Jumaat, Disember 31, 2010

Senarai Karya Tahun 2010

Senarai ini hanyalah untuk rekod peribadi saya. Ini akan memudahkan saya mengakses senarai karya jika saya berada di mana-mana sekali pun. Selepas ini, senarai yang saya petik dari side bar sebelah kanan ini akan terhapus kerana bakal menyenaraikan senarai untuk tahun 2011.

Senarai begini juga menjadi suatu ruang untuk muhasabah. Merenung kembali, berapa banyak kita berfikir mahu menulis dan berapa banyak pula yang benar-benar ditulis. Berapa banyak pula yang disiarkan.

Saya fikir, saya lakukan demikian untuk memudahkan sesiapa sahaja mengakses atau mencari bahan tentang tulisan-tulisan saya yang lalu.

Senarai karya tahun 2010 oleh Nisah Haron adalah seperti yang berikut :

Artikel :Karya Kita Hak Kita
(Mutiara Minda - MPH Februari )

Fokus : Bengkel Penulisan Kreatif - Bakat atau Asuhan
(Dewan Sastera, Mac )

Reaksi : Finalis HSPM Sebagai Indeks Sastera Malaysia
(Dewan Sastera, Mei )

Luahan Minda : Menyorot Semula Karya Lama dari Kaca Mata Pembaca Muda
(Tunas Cipta, Mei )

Artikel : Nilai Hadiah Sastera Utusan
(Utusan Malaysia, 21 Mei 2010)

Fokus : Nazam dalam Karya Kreatif
(Tunas Cipta, Jun )

Artikel : Spekulasi Hangatkan HSKU
(Utusan Malaysia, 9 Julai 2010)

Artikel : Ramadhan & Nostalgia Membaca
(Mutiara Minda - MPH Ogos)

Rakaman Pengembara : Menjejaki Amir Hamzah di Tanjung Pura
(Dewan Siswa, Ogos)

Fokus : Promosi Buku Sastera Gaya Alaf Baharu
(Dewan Sastera, Oktober)

Luahan Minda : Pengarang Muda dan Pengarang Tersohor Hormati Etika!
(Tunas Cipta, November )

Artikel : Mengenali Hadiah Sastera & Sayembara Penulisan
(Mutiara Minda - MPH, November)

Reaksi : Bidadari Burung – Permainan Simbol Liberalisme dan Pluralisme Agama
(Dewan Sastera,Disember)

Cerpen : Sayap-sayap Kecil di Graha Jentayu
(Mingguan Malaysia, 26 Disember 2010

Selasa, Disember 28, 2010

Komen Pengasas Gagasan Persuratan Baru

Menerima e-mel daripada pengasas Gagasan Persuratan Baru yang sering mencetuskan kontroversi di kalangan sasterawan dan kritikus di Malaysia yang kandungannya dengan jelas menerangkan maksud :
"Assalamu 'alaykum Puan Nisah,

Terima kasih banyak kerana sudi menghadiahkan buku Bagaimana Saya Menulis: Proses Penciptaan Cerpen. Saya sudah baca beberapa buah cerita pendek. Kesan yang saya dapat amat menggembirakan. Jelas sekali terdapat perbezaan yang cukup ketara antara karya sastera yang ditulis oleh para sasterawan dengan karya yang ditulis oleh teman-teman Puan. Menurut Panel Anugerah Sastera Negara, karya sasterawan negara hebat kerana tidak mempunyai matlamat tertentu, tidak mempunyai tema tertentu, tidak ada "khutbah", tidak ada ajaran moral dan sebagainya. (Rujuk Laporan 1985).

Ini berbeza dengan cerita pendek dalam buku ini. Di sini cukup jelas apa yang hendak dibicarakan oleh penulis; dan yang paling menyeronokkan bagi saya ialah mereka berfikir sambil bercerita; sedangkan para sasterawan selalunya bercerita dan memaparkan saja peristiwa dalam karya mereka. Dengan itu saya fikir andaian Panel Anugerah Sastera Negara itu nampaknya tidak terdapat di sini. Dari karya Nasruddin Dasuki, Mawar, Salina Ibrahim, Nisah, hingga Faisal, dan yang lain-lain, jelas apa yang mereka ingin ketengahkan, dan mereka cukup komited kepada persoalan yang dikemukakan."

