Jumaat, Oktober 22, 2010

Tahniah buat sahabat-sahabat seperjuangan!

Dalam pelestarian kesusasteraan Melayu, pengiktirafan kepada pengkarya secara tekal itu penting. Walaupun mereka bukan berjuang dan menulis kerana nama, namun pihak yang bertanggungjawab haruslah membuka mata dan cakna.

Berikut saya rakamkan ucapan sekalung tahniah kepada rakan-rakan pengarang yang telah meraih penganugerahan mengikut kriteria masing-masing.

1. Zainal Palit @ Zaen Kasturi - Mantan MPR yang amat terkenal dengan puisinya Ke Ruang Katarsis dan siri Ingatan Kepada Kawan. Tahniah atas pengumuman sebagai penerima S.E.A. Write Award 2010. Penulis muda yang mahu mendekatkan diri dengan puisi dan mahu segera membesar, hadamlah karya-karya beliau. Kelebihan Zaen juga, selain seorang penyair, turut dikenali sebagai cerpenis. Nama beliau sangat sinonim dengan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) yang boleh dikatakan hampir setiap tahun dimenanginya sama ada untuk kategori puisi mahupun cerpen.



2. Syed Mohd Zakir Syed Othman @ S.M. Zakir yang karyanya menjadi bacaan awal saya ketika mahu mendalami cerpen-cerpen dewasa. Tahniah atas penganugerahan Sasterawan Muda MASTERA 2010.

Cerpen terbaharunya Bidadari Burung disiarkan di dalam Dewan Sastera, Oktober 2010. Kedudukannya sebagai cerpenis sukar dicabar lantaran pembacaannya yang luas dan kebolehan menganalisis hasil pembacaannya. Tidak ramai penulis muda yang 'mudah mesra' dengan karya-karya S.M. Zakir. Namun, jika mahu segera membesar dalam penulisan cerpen, hadamlah kumpulan cerpennya : Merengkuh Langit, Sekuntum Kembang Di Sayap Jibril, Sekeping Roh di Atas Bantal, Menyirat Nirmala dan yang terkini Serigala dan Sekuntum Tulip.

3. Mawar Safei, sahabat saya yang telah meningkat setakah lagi dalam dunia kesarjanaan khususnya dalam sastera Melayu. Saya menghormati Mawar bukan sahaja sebagai sarjana, namun, saya melihat dia antara sarjana sastera Melayu yang mampu mengubah dirinya : sebentar dia penulis dan pada ketika yang lain dia sarjana. Dia mampu memberikan kritikan kepada karya dan pada masa yang lain, masih berwibawa menulis cerpen.

Apabila ramai pelajar sastera yang bertanya kepada saya mengapa mereka tidak mampu menulis cerpen sedangkan mereka mempelajari sastera secara tuntas, saya pasti menjawab, "Cuba tanyakan kepada Dr. Mawar."

Mawar yang saya kenali dahulunya sebagai cerpenis dan yang paling kuat memberikan semangat untuk membuat transisi daripada menulis cerpen-cerpen remaja kepada cerpen-cerpen dewasa, kini meneruskan legasi dan semangat itu kepada para pelajarnya di kampus.





Sekalung tahniah buat mereka semua. Saya doakan mereka terus diberikan ketabahan, kekuatan dan ruang untuk terus menghasilkan karya-karya yang tahan uji dan tahan zaman untuk menjadi khazanah kesusasteraan Melayu yang bernilai. Sesungguhnya, karya mereka adalah permata!

Isnin, Oktober 18, 2010

Diskusi Lentera Mustika di UKM

Program Diskusi Novel pelajar Novel Melayu pada minggu ini akan membincangkan novel Lentera Mustika karya Nisah Haji Haron pada hari Selasa 19 okt 2010 jam 12.00 tengah hari - 2.00 petang di Makmal Pengajian Melayu, Aras 5, FSSK, UKM
- Che Abdullah Che Ya, Pensyarah Program Persuratan Melayu, UKM

* Terima kasih kepada penganjur yang menyediakan poster yang bernuansa romantis ini.

Khamis, Oktober 07, 2010

Mario Vargas Llosa - Penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2010

Giliran penulis rakayat Peru menerima Hadiah Nobel Kesusasteran 2010 seperti yang diumumkan di laman Hadiah Nobel sebentar tadi.


