Ketika itu ialah Malam Gala persembahannya. Turut hadir Perdana Menteri, Menteri Penerangan dan isteri masing-masing. Kami diberikan tempat duduk di Grand Circle (Tingkat Atas). Kebetulan di sebelah saya ialah pengarang Khadijah Hashim. Banyak dapat bertukar-tukar maklumat tentang Lat, Pak Samad (Ismail) kerana kami lahir pada zaman yang berbeza.
Komen tentang persembahan :
- Menarik dan menghiburkan. Dapat mengenali Datuk Lat dan kehidupannya.
- Lakonan Awie (sebagai Lat), Jalil Hamid (bapa Lat) dan Omar Abdullah (Pak Samad Ismail) amat berkesan. Mereka dapat menghayati watak masing-masing. Paling suka Jalil Hamid yang membawa wataknya dengan tenang.
- Tidak suka dengan muzikal pembukaan dalam babak Lat di kampung sewaktu kecil: watak ibu Lat yang saya sifatkan sebagai overacting mengganggu babak tersebut. Komen kepada pengarahnya pula, kalau iya pun ibu Lat itu suka berkemban dalam kartunnya, saya tak fikir ia sesuai untuk dipersembahkan dengan cara demikian. Wanita Melayu berkemban atas pentas, tentu tidak manis, walaupun itu realitinya.
- Ungkapan paling berkesan :
- Malaun! (Pak Samad Ismail)
- I check my facts! (Pak Samad Ismail)
- Dialog paling diingati :
- Lat : Kat sini (London) tak ada cendol ke, Frankie?
- Frankie : London tak cukup sejuk ke?
Ah, zaman itu sudah berlalu...
3 reaksi:
Tak beli edisi terhad Kampung Boy & Town Boy?
http://themalaysianreader.com/2011/03/26/lat-from-kampung-to-town-limited-edition-nst-press-2011/
Encik Khairul,
Beli. Nombor siri saya 497/1000.
Terima kasih kerana berkongsi.
Catat Ulasan