Sabtu, Ogos 28, 2010

Ramadhan & Nostalgia Membaca dalam Mutiara Minda MPH



Dapat edisi Ogos - Oktober 2010 dari kedai buku MPH selama tempoh edaran majalah ini.

RM3 senaskhah

Percuma untuk ahli MPH Reader's Circle



Khamis, Ogos 26, 2010

Sebuah Buku Mesti-Baca

Kepada sesiapa sahaja yang beragama Islam, novel ini haruslah dibaca walaupun sekali sepanjang hayat anda. Kepada imam, ahli masjid, jawatankuasa surau, elok juga dibaca lebih daripada sekali. Ada banyak persoalan umat Islam yang dibawa dengan penuh hujah di dalam novel ini. Amat bagus jika setiap surau dan masjid ada sebuah novel ini disimpan bersama-sama dengan Al-Quran, Kitab-Kitab Hadith dan buku-buku yang berkaitan.


ImamImam by Abdullah Hussain

My rating: 5 of 5 stars


Perbincangan yang sangat luar biasa tentang Islam dan aplikasi oleh SN Abdullah Hussain. Mesti dibaca oleh semua orang yang mengakui dirinya Islam. Inilah kehebatan pengarang yang menulis bukan kerana mahu menang sayembara. Dia menulis dengan sepenuh jiwa dan raga (selama lebih 3 tahun) dan dia benar-benar mahu bukunya dibaca umum. Inilah novel yang wajar mewakili istilah 'sastera islam tulen' (jika benar ada istilah demikian).

View all my reviews

Khamis, Ogos 19, 2010

Goodreads (Malaysia)

Ada beberapa laman yang menyediakan kemudahan untuk mengkatalog buku yang sudah dibaca. Saya pernah diperkenalkan dengan Library Thing, tetapi ada sesuatu yang menyebabkan saya tidak berapa menyenanginya. Kemudian beralih pula ke Shelfari, pada mulanya menarik tetapi selepas itu datang pula Goodreads.

Kini saya lebih aktif di Goodreads kerana buku-buku berbahasa Melayu turut mudah dicari dan ramai pula yang rajin memuat naik imej buku dan menulis ulasan mengenai buku yang sudah dibaca atau sedang dibaca. Ada progress bar, untuk menunjukkan sejauh mana kita sudah membacanya.

Mungkin ada yang akan berkata, mengapalah harus 'menunjuk-nunjuk' apa yang dibaca. Jawapan saya, koleksi yang dipaparkan bukanlah untuk menunjuk ataupun apa-apa yang seumpamanya. Mereka yang menjadi ahli Goodreads tegar, biasanya seronok apabila ada sebarang kemaskini, makluman tentang buku baharu atau buku yang baru dijumpai atau apa-apa sahaja tentang buku.

Pendek kata, mereka di Goodreads ini kalau boleh mereka bersahur dan berbuka pun dengan buku juga.

Terkini, Goodreads Malaysia menawarkan cabaran membaca 50 buku setahun. Kumpulan ini sedang berlumba-lumba dan bersaing antara satu sama lain untuk membaca sebanyak mungkin. Ada yang sudah melangkau lebih 50 judul. Tiada had maksima dan tiada kategori buku yang mesti dibaca. Asalkan semangat membaca terus hidup. Di sinilah tempat untuk mencurah rasa sebagai pembaca baharu, pembaca tegar, atau apa-apa jenis pembaca.

Banyak perbincangan seputar dunia buku seperti buku yang pernah dibaca, buku yang dicari, kedai buku yang baik, kedai buku online, perpustakaan, diskusi khusus tentang satu-satu subjek. Setiap buku yang telah disenaraikan oleh ahli Goodreads, boleh dikomen oleh ahli yang lain. Setuju atau tidak setuju dengan komen itu, tidak menjadi hal. Malah, itulah yang lebih menghidupkan suasana.

Suatu yang agak ketara berdasarkan pemerhatian saya: ahli Goodreads tidak berselindung dalam memberi bintang kepada buku yang sudah dibaca. Ada lima bintang (maksimum) bagi setiap buku yang sudah ditamatkan. Mereka ini juga kumpulan yang amat tidak teragak-agak untuk memberi sekadar 2 bintang atau tiada bintang jika buku itu anggap tidak menarik, tidak mencapai tahap yang diharapkan atau dengan kata yang lebih mudah tak best! Saya suka dengan cara ahli Goodreads. Mereka bukan memberi lima bintang hanya kerana penulis buku itu dikenali. Yang dikomen ialah bukunya, bukan orangnya.

