Antara Dua Fajar

Saya suka mengambil penerbangan pada waktu pagi, jika diberi pilihan. Pagi ialah janji. Pagi yang indah menjanjikan hari yang membahagiakan. Pagi yang indah begini memberikan harapan baharu dan rasa bersyukur kerana kita masih ada peluang untuk melihat matahari terbit.

Gambar : Terbit matahari di tingkap KLIA sewaktu mahu masuk ke kawasan Balai Berlepas

Ketika di Batu Burok pada keesokan harinya, saya terus ke pantai seusai subuh. Bagai menunggu kekasih yang pulang dari lautan, saya menanti kehadiran 'jambatan cahaya' yang saya rindui. Kali terakhir, barangkali sewaktu di Sutra Beach Resort, Setiu.


Gambar : 'Jambatan cahaya' - matahari dan sinar pertamanya, menemani nelayan dan burung pagi

Kredit foto-foto : Nisah Haron

Ulasan

srirahayumohdyusop berkata…
Salam Kak Nisah,

Terima kasih kerana pautkan blog saya pada blog akak.
Nisah Haji Haron berkata…
Ayu,
Sama-sama. Blog yang baik harus dikongsi bersama-sama. Terus menulis! (entri yang baik dan novel yang bagus)

Catatan Popular