Saya juga tidak boleh tengok buku yang dipijak atau didudukkan sewenang-wenangnya - walaupun oleh anak-anak yang belum reti bahasa. Lantas, 'dosa besar' terhadap buku ialah pijak buku (sambil melompat-lompat di atasnya dengan gembira) dan duduk di atas buku adalah perbuatan yang tidak beradab. Anak-anak dididik supaya menyusun buku dan menyimpan di tempat yang sepatutnya selepas dibaca.
Kepada yang belum reti bahasa atau belum mumaiyiz, bimbingannya bersifat berterusan serta mengikut contoh tauladan.
Namun, kalau teringin benar mahu duduk di atas buku, silalah dapatkan perabot seperti yang ditunjukkan di dalam gambar-gambar di bawah ini. Jika ada perabot ini dijual di Malaysia, sila maklumkan kepada saya kerana inilah rupa perabot yang sangat sesuai dengan tema buku di rumah.
Sangat teringin untuk mendapatkan ruang rehat seperti di dalam gambar di bawah :
![]() | |
| sumber : http://www.bigcozybooks.com Ruang membaca santai sebuah perpustakaa di Amerika Syarikat |
![]() |
| sumber : http://www.bigcozybooks.com Tentunya kalau dapat ditempah di Malaysia, judul buku pada spine boleh dijadikan judul berbahasa Melayu |
![]() |
| sumber : http://www.bigcozybooks.com Membayangkan perpustakaan awam menggunakan kerusi / sofa sebegini. |
![]() | |
| sumber : http://www.bigcozybooks.com Seperti "Graha Jentayu", saya membayangkan kedai buku fizikal yang mahu saya miliki mempunyai konsep santai dan ada ruang bercerita seperti ini |
![]() |
| sumber : http://www.bigcozybooks.com Hiasan dinding yang menggunakan tema buku |





2 reaksi:
Saya sangat setuju dan teruja dengan entri Kak Nisah pada kali ini. Selain fokus kepada penjagaan buku dan cara mendidik anak-anak kecil agar menghargai serta menghormati nilai buku, saya terpaut pada perabot yang unik ini! Alangkah gembiranya jika dapat dimiliki. Mungkin jika 'Graha Jentayu' benar-benar wujud, pasti jemu tiada dalam ruang hidup saya. ^_^
Betul, buku adalah sesuatu yang harus dihormati dan disayangi, dijaga dan disimpan dengan baik. Saya juga tidak suka melipat hujung halaman untuk menanda tempat yang dibaca. Suatu masa dulu saya selalu membalut buku saya dengan plastik. Saya pernah membeli naskhah lain untuk mengganti naskhah yang rosak.
Catat Ulasan