Bagaimana Saya Menulis - Proses Penciptaan Cerpen

Terkini : Buku ini sudah berada di Ujana Ilmu. Sila pesan naskhah anda. Klik pada imej buku atau layari : http://www.ujanailmu.com.my/pd-bagaimana-saya-menulis.cfm



Sebuah buku tentang proses kreatif 17 orang penulis terpilih.

Sesuai untuk calon penulis dan mereka yang ingin tahu hal-hal di sebalik tabir dalam penghasilan sesebuah cerpen.

Daripada penulis kepada penulis.
Terbitan Dewan Bahasa & Pustaka
RM25

Sudah berada di Ujana Ilmu!
Klik pada pautan imej buku atau di sini untuk membeli.


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Wah...hebatnya....saya mesti beli...tak sabar rasanya nak memilikinya. Saya harap penulis di Malaysia ini dapat mencontohi Puan agar lebih banyak lagi buku-buku cara menulis akan diterbitkan merangkumi semua jenis genre. Dengan ini, penulis muda yang berbakat akan terus berkembang, malah merancakkan lagi industri perbukuan di negara kita.
En iLHAM berkata…
wah
boleh dapatkan di ujana ilmu ke puan nisah??
Nisah Haji Haron berkata…
Putra Rman,
Terima kasih. Buku ini bukan hasil pengalaman saya seorang. Diselenggarakan bersama-sama Dr. Mawar Shafie. Ada 16 orang pengarang lain, selain saya, menumpahkan pengalaman mereka di sini.

En. Ilham,
Insya-Allah, akan berada di Ujana Ilmu tahun hadapan. Akan saya maklumkan apabila bukunya sudah masuk kelak. Terima kasih.
Alhamdulillah...
Sudah tentu saya akan mendapatkannya.... Ia sesuatu yang ditunggu-tunggu !! Tahniah Puan Nisah.....
Nisah Haji Haron berkata…
Ucapan tahniah ini bukan untuk saya seorang. :-) Untuk penyusun bersama, Dr. Mawar Shafie dan juga semua 15 penulis yang turut sama memberikan kerjasama. Tanpa sumbangan dan kerjasama mereka, buku ini sukar sekali terhasil.
Naj AB berkata…
Salam Kak Nisah,

Tahniah! Akhirnya lahir juga. Teringat Dr. Mawar menyebut-nyebut buku ini ketika sedang 'menghamilkannya'.

Saya suka imej kulitnya. Akan beli dari Ujana nanti InsyaAllah.
Penakumenulis berkata…
Wah...kene beli buku ni...banyak ilmu yang dapat diperolehi kelak :-)
Nisah Haji Haron berkata…
Assalamualaikum kepada semua yang telah memberi komen dan pembaca yang budiman.

Buku ini sudah mula dijual di Ujana Ilmu.

Pautannya di sini : http://www.ujanailmu.com.my/pd-bagaimana-saya-menulis.cfm

Semoga bermanfaat.

Terima kasih.

Catatan Popular