Jorge Mario Pedro Vargas Llosa (Spanish pronunciation: [ˈmaɾjo ˈβarɣaz ˈʎosa]) (born March 28, 1936) is a Peruvian writer, politician, journalist, essayist and Nobel Prize laureate. Vargas Llosa is one of Latin America's most significant novelists and essayists, and one of the leading authors of his generation. Some critics consider him to have had a larger international impact and worldwide audience than any other writer of the Latin American Boom.[1] He was awarded the 2010 Nobel Prize in Literature "for his cartography of structures of power and his trenchant images of the individual's resistance, revolt, and defeat".[2]

Vargas Llosa rose to fame in the 1960s with novels such as The Time of the Hero (La ciudad y los perros, literally The City and the Dogs, 1963/1966[3]), The Green House (La casa verde, 1965/1968), and the monumental Conversation in the Cathedral (Conversación en la catedral, 1969/1975). He continues to write prolifically across an array of literary genres, including literary criticism and journalism. His novels include comedies, murder mysteries, historical novels, and political thrillers. Several, such as Captain Pantoja and the Special Service (1973/1978) and Aunt Julia and the Scriptwriter (1977/1982), have been adapted as feature films.

Many of Vargas Llosa's works are influenced by the writer's perception of Peruvian society and his own experiences as a native Peruvian. Increasingly, however, he has expanded his range, and tackled themes that arise from other parts of the world. Another change over the course of his career has been a shift from a style and approach associated with literary modernism, to a sometimes playful postmodernism.

Like many Latin American authors, Vargas Llosa has been politically active throughout his career; over the course of his life, he has gradually moved from the political left towards the right. While he initially supported the Cuban revolutionary government of Fidel Castro, Vargas Llosa later became disenchanted. He ran for the Peruvian presidency in 1990 with the center-right Frente Democrático (FREDEMO) coalition, advocating neoliberal reforms. He has subsequently supported moderate conservative candidates.

Sumber tulisan dari sini.

Sumber gambar dari sini.

Isnin, Oktober 04, 2010

Yang Berkesempatan dan Yang Diberikan Kesempatan

Bukan semua antara kita mendapat kesempatan untuk bertemu. Adakalanya kita boleh jadi jemu akibat kerap bertemu. Semakin tidak bertemu, kita pun semakin rindu. Sebab itu ada peribahasa Melayu mengatakan apabila jauh berbau bunga, apabila dekat berbau xxx (sila habiskan sendiri). Ada padanannya di dalam bahasa Inggeris - absence makes the heart grow fonder.

Bertemu di Facebook, ada ketikanya bukanlah 'bertemu'. Kita lebih banyak mengabaikan banyak pertemuan di situ. Lebih banyak kita take for granted atas perkenalan dan persahabatan itu. Tidak sama bersembang di Facebook atau sekadar membaca status Facebook sedangkan kita tidak tahu pun wacana yang sebenar.


Gambar : Dari kiri belakang - Nisah, Ranofla Dianti, Amaruszati, Salina, MF Kencana, Nissa' Yusof, Aidil Khalid & Mohd Nor Azriq
Depan - Ummu Hani, Raihani, AinunL Muaiyanah, Hani Salwah
Anak-anak - anak Nisah, anak Dian, anak Rai.


Pertemuan di rumah PENA pada Sabtu yang lalu, hanya sekejap buat saya kerana harus bergegas ke rumah saudara mara yang lain. Lagi pun, apabila sudah ke Kuala Lumpur, kami sekeluarga harus mengambil kesempatan untuk menziarahi beberapa tempat juga. Bukan senang dapat himpunkan anak-anak untuk pergi ke tempat yang sama. (Hanya orang yang ramai anak faham akan maksud saya ini).

Terima kasih kepada kekanda Amaruszati yang menyerahkan buku Panduan Asas Menghias Kek yang telah saya pesan. Sungguh menarik buku ini, terasa seperti sesiapa sahaja boleh membuat hiasan kek dengan mudah.

Kesempatan untuk bertemu bukannya selalu kerana pada saya bertemu di Facebook sama sekali tidak sama dengan pertemuan secara langsung. Ada sesuatu yang magis dalam pertemuan, bersalaman dan bertentang mata.

Saya bersyukur atas setiap pertemuan dan ukhwah yang dapat dilangsungkan.

Jumaat, Oktober 01, 2010

Rangkuman Aktiviti Sesudah Syawal

1. Dialog Tun Fatimah
Lokasi : Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, K.L.
Tarikh : 22 September 2010

Saya menyedari majlis ini sehari sebelum acara. Tidak sempat mendengar pembentangan kertas kerja oleh Pak Tenas Effendi pada sebelah pagi. Cuma dapat mengutip ilmu daripada Encik Siri Neng Buah yang membuat pengkisahan tentang Tun Fatimah dan Sulalatus Salatin. Encik Siri yang kini Pengarang Jabatan Warisan (Warisan Tak Ketara) benar-benar menghayati Sulalatus Salatin dan cair di mulutnya sahaja. Aduhai, kalaulah orang Melayu sendiri tidak pernah sekali seumur hidup membaca teks ini dan hanya bergantung kepada filem dan drama Melayu yang mengangkat kisah-kisah ini, alangkah ruginya.

