog AVA).

Seperti biasa, saya gembira sekiranya menerima undangan daripada pihak DBPWS (sama ada ke Melaka atau Johor). Saya fikir, saya belum pernah lagi memberikan ceramah kesedaran hak cipta kepada para penulis di kedua-dua negeri ini. Jika ada peluang, insya-Allah, tidak akan saya lepaskan.

baiyazid mustaffa berkata...

Salam, Puan saya juga selalu mengunjungi blog Puan. Ingin juga mengikuti bengkel yang dianjurkan PEN. Namun tugas sebagai guru membataskan saya untuk menyertainya. Pesta buku sebelum ini sahaja hanya mendengar sahaja tetapi tidak dapat bersama-sama meraikannya kerana tarikh-tarikh yang diadakan sentiasa bertembung dengan jadual tugas yang kekadang meilbatkan hari minggu..Namun harap ada peluang untuk saya sertainya nanti. Baiyazid Mustaffa (Gemencheh)

Nisah Haji Haron berkata...

Sdr Baiyazid,
Semua pertemuan itu Allah yang aturkan. Mana yang tidak mungkin dapat dihadiri itu pastilah ada hikmahnya. Insya-Allah, jika ada peluang yang lain sdr akan dapat sertai mana-mana bengkel penulisan yang sesuai, tidak semestinya bersama-sama saya ataupun PEN.

Tahniah kerana dua buah karya sdr tersiar di dalam Berita Minggu semalam (4 April 2010).

fadz berkata...

aktifnya bulan hari jadi, hehe..

Related Posts with Thumbnails