Kejujuran dalam mengkritik ini penting walaupun ada kesan sampingan. Namun, ahli Goodreads Malaysia yang saya kenali ialah pembaca yang matang. Walaupun ada ahli yang memberikan komen negatif terhadap apa-apa buku, adakalanya mereka tetap mendapatkan buku tersebut untuk memberi komen mereka sendiri. Pendapat setiap seorang berbeza. Jadi, ini tambah merancakkan suasana.

Saya syorkan Goodreads kepada mereka yang baru mengenalinya. Jika anda cintakan buku, anda menyukainya. Goodreads juga boleh dipautkan kepada Facebook secara timbal balik. Kemas kini atau update tentang pembacaaan anda boleh diumumkan di Facebook juga (pilihan ini boleh ditiadakan, jika mahu).

Rak buku ada pelbagai. Ahli Goodreads boleh buat rak buku sendiri (secara maya, tentunya). Rak buku sudah baca, sedang dibaca, mahu dibaca (wish list) dan bukalah apa-apa pun kategori rak lain yang sesuai untuk mengkelompokkan buku kita sendiri.

Di sebelah kanan blog saya ini, ada paparan buku yang sudah saya baca. Di bawah entri ini pula saya paparkan senarai buku yang sedang diulit.






Nisah sedang membaca :


Di. Ar. Ti.Terang BulanQuran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong SainsTip-tip Cemerlang daripada QuranBadrul BambiSuatu Subuh Yang Bening
More of Nisah's books »



Nisah Haron's currently-reading book recommendations, reviews, favorite quotes, book clubs, book trivia, book lists

Silakan ke Goodreads, mungkin ada ramai kawan yang sejiwa dengan anda di sana. Jika anda pengarang, di sini juga tempat untuk menyenaraikan karya anda untuk dimanfaatkan pembaca lain. Saya turut menyenaraikan diri sebagai Goodreads Author.

Isnin, Ogos 16, 2010

Menulis Sebagai Sumber Rezeki

Saya seringkali ditanya tentang mengapa bertukar kerjaya. Benarkah menjadi penulis itu boleh hidup, sehingga saya tinggalkan kerjaya peguam yang dikatakan lebih menjanjikan dan mempunyai masa depan yang sungguh cerah.

Ramai juga yang terlupa bahawa saya menulis bukanlah kerana mahu menjadi kaya. Rezeki itu di tangan Allah tetapi jika kita berusaha bersungguh-sungguh, insya-Allah, Tuhan tidak akan menghampakan malah memberikan ganjaran atas apa yang telah diusahakan. Kerja menulis ialah kerja, ertinya, tiada siapa mengatakan bahawa kerja menulis itu lebih mudah daripada menjadi peguam ataupun apa-apa kerjaya yang lain.

Kerja menulis memberikan bukan sahaja pulangan kewangan, bahkan pulangan dari sisi lain seperti kepuasan dan rasa bahagia apabila pembaca memberikan pelbagai respons kepada apa yang telah kita hasilkan. Jika kita menghasilkan sesuatu yang sungguh-sungguh bermanfaat, tulisan kita itu tetap diperkatakan walaupun setelah kita meninggal dunia. Urusan pahala bukanlah urusan kita, namun Allah itu Maha Adil lagi Berkuasa.

Menjadi penulis sepenuh masa, haruslah berstrategi. Jika anda tidak jelas dengan strategi dan keadah untuk menjadikan penulisan sebagai kerjaya, simpan dulu surat atau e-mel untuk meletak jawatan yang sudah dikarang. Jika baru menulis satu novel, belum ada nama pula, royaltinya bukannya dapat segera. Ertinya, hari ini kirim manuskrip, esok sudah dapat cek pertama. Penerbitan ada proses yang tersendiri yang harus difahami.

Menulis itu seni, tetapi penerbitan ialah bisnes.

Kita harus fahami konsep penerbitan terlebih dahulu, sebelum ghairah meletakkan jawatan dan mahu menjadi penulis sepenuh masa dan seterusnya mahu menerbitkan karya sendiri. Penulis atau calon penulis seringkali keliru dengan fakta berikut :

Royalti pengarang : 10% (contoh)

Oleh itu, penerbit mendapat 90%.

