Selasa, Februari 01, 2011

Penulis (Muda) Tunggu Pengiktirafan

Artikel saya di dalam Jurnal Pemikir edisi Januari - Mac 2011 yang berjudul "Penulis (Muda) Tunggu Pengiktirafan"



3 ulasan:

Scarlett O'Hara berkata...

Salam.Ingin bertanya bagi pihak seorang anak murid yang tersangat ingin menjadi novelis berjaya.Sekarang di tingkatan 3.Apakah jurusan yang sesuai untuk diambil semasa di universiti nanti.Terima kasih.Apakah tindakan/persediaan awal yang perlu dilakukan?

scarlett_j1@yahoo.com

Nisah Haji Haron berkata...

Puan Scarlett O'Hara,
Tiada kelulusan tertentu untuk menjadi penulis yang berjaya. Semuanya dimulakan dengan niat dan disusul dengan kesungguhan. Peribadi, saya sendiri dari jurusan undang-undang dan kebanyakan penulis yang berjaya saya lihat mereka bukannya mendapat pendidikan sastera di universiti.

Untuk pengetahuan puan (dan boleh sampaikan kepada anak-anak didik juga), jika mereka mengambil jurusan sastera di universiti, penekanan ialah kepada teori dan kritikan sastera. Tidak banyak universiti yang membuka kursus penulisan kreatif. Kalau ada pun sifatnya elektif atau hanya dipelajari selama satu semester sahaja.

Rangsang anak didik puan supaya banyak membaca karya-karya yang baik dan bermutu tinggi. Itulah tiket paling besar dan paling berguna untuk dia menjadi penulis kelak. Jalan untuk menjadi penulis itu jauh dan panjang tetapi ada banyak jalan untuk sampai ke destinasi yang sama. Setiap penulis melalui jalan yang berlainan. Namun, semuanya bermula dengan minat membaca, suka mengeluarkan pendapat (secara bertulis), berfikir dan berani dalam menegakkan pendapatnya.

ANJUNGSENA berkata...

Salam puan,
Saya berminat dalam bidang penulisan cerpen dan sajak...tapi untuk menulis cerpen dan novel sangat sukar. Pernah menulis cerpen dan di hantar ke akhbar. Tak keluar-keluar..jadi semangat dah luntur.Dan sekarang saya sering terbayang untuk menulis novel pendek.... mungkin...tapi sangat sukar...membayangkan bahasa dan bagaimana hendak mula..bagaimanakah proses menulis novel yang puan gunakan atau alami..saya tengok puan dapat menulis dengan begitu baik sekali..bagaimana ya?

Related Posts with Thumbnails