Imam by Abdullah HussainMy rating: 5 of 5 stars
Perbincangan yang sangat luar biasa tentang Islam dan aplikasi oleh SN Abdullah Hussain. Mesti dibaca oleh semua orang yang mengakui dirinya Islam. Inilah kehebatan pengarang yang menulis bukan kerana mahu menang sayembara. Dia menulis dengan sepenuh jiwa dan raga (selama lebih 3 tahun) dan dia benar-benar mahu bukunya dibaca umum. Inilah novel yang wajar mewakili istilah 'sastera islam tulen' (jika benar ada istilah demikian).
View all my reviews
7 reaksi:
Sebuah novel yang sangat menarik, yang harus dibaca. Novel yang menurut SN Abdullah Hussain, seolah-olah mendapat perintah ghaib daripada Allah untuk menulisnya. Harus baca.
Sayangnya, dulu saya pernah baca, tapi tidak habis. Ketika itu punya banyak masa.
Entah ke mana novel itu sekarang. Masa pula semakin mengejar.
Mengeluh berat.
Salam.
Haa, memang dah lama nak dapatkan novel ni, tapi asyik terlupa saja setiap kali membeli dari Ujana Ilmu. Bagus juga puan ingatkan melalui entri ini.
Salam dari Melbourne
Saya bersetuju dengan Puan Nisah. Novel Imam amat saya gemari dan telah berulang-ulang kali saya membacanya sejak sekian lama. Sehingga kini sukar mendapatkan novel seumpamanya. Tahniah kepada SN Abdullah Hussain.
Memang inilah novel yg saya cari-cari, dulu ada di MPH Midvalley - tetapi masa itu kekurangan duit. Bila pergi lagi, buku tu pula dah tak ada. Setelah membaca "Dan... Malam, apabila ia berlalu" saya menjadi bertambah teruja untuk mendapatkan Imam. Kalau Nisah ada stok dalam Ujana Ilmu, sila maklumkan ya.
Kepada yang masih mencari novel IMAM, buku ini masih ada di www.ujanailmu.com.my.
Sila klik terus ke pautan ini (atau copy & paste) : http://www.ujanailmu.com.my/pd_imam.cfm
Selagi stok masih ada!
Salam Kak Nis,
Inilah novel yang 'menaikkan markah' saya dalam ujian kelayakan untuk masuk belajar di ASK dahulu.
Penulis muda harus belajar bagaimana menulis tentang Islam without being preachy.Selepas membaca novel ini,saya mengambil masa juga sebelum mula membaca novel Melayu yang lain.Novel Imam sangat melekat!
Catat Ulasan