Terima kasih.

Mohd. Affandi Hassan

Buku ini boleh dipesan secara langsung dari Ujana Ilmu.

Judul : Bagaimana Saya Menulis : Proses Penciptaan Cerpen
Penyusun : Mawar Safei & Nisah Haji Haron
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Genre : Kumpulan Cerpen & Esei Proses Kreatif
Mukasurat : 350 halaman
Cetakan Pertama : 2011
Harga : RM25 (harga tidak termasuk kos penghantaran)

KANDUNGAN
Pengenalan

1. Aminah Mokhtar
  • Ya Allah Dia Menangis
  • Proses Kreatif "Ya Allah Dia Menangis"
2. Faisal Tehrani
  • Perlak Emak
  • "Perlak Emak": Sebuah Kisah Kreativiti Taman Melayu
3. Jais Sahok
  • Jiji - Moga-moga Kau Mendengar
  • Proses Kreatif Penghasilan Cerpen "Jiji - Moga-moga Kau Mendengar"
4. Kamariah Kamaruddin
  • Tentang Hijab
  • Bagaimana "Hijab" Terhasil
5. Maskiah Masrom
  • Nyanyi Sunyi
  • Proses Kreatif Cerpen "Nyanyi Sunyi"
6. Mawar Safei
  • Dia dari Penjuru Tahun Lalu
  • Proses Kreatif "Dia dari Penjuru Tahun Lalu"
7. Mohd Nazmi Yaakub
  • Selirat Derita Pun Terurai
  • Proses Kreatif "Selirat Derita Pun Terurai"
8. Muhd Nasruddin Dasuki
  • Kelekatu Bersayap Ungu
  • Proses Kreatif "Kelekatu Bersayap Ungu"
9. Nisah Haji Haron
  • Pusaka Cendana
  • Ilham dan Cetusan Menulis "Pusaka Cendana"
10. Rahimidin Zahari
  • Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tuk Bagih
  • Proses Kreatif "Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tuk Bagih"
11. S.M. Zakir
  • Cerita untuk Teman-teman
  • Menulis Adalah Permainan Silap Mata
12. Saharil Hasrin Sanin
  • Air Mata Orang Kaya
  • Penulis Adalah Penipu: Proses Penciptaan Cerpen "Air Mata Orang Kaya"
13. Salina Ibrahim
  • Imam
  • "Imam" Suatu Terapi Diri
14. Samsiah Mohd. Nor
  • Lazuardi
  • Proses Kreatif "Lazuardi": Kolaborasi Catatan Tiga Pengalaman
15. Siti Jasmina Ibrahim
  • Kelir
  • Bagaimana Saya Menulis (Proses) -Cerpen "Kelir"
16. Siti Raihani Mohd. Saaid
  • Seniman Rajemee
  • Proses Kreatif "Seniman Rajemee"
17. Zaid Akhtar
  • Pendedahan
  • "Pendedahan" antara Intertekstual dengan Isu Semasa (Menyorot Satu Lagi Sisi Hang Tuah)
Biodata Penulis

Buku ini boleh dipesan secara langsung dari Ujana Ilmu.

Ahad, Disember 26, 2010

Cerpen di MM


Alhamdulillah. Cerpen terkini yang menjadi penutup kepada Ahad terakhir 2010 di Mingguan Malaysia. Terima kasih, editor ruangan sastera!
“Suatu hari nanti, dengan keadaan cuaca dunia yang tidak menentu dan negara kita tiba-tiba didatangi Zaman Ais. Lalu, kita yang tidak bersedia ini cuba menyelamatkan diri. Bayangkan kita berdua terperangkap di dalam gudang buku yang Anum sebutkan tadi. Untuk memanaskan badan, kita tidak ada pilhan kecuali membakar buku-buku yang ada di dalam gudang ini. Pada ketika itu, barulah buku-buku yang tidak dijual itu menjadi sangat berguna!”

