Kembara Sastera 1 : Singgahan di Schiphol, Amsterdam




Menulis poskad kepada orang yang istimewa
Perjalanan 12 jam berhenti seketika. Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Amsterdam menjadi tempat transit sebelum destinasi seterusnya. Segalanya asing di sini. Tiada wajah yang dikenali walaupun ada banyak wajah Asia. Namun, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Lapangan terbang ini nampak kemas dan teratur. Mungkin tidak sempat untuk menjelajah seluruhnya, namun setakat ini saya selesa di sini.

Kebiasaan saya di tempat orang ialah beli poskad,
pos satu untuk diri sendiri dan yang lain untuk keluarga &
sahabat
Pada mulanya membayangkan semuanya di dalam Bahasa Belanda, ternyata sangkaan itu meleset. Selagi boleh berbahasa Inggeris, semuanya dapat dilangsaikan. Sempat membeli beberapa keping poskad dan cenderamata kecil untuk mereka yang istimewa. Tak mungkin beli barang yang besar kerana ini baru pangkal perjalanan. Tak mahu mengangkut banyak barang sehingga ke akhir kembara kelak.

Peti surat di Lapangan Terbang Schiphol



 

Ulasan

:-) berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Catatan Popular