Kembara Sastera 8 : Lake District Bhg. 2

"You look like you are looking for accomodation," kata wanita Inggeris itu dengan wajah yang manis. Apabila saya mengeyakan, dia berkata lagi. "If you are looking for Ambleside Backpackers, it's down this road, we passed by the place when we were walking."
 
Setelah kelelahan menarik bagasi ke sana-sini, akhirnya dengan bantuan sepasang backpackers yang melihat saya melilau ke simpang yang entah di mana, mereka tunjukkan lokasi Ambleside Backpackers yang sebenarnya tidaklah jauh sangat. Hanya ke hadapan sedikit sahaja lagi dari tempat saya berdiri.

Tuhan, terima kasih kerana mengirim mereka saat saya sesat-barat. Sebelum itu juga saya telah bertanya kepada seorang lelaki tua yang bertongkat; dia sedang berjalan menaiki bukit (di sini banyak bukit dan bagus untuk berjalan sambil riadah) menuju ke kawasan air terjun. Ya, saya tersesat sehingga ke situ. Lelaki tua itu dengan gaya perfect English gentleman menerangkan laluan yang patut saya ambil.

Lorong ke Ambleside Backpackers, susur kiri.
Saya memang terlalu penat ketika itu. Maklumlah, perjalanan saya bermula dari sebelah pagi di Manchester dan tengah hari baru meninggalkan Stesen Manchester Piccadilly. Pukul 3.15 petang baru sampai betul-betul di Ambleside selepas bertukar bas di Stesen Windermere. Saya fikir sekitar pukul 4.00 petang barulah saya sampai di hadapan Ambleside Backpackers. 

But to find the place was rewarding! Saya amat gemarkan reka bentuk English Cottage dan Ambleside Backpackers pada asalnya ialah sebuah cottage! Tercapai juga hasrat untuk tinggal dalam sebuah cottage. Jika saya pilih Ambleside Youth Hostel, walaupun lebih dekat dengan Tasik Windermere, tapi reka bentuknya hanyalah seperti bangunan moden yang biasa.

Pintu utama Ambleside Backpackers yang nama asalnya ialah
Iveing Cottage
Walaupun banyak kali tersesat di kawasan ini, saya terjumpa banyak perkara sesama di dalam perjalanan ke tempat ini. Ada banyak kedai yang menarik dan penduduk serta pengunjung yang memberikan perwatakan yang tersendiri kepada pekan kecil Ambleside ini. Kawasan countryside atau istilah kita kampung menjadi kegemaran saya sepanjang kembara ini. Hal yang jauh berbeza jika berada di London, Manchester atau mana-mana bandar besar. 

Tersesat jalan seperti ini ada banyak hikmah. Walaupun penat, saya telah belajar banyak perkara dan mengenal pasti banyak tempat. Paling bahagia menemui banyak kedai-kedai buku walaupun kedai ini kecil dan tidak kurang banyak sekali bunga yang tumbuh meliar dan ada yang ditanam di taman-taman kecil depan rumah. 

Sebuah buku dan sebuah taman, ah... rasa bahagia yang tiada berpenghujung!

Catatan berikutnya : menikmati pemandangan Tasik Windermere di Waterhead, Ambleside, Lake District.



Ulasan

Catatan Popular