Pada sebelah petang, dapat pula mengutip ciri-ciri busana Melayu dari pembentangan Dr. Siti Zainon Ismail dan rasa bertuah pula apabila Mohd Ramli Raman, Pensyarah di Akademi Pengajian Melayu menguasai pengetahuan keris dengan "Kerisologi"nya.

Dialog anjuran bersama alumni Sekolah Tun Fatimah yang sedang memantapkan Teater Muzikal Tun Fatimah arahan Ladin Nuawi.


2. Asimilasi Dakwah Dalam Penulisan KreatifLokasi : SRI Al-Amin, Gombak
Tarikh : 25 September 2010


Undangan untuk memperkatakan tentang memasukkan unsur dakwah di dalam penulisan kreatif khususnya novel. Penganjur meminta saya memperkatakan tentang Lentera Mustika. Penegasan saya lebih kepada bagaimana mempermudahkan dakwah kepada orang awam. Dakwah bukan semestinya copy & paste daripada mana-mana ayat al-Quran atau Hadis kemudian dimasukkan ke dalam novel tanpa sebarang ulasan atau sekadar untuk menjadikan novel itu 'islami' sifatnya.

Pada saya, untuk menjadikan novel itu ada unsur dakwah tidak semestinya sekadar menggunakan ayat Al-Quran yang langsung sifatnya. Novel "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck" tidak ada yang saya ingat tentang sebarang ayat al-Quran yang dipetik. Jika ada pun, tidak ada yang saya ingat, kerana yang penting ialah bagaimana dakwah itu bersatu di dalam cerita - cerita itu menjadi kenderaan kepada apa sahaja yang mahu disampaikan.


3. Bengkel Asas Cerpen
Lokasi : Pusat Sumber KEMAS, Kg. Bukit Temiang
Tarikh : 25 September 2010


Usai di Gombak, bergegas untuk pulang ke Seremban kerana ada bengkel yang diminta oleh pihak KEMAS, Kg. Bukit Temiang. Permintaan untuk bengkel ini pasti sahaja tidak akan saya tolak. Apatah lagi, tempat ini bukan sahaja tempat bermain ketika kecil, ini juga tempat saya pernah dibesarkan.

Peserta yang terdiri daripada gabungan calon penulis dewasa, remaja dan cilik menjadikan penyampaian lebih mencabar. Namun, saya sendiri terkesan dengan semangat yang ditunjukkan oleh setiap seorang peserta, khususnya penulis-penulis cilik yang masih berada di dalam Tahun 4 dan Tahun 5. Semoga pendedahan ini menjadi pendorong untuk mereka terus mencuba dan menguasai bidang penulisan.


4. Wacana Buku
Lokasi : Perpustakaan USIM, Nilai
Tarikh : 30 September 2010


Gambar : Bersama-sama moderator, Tuan Mohd Hariri Daud, dari pejabat Komunikasi Korporat, USIM

Undangan daripada Puan Nor Azzah (Timbalan Ketua Pustakawan, USIM) ini amat mengujakan. Pertama, walaupun sudah beberapa kali ke USIM dan pernah mengajar separuh masa di sana beberapa tahun yang lalu, saya belum berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke perpustakaan baharunya.

Kedua, Puan Nor Azzah juga kenalan saya di Goodreads Malaysia dan bersembang dengan beliau tentang buku dan kegilaan membeli buku (dan berjimat cermat dalam hal-hal lain, kecuali buku) menjadikan kami berbicara di dalam bahasa yang sama.

Pasti seronok berbual seputar dunia buku yang sama sekali berbeza dengan kelompok yang lebih gemar berbicara tentang kain baju, pinggan mangkuk dan sebagainya. :-) Paling menarik, Puan Nor Azzah juga tidak berkira dalam hal-hal membeli buku, termasuk buku-buku untuk anak-anak dan kami sama-sama menghias rumah dengan rak buku dan buku. Sesungguhnya, ini hari yang indah untuk berbicara tentang buku sesama pencinta buku!

Gambar : Beberapa khalayak yang membeli buku-buku yang dibawa oleh Ujana Ilmu ke Perpustakaan USIM
Related Posts with Thumbnails