Jika pengarang menerbitkan sendiri, untungnya 100%.

Maaf, ya. Ini suatu falasi!

Benar, jika 10% royalti untuk pengarang, penerbit memiliki bakinya. Namun, baki itu bukanlah suatu jumlah yang bersih. 90% itu harus biasanya dibahagi 2 : 45% pergi kepada pengurusan dan diskaun untuk pengedar (bergantung kepada jenis pengedar) dan 45% lagi pergi kepada pengurusan penerbit, termasuklah bayaran gaji, sewa kedai dan lain-lain.

Menurut beberapa penerbit yang saya temui, biasanya bagi setiap buku, penulis dapat nilai wang yang lebih tinggi daripada penerbit. Ertinya, bagi setiap buku, jika 10% royalti pengarang, penerbit hanya dapat suatu jumlah kurang daripada 10%. Penerbit hanya boleh untung jika menerbitkan lebih daripada sebuah buku. Itulah yang dilakukan oleh syarikat-syarikat besar. Keuntungan mereka menaik apabila buku berkenaan dicetak ulang.

Kembali kepada penulis : jika mahu 'kaya' sebagai penulis, untuk tahap permulaan - menulis novel boleh sahaja. Setiap tahun kewangan, biasanya selepas bulan Jun penerbit akan mula membayar royalti. Royalti bergantung kepada jumlah jualan. Jika buku pertama anda meletup-letup di pasaran, dicetak 3 kali dalam tempoh tidak sampai setahun, ya, anda akan tersenyum apabila menerima cek pertama.

Kita pun akan berjalan di atas awan. Paling tinggi 9 hari, selepas itu Newton Law akan diaplikasi : setiap yang berada di atas, harus akur dengan hukum graviti. Kita terpaksa turun ke bumi dan meninggalkan awan di awang-awangan. Realiti pun sampai di muka pintu. Wang royalti pun susut. Gunung jika dicangkul setiap hari pasti akan rata.

Oleh itu, jadikan royalti sebagai passive income.

Cuba jadi penulis pelbagai genre. Jika tidak mahir, belajarlah. Saya ini, misalnya tidak pernah menulis lakon layar (screen writing) atau biasa disebut orang sebagai skrip tv atau skrip filem. Oleh itu, jika ada peluang mengikuti kelas begini, saya pergi dan bayar berapa sahaja yang ditawarkan. Bagi saya, setiap harga yang diletakkan itu masih murah (walaupun beratus-ratus) kerana nilai ilmu yang terkandung di dalamnya itu jauh lebih tinggi. Menghadiri kursus dan bengkel ialah suatu pelaburan. Usah berkira sangat apabila ada wang lebih.

Jika tidak boleh menulis genre lain selain novel, anda perlu tulis lebih dari satu novel. Ungkapan yang sering digunakan Puan Ainon Mohd (Pengerusi PTS Publications & Distributors) - untuk memiliki sebuah estet, haruslah tanam banyak pokok getah. Sebatang pokok getah tidak akan menjadi estet (ubah suai dari peribahasa tamil). Jika mahu hidup dengan passive income daripada royalti novel, banyakkan novel anda.

Pilihan lain, seperti yang saya lakukan ialah menulis genre yang lain secara eceran. Tulis cerpen, puisi, artikel atau apa-apa bentuk penulisan yang lain. Jika ada tawaran menulis genre yang baharu, cuba dulu sebelum menolaknya.

Rezeki jangan ditolak, merbahaya jangan dicari.

Di bawah ini saya tinggalkan jadual yang saya susun untuk sebuah artikel berjudul "Pengarang Sepenuh Masa : Kerjaya Profesional" (Dewan Siswa, Oktober 2009), untuk panduan kasar kepada sesiapa yang sering bertanya, berapakah kadar bayaran untuk tulisan-tulisan tertentu di media cetak di Malaysia.

Semoga ada manfaatnya.

















Ahad, Ogos 08, 2010

Cendana's Inheritance - cerpen terjemahan


Cerpen saya - "Pusaka Cendana" pernah diterjemahkan di dalam jurnal Malay Literature Disember 2009.

Cerpen ini pernah memenangi hadiah penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006; dan kemudiannya Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007.

Berikut saya rakamkan cerpen yang telah diterjemahkan kepada "Cendana's Inheritance" oleh pengarang yang saya hormati, Pak Malim Ghozali Pk.
































































Related Posts with Thumbnails