- Petikan Sayap-sayap Kecil di Graha Jentayu
Mingguan Malaysia, 26 Disember 2010

Boleh baca edisi online di sini.

Selasa, Disember 21, 2010

Bagaimana Saya Menulis - Proses Penciptaan Cerpen

Terkini : Buku ini sudah berada di Ujana Ilmu. Sila pesan naskhah anda. Klik pada imej buku atau layari : http://www.ujanailmu.com.my/pd-bagaimana-saya-menulis.cfm



Sebuah buku tentang proses kreatif 17 orang penulis terpilih.

Sesuai untuk calon penulis dan mereka yang ingin tahu hal-hal di sebalik tabir dalam penghasilan sesebuah cerpen.

Daripada penulis kepada penulis.
Terbitan Dewan Bahasa & Pustaka
RM25

Sudah berada di Ujana Ilmu!
Klik pada pautan imej buku atau di sini untuk membeli.


Rabu, Disember 15, 2010

Seni Menulis - Wawancara dalam Akhbar the Sun


Boleh baca penuh di sini.

Terima kasih kepada wartawan The Sun, Bissme S.

Sabtu, Disember 11, 2010

Anak-anak & Goodreads

Ada banyak pro dan kontra tentang cuti sekolah. Tanyakan sahaja kepada mana-mana ibu bapa. Seronoknya mungkin tak perlu berkejar untuk menghantar mereka ke sekolah dan menjemput mereka pulang setiap hari. Lebih jenuh lagi, jika anak ramai dan mereka pulang bukan pada waktu yang sama.

Apabila cuti sekolah, tiada lagi rutin seperti itu, tetapi hal lain pula yang akan timbul. Lebih ramai anak di rumah bererti, lebih banyak kerenah yang perlu ditangani. Namun, rutin saya sebagai penulis tidak boleh ditinggalkan. Cara paling mudah, ialah membenarkan mereka menonton televisyen. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan cara saya kerana terlalu banyak menonton t.v. banyak mudarat daripada manfaat.

Namun, saya percaya dengan 'penjaga tv' di rumah saya. 'Penjaga tv' saya hanya membenarkan saluran Astro 612 dan 613. Sesekali 552 (TV IQ) atau 615, jika bernasib baik. Saya sudah lama tamatkan langganan 411 - 413. Saya tahu saya tidak akan berpeluang menontonnya selagi 'penjaga tv' itu ada di depan tv.

Siapakah penjaga tv itu? Dua anak saya yang paling kecil.

Dengan itu, anak-anak yang lebih besar ternafi daripada menonton tv dan kalau ada peluang pun, mereka hanya menggemari TV IQ dan sesekali Saluran 615. Kami juga mengajak mereka menonton saluran dokumentari seperti 551 - 555. Alhamdulillah, anak-anak saya tidak menggemari drama Melayu dan kami juga tidak menggalakkan mereka menonton hiburan yang melalut-lalut. Mereka pun takut cerita hantu, jadi lebih mudah, tak perlu buka.

Selebihnya, mereka membaca buku dan mengulang baca buku-buku yang menjadi kegemaran. Lepas itu, mereka bosan sebab mereka membaca terlalu pantas. Perpustakaan terdekat juga tidak menawarkan koleksi buku yang bagus untuk mereka meratahnya. Saya pula kekurangan bajet untuk terus membeli pada waktu-waktu begini.

Hampir habis akal untuk mengelakkan mereka daripada terus menuntut perhatian saya.

Suatu hari, Along terpandang akaun Goodreads saya. Dia bertanya lanjut tentang fungsinya. Saya katakan, Goodreads seperti buku NILAM yang mereka harus isi di sekolah apabila selesai membaca. Cuma ini versi online. Teruja melihat koleksi buku dan menariknya laman ini, dia meminta dibuatkan satu akaun Goodreads untuknya.

