Jumaat, Disember 31, 2010

Senarai Karya Tahun 2010

Senarai ini hanyalah untuk rekod peribadi saya. Ini akan memudahkan saya mengakses senarai karya jika saya berada di mana-mana sekali pun. Selepas ini, senarai yang saya petik dari side bar sebelah kanan ini akan terhapus kerana bakal menyenaraikan senarai untuk tahun 2011.

Senarai begini juga menjadi suatu ruang untuk muhasabah. Merenung kembali, berapa banyak kita berfikir mahu menulis dan berapa banyak pula yang benar-benar ditulis. Berapa banyak pula yang disiarkan.

Saya fikir, saya lakukan demikian untuk memudahkan sesiapa sahaja mengakses atau mencari bahan tentang tulisan-tulisan saya yang lalu.

Senarai karya tahun 2010 oleh Nisah Haron adalah seperti yang berikut :

Artikel :Karya Kita Hak Kita
(Mutiara Minda - MPH Februari )

Fokus : Bengkel Penulisan Kreatif - Bakat atau Asuhan
(Dewan Sastera, Mac )

Reaksi : Finalis HSPM Sebagai Indeks Sastera Malaysia
(Dewan Sastera, Mei )

Luahan Minda : Menyorot Semula Karya Lama dari Kaca Mata Pembaca Muda
(Tunas Cipta, Mei )

Artikel : Nilai Hadiah Sastera Utusan
(Utusan Malaysia, 21 Mei 2010)

Fokus : Nazam dalam Karya Kreatif
(Tunas Cipta, Jun )

Artikel : Spekulasi Hangatkan HSKU
(Utusan Malaysia, 9 Julai 2010)

Artikel : Ramadhan & Nostalgia Membaca
(Mutiara Minda - MPH Ogos)

Rakaman Pengembara : Menjejaki Amir Hamzah di Tanjung Pura
(Dewan Siswa, Ogos)

Fokus : Promosi Buku Sastera Gaya Alaf Baharu
(Dewan Sastera, Oktober)

Luahan Minda : Pengarang Muda dan Pengarang Tersohor Hormati Etika!
(Tunas Cipta, November )

Artikel : Mengenali Hadiah Sastera & Sayembara Penulisan
(Mutiara Minda - MPH, November)

Reaksi : Bidadari Burung – Permainan Simbol Liberalisme dan Pluralisme Agama
(Dewan Sastera,Disember)

Cerpen : Sayap-sayap Kecil di Graha Jentayu
(Mingguan Malaysia, 26 Disember 2010

6 ulasan:

M. Fakhai MD berkata...

Assalamualaikum...
Tahniah atas penghasilan karya..

MOHD HANIFF berkata...

Salam Kak Nisah. Ya, saya juga melakukannya seperti Kak Nisah di blog saya. Secara peribadi, ia memudahkan diri kita untuk buat semakan peribadi dan motivasi diri sebenarnya.

En iLham berkata...

Tahniah Puan Nisah
semoga tahun hadapan membuka lembaran baru untuk puan terus menghasilkan karya terbaik buat tatapan semua peminat karya-karya pun khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya

saya doakan puan sentiasa mendapat ilham yang baik oleh Allah Taala untuk kekal menghasilkan karya yang bermutu tinggi dan memberi impak yang besar. amin

selamat tahun baru

Nazri berkata...

Saya doakan agar Puan Nisah Haron akan terus dikurniakan ilham yang cantik dan kesihatan untuk menulis pada tahun 2011 ini.

Tahun 2012 saya 'wish' akhir tahun nanti. hehehe.

- nazri m. annuar

M. Fakhai MD berkata...

Assalamualaikum...

Puan Nisah, dijemput untuk singgah sebentar ke laman blog saya...
kalammuaddib.blogspot.com

mxypltk berkata...

Genre cerpen yang paling mencabar sekali nampaknya.

Related Posts with Thumbnails