Selasa, Januari 04, 2011

Ujaan untuk Tahun 2011


Sebagai penulis, saya tidak mempunyai kemahiran mencipta rekaan kulit buku. Oleh itu, saya banyak bergantung kepada kebijaksanaan pihak editorial dan bagaimana mereka meyakinkan pereka grafik. Gambar di atas ialah para editor di Al-Ameen Serve yang kuat bekerja dalam memastikan design kulit buku bukan sahaja memuaskan hati pembaca, tetapi memberikan imej yang sesuai bagi menggambarkan kandungan buku tersebut.

Untuk itu mereka memerlukan pasukan pereka grafik yang mantap. Alhamdulillah, untuk buku terbaru saya, pihak penerbit menggabungkan kerja kreatif anak tempatan dan luar negara. Hasilnya, pada pengamatan saya, amat menarik sekali.

Pokok pangkalnya, sebagai penulis saya harus banyak bekerjasama dalam memberikan cadangan dan bukan sekadar memberi komen/kritikan (khususnya yang tidak membina).

Gelavizh M. ialah designer yang saya senang bekerja dengannya. Saya menghormati gambaran beliau terhadap teks yang saya tulis dan dia sedaya upaya mahu memvisualkan sari cerita (the essence of the story).

Sama-sama kita lihat hasilnya setelah buku ini sempurna tidak lama lagi, insya-Allah.

Tahun 2011 menjadi permulaan kepada buku-buku yang baik persembahan visualnya (bermula dengan Bagaimana Saya Menulis).

Kulit buku ialah satu bentuk cenderamata kepada pembeli buku. Saya percaya kepada falsafah bahawa pembeli sekaligus pembaca akan menilai sesebuah buku pada kulit bukunya terlebih dahulu. Sehebat mana sekali pun kandungan buku tanpa reka bentuk kulit buku yang meyakinkan, banyak calon pembeli meletakkan kembali buku yang sudah dipegang ke rak. Itu pun masih bernasib baik kerana calon pembeli itu mahu memegangnya terlebih dahulu.

Ada buku yang langsung tidak disentuh oleh calon pembelinya di rak.

Tanggapan pertama itu penting.



3 ulasan:

Zaid Akhtar berkata...

Wow!

mxypltk berkata...

Dah agak dah...selepas Isa Kamari, Rebecca Ilham, dan FT...mesti giliran Nisah pula. Jangan tunggu KLIBF 2011, lama sangat tu...

Kalau isi bagus, cover manila kad pun orang beli...cubalah sekali keluarkan limited edition cam tu...:)

Mahaya Mohd. Yassin berkata...

Assalamualaikum Puan Nisah,
Alhamndulillah, sepatutnya begitulah eratnya kerjasama antara penerbit dan penulis. Bukankah muafakat itu berkat?
Teorinya memang begitu, cuma pelaksanaannya...

Mudah-mudahan akan lebih rancak kerjasama sedemikian, insya-Allah.

Related Posts with Thumbnails