Saya akur kerana lebih baik dia ada akaun Goodreads daripada akaun Facebook. Sekurang-kurangnya, GR ialah komuniti pembaca buku, berbanding FB yang lebih banyak mengarut dan penuh dengan sampah-sarap.

Setelah buat untuk Along, Angah juga menuntut, Alang pun sama. Sudahnya, setiap seorang ada akaun masing-masing. Dalam masa dua hari, Along sudah menambah hampir 20 buah buku dan dia semakin seronok menambah bilangan bukunya. Saya faham, tentulah kaedah ini lebih dekat dengan jiwa anak-anak yang IT savvy berbanding mengisi buku NILAM, satu per satu yang lebih membosankan. Dia juga tidak gemar mengisi buku itu kerana terlalu banyak maklumat yang mesti diisi selain ulasan buku. Di GR, tak perlu isi maklumat tentang buku, semuanya sudah ada, pengguna cuma perlu sahkan buku dan kemudian boleh fokus kepada ulasannya sahaja.

Dahulu, saya menyuruhnya mengisi buku NILAM kerana ramai yang mengisi itu belum tentu membaca buku pun. Di sekolah-sekolah yang saya beri ceramah, apabila saya kata, "Kamu mengisi buku NILAM tu, betul-betulkah habis baca, atau salin kulit belakang buku?" Ramai yang tersipu-sipu, tertawa kecil dan mencuit-cuit rakan. Orang yang tidak buat begitu, tidak akan bertingkah laku demikian.

Kini, saya fikir biarlah dia mengisi di GR jika dia tidak mahu mengisi buku NILAM. Kuantiti tidak menentukan kualiti. Biarlah dia seronok mengisi masa lapangnya di rumah dengan menyenaraikan koleksi bukunya.

Zaman saya remaja, saya menyimpan senarai buku yang telah dibaca di dalam sebuah buku khusus. Saya tuliskan judul, nama pengarang dan penerbit. Dengan itu, saya mudah mengingati judul buku dan nama pengarangnya sehingga kini.

Zaman berubah. Teknologi lebih canggih. Saya menjadi pembaca yang lebih perlahan kerana kekangan tugas mengarang. Saya percaya pada bila-bila masa, mereka akan dapat mengalahkan koleksi buku yang pernah mereka baca.

Alhamdulillah, anak-anak suka membaca Bahasa Melayu dan Inggeris. Mengaji, ada yang sudah khatam, ada yang hampir khatam, ada yang tidak jauh lagi hendak khatam. Mereka juga tidak ramai kawan seperti saya remaja dahulu. Namun, mereka semua bahagia dengan buku sebagai sahabat terbaik.

Nikmat Allah yang mana lagi harus saya dustakan?



Rabu, Disember 01, 2010

Lemang Nan Sebatang - HSPM 2008/2009


Latar pentas - kredit foto dari FB Nimoiz TY




Cerpen ini telah disiarkan di dalam ruangan Kreatif - Berita Harian Sabtu, 26 September 2009


Bersama-sama Puan Ainon (bertudung kelabu) dan Puan Kusyi Hirdan dan warga PTS. Terima kasih kepada Puan Ainon yang tidak menganaktirikan penulisnya :-)

kredit foto : FB Roziyah Mahamad

Keputusan penuh HSPM 2008/09 telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia hari ini (Rabu, 1 Disember 2010).

Untuk versi online boleh dibaca di sini :
(Akan tetapi, tidak tahu berapa lama pautan ini akan dikekalkan)


Bersama-sama Raihani Mohd Saaid yang turut menerima HSPM 2008/09 menerusi sajaknya Negeri Itu, Antonius (Dewan Budaya November 2009)
- kredit foto : koleksi peribadi Raihani Mohd Saaid


Nota : Cerpen "Lemang Nan Sebatang" akan dibukukan di dalam kumpulan cerpen saya terkini yang bakal terbit pada tahun 2011. Nantikan...
Related Posts with Thumbnails