Isnin, November 08, 2010

Ulasan Unik tentang Lentera Mustika

Biasanya, ulasan atau komen tentang novel saya Lentera Mustika datang dalam bentuk prosa. Kali ini saya temui ulasan dalam bentuk syair yang dinamakan Syair Lentera Mustika. Terima kasih kepada budakkilang, tuan punya blog yang telah membaca dan memberikan komen yang unik ini.

Syair Lentera Mustika

Dilukiskan Ainur bersederhana
berjiwa luhur bersukma bahasa
berpantun gurindam paling di suka
tujunya mahu mendarjatkan sastera

Ainur direbut tiga jejaka
tidaklah dia terburu buta
pada tuhan Ainur berdoa
untuk ditunjukkan cinta yang nyata

Pertama cintanya pada Syed Amirul
di Sungai Musi janji tersimpul
kerana darjat asal dan usul
di Selat Melaka cintanya masyghul


Baca syair penuh di sini.

Klik pada imej buku untuk membeli buku ini secara online di www.ujanailmu.com.my

1 ulasan:

Bunnybaby berkata...

Salam.

Nampaknya novel puan ni dah memulakan berjaya satu 'jangkitan', yakni jangkitan keseronokan berpuisi. Mana-mana yang membaca Lentera Mustika pasti akan terkena sikit sebanyak penangan dari Ainur Mustika.

Related Posts